PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI. Papar semua catatan

Isnin, 17 Oktober 2011

RESEPI : NASI GORENG CILI BASAH


Malam ni den raso nak makan nasi goreng ajo. Pikir punyo pikir nasi goreng apo yang nak dibuek, den pun buek keputusan den goreng ajo nasi dongan cili basah. Lagi pun dah lamo den tak makan nasi goreng cili basah ni, salah satu nasi goreng kegomaran den. Bueknyo sonang ajo, sobab tu den suko nasi goreng ni. Ni dio rosepinyo, kalau raso nak buek kalau ada maso :
BAHAN-BAHAN :

1. Nasi sojuk 1 pinggan
2. Bawang putih 2 ulas- ditumbuk
3. Cili basah 4 biji-ditumbuk
4. Telur ayam 1 biji
5. Beberapa potong daging ayam
6. Udang kering 1 sudu besar-ditumbuk
7. Minyak masak
8. Garam
9. Serebuk perasa
CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk dan tumis.
2. Masukkan ayam dan telur.
3. Masukkan garam dan serebuk perasa
4. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati
5. Angkat dan hidangkan.

Sabtu, 15 Oktober 2011

RESEPI : SAMBAL UDANG

Salam sejahtera semua. Sojak 2,3 hari ni tokak den teraso bonar nak makan sambal udang, nak kato mengidam tak jugo. Mungkin dah lamo agaknyo den tak makan sambal udang, semalam den pergi lah pasar beli barang-barang untuk membuat sambal udang. Dongan somangat yang bokobar-kobar pagi-pagi den dah mulo masak sambal udang yang den idamkan tu.Maka ni lah hasilnyo bak kato orang-orang tuo " Di mano ado kemahuan, di situ ado jalan " macam Karam Singh Walia pulok den ni. Kalau nak raso den punyo sambal udang sodap ke tidak, cubalah resepi den ni :

BAHAN-BAHAN :

8-9 batang cili kering ( kalau gilo podeh tambahlah lagi)
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
udang sogar 600 gm ( lagi banyak lagi baguih, boleh makan udang banyak-banyak)
1/2 cawan air asam jawo
Minyak
Garam
Gula

CARA-CARA :

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga hancur.

2. Panaskan minyak- tumiskan bahan-bahan kisar

3. Setelah bahan kisar garing, masukkan udang,gula dan garam secukup rasa

4. Masukkan air asam dan tunggu sehingga sambal naik minyak dan pekat.

5. Hidangkan dengan nasi paneh...makan dongan roti pun sodap

Rabu, 24 Ogos 2011

RESEPI : MEE HOON GORENG TOM YAM

Sawadikap...Masakan ni bukan untuk berbuko hari ni. Den buek duo hari lopeh, memandangkan banyak kojo yang den nak buek bebelum menjelangnyo hari rayo, tak sompek den nak masukkan dalam blog. Mee hoon ni memang sepesal punyo resopi pasal den belajar dongan den punyo adik angkat den, dio memang berasal dari sano, orang selatan Siam. Masakan mereko sodap-sodap jugo, banyak jugo yang den belajar dongan dio. Ekau semuo jangan pulak pasal nak belajar memasok masakan siam, ekau ramai-ramai pakat pergi sano pulak. Ambik den punyo resopi dah, copek salin rosepi ni :

BAHAN-BAHAN :

1 Bungkus mee hoon - direndam hingga lembut
2 Biji bawang besar- ditumbuk
4 Ulas bawang putih - ditumbuk
6 Biji cili padi - ditumbuk
1 Genggam udang kering- ditumbuk
2 Sudu besar cili mesin
2 Pek kiub Maggi tom yam
5 Ekor sotong- dipotong bulat
2 Dada daging ayam- dipotong dadu
3 Keping fishcake
6 Biji fishball- goreng untuk hiasan
1 Cawan air
Garam

CARA-CARA :

1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing
2. Masukkan cili mesin dan gaul sehingga garing
3. Masukkan sotong, ayam, udang dan air
4. Gaul sehingga sotong, udang dan ayam empuk, kemudian masukkan kiub maggi tom yam dan garam.
5. Masukkan fishcake
6. Masukkan mee hoon dan gaul sehingga masak
7. Angkat, hias dan hidangkan.

Ahad, 21 Ogos 2011

RESEPI : MEE HOON SELERA MELAKA

Ni mee hoon den posan awal-awal, kalau tak kuat podeh jangan borani nak test ni rosepi. Hahaha den tak tanggun jawab jiko lopeh makan mee hoon ni, perut kamu semuo kembung dongan air. Tiba-tiba ajo den teringin berbuko dengan mee hoon stail melako, lagi podeh lagi bagus. Kalau kamu semuo nak tahu betapa podeh mee hoon ni, ambik resepi ni : BAHAN - BAHAN :

1 Bungkus mee hoon - direndam hingga lembut
1 Biji telur
1 Biji bawang besar - ditumbuk
3 Ulas bawang putih - ditumbuk
1 Sudu besar lada hitam - ditumbuk
5 sudu besar cili mesin
Segenggam udang kering - ditumbuk
Garam
Serebuk perasa
Minyak masak
1/2 Cawan air asam jawa

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau

3. Masukkan cili mesin dan gaul sehingga garing

4. Masukkan air asam jawa

5. Masukkan garam dan serebuk perasa

6. Pecahkan telur dan gaulkan

7. Masukkan mee hoon dan gaul hingga masak

8. Taburkan bawang goreng dan hidangkan.

Sabtu, 20 Ogos 2011

RESEPI : NASI GORENG SRI SRI BERCAHAYA ALAM

Hahahaha mesti ramai yang terkojut dengan nama nasi goreng ni... sajo ajo den bikin gempak dengan nama macam tu. Sebonarnyo nasi goreng ni anak den suko makan, masa nak berbuko semalam dio minta den masakkan nasi goreng kegemaran dio ni. Resepi dio simple ajo tapi ke main dio suka, den pun tak faham kenapo anak den duo-duo suko sangat. Den apa lagi dah dio suka, ' belasah ' ajo ler. Kalau kamu semuo nak tahu kenapa anak-anak den suko sangat nasi goreng macam ni, cubo goreng nasi pakai resepi ni. Tak sodap jangan salahkan den pulak hehehe
BAHAN-BAHAN :

1 Biji lada hidup
1 Biji bawang merah- ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
Sedikit ikan bilis
3 Batang kacang panjang-dipotong kecil
3 Batang hot dog-dipotong kecil
1 Biji telur
2 Ketul ayam - dipotong kecil
Nasi putih satu pinggan penuh
Garam
Serebuk perasa
minyak masak

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan goreng hot dog dan ayam sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga garing
3. Pecahkan telur dan gaulkan
4. Masukkan garam dan serebuk perasa
5. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati
6. Masukkan kacang panjang dan gaul sehingga kacang tersebut masak
7. Hidangkan

Jumaat, 19 Ogos 2011

RESEPI : MEE KARI BUJANG

Semalam den teraso nak makan mee kari waktu berbuko, nak beli kek pasar ramadhan takut tak kono dengan selero den. Fikir punya fikir den pun buek keputusan biarlah den masak sondiri ajo mee kari tu, biar ponek tapi puas hati. Selero den berbuko semalam pasal mee kari yang den buek tu, dan tentu kono dengan selero den. Kalau kamu semuo nak raso mee kari selerao den, ni resepinyo :

BAHAN-BAHAN :

10 Biji bawang merah
10 Ulas bawang putih
2 Bungkus kecil serbu kari ( den pakai Baba's pasal lebih ummpphh ) campur dengan air-jadikan pes
1 Sudu besar cili mesin
Daun kari ( den letak lebih sikit pasal biar aroma kari tu membuko selero )
3 Biji buah pelaga
1 Biji bunga lawang
1 Biji kelapa ( santan pekat dan cair )
600 Gram udang kecil basah
3 Biji kentang ( Potong kecil-kecil )
Garam
Gula
Asam keping 2

BAHAN-BAHAN SAYURAN :

1 Bungkus mee kuning
50 Sen taugeh
3 Biji telur rebus
2 Keping tauhu ( tak masuk pun tak apa )
Daun sup/daun bawang (potong halus )
Cili merah ( mayang halus )


CARA MASAKAN :

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
2. Masukkan pes kari, cili mesin, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang
3. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik bau wangi
4. Masukkan santan cair dan kentang-biarkan sekejap
5. Kemudian masukkan udang dan biarkan dengan api sederhana.
6. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat dan gula. Kacau sehingga mendidih.
7. Hidangkan

Rabu, 17 Ogos 2011

RESEPI: ROTI JOHN KAK RUBY

Ni roti john yang di bagi oleh kak Ruby unyuk kami berbuka puasa semalam. Kak Ruby datang rumah den semalam melawat anak den baru keluar hospital sambil bawa roti john. Mulanya den ingat kak Ruby beli roti john ni kt pasar Ramadhan kt depan taman den, rupa-rupanya kak Ruby kata dia buat sendiri. Masa berbuka den rasalah roti john tu, sedap rupanya. Den apa lagi terus call dia minta resepi :

Bahan A :

2 keping roti panjang
2 biji telor
1 tin sardin besar
4 ulas bawang kecil
Sedikit mentega
Sedikit serbuk kari
Lada sulah
Cili sos
Mayonis

Bahan B :

Kobis dipotong halus

Cara-cara :

1. Sardin, bawang kecil, telor, cili boh, lada sulah dan serbuk kari dikisar.

2. Panaskan kuali

3. Belah roti sapukan mentega

4. Sapukan bahan-bahan kisar pada roti dan masakkan atas kuali yang panas, pastikan jangan samoai hangus.

5. Setelah masak angkat roti dan letakkan kobis, sos cili dan mayonis

6. Hidangkan .

Isnin, 8 Ogos 2011

RESEPI : SAMBAL KERANG BUYONG

1 kg kerang- direbus
3 sudu besar cili mesin
7 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 biji bawang besar- dimayang
1 sudu besar air asam jawa
garam
serebuk perasa
sedikit belacan
sos tiram

Cara-cara :

1. Tumiskan belacan sehingga berbau
2. Tumiskan bawang kisar
3. Masukkan cili mesin, sos tiram,
4. Masukan air asam jawa
5. Masukkan bawang besar, kerang, garam dan perasa
6. Gaul sehingga mendidih
7. Angkat dan hidangkan

Khamis, 4 Ogos 2011

RESEPI : TETEL\ DAGING CINCANG ASAM PEDAS

500 gm tetel-direbus empuk
1/2 sudu lada hitam ( kalau suka pedas lebihkan lagi ) ( dihancurkan )
3 helai daun limau perut
minyak masak
garam
1/2 cawan air asam jawa

Bahan Dikisar

30 tangkai cili kering
2 cm lengkuas
1 cm halia
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu biji ketumbar
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara :

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan dikisar, lada hitam dan daun limau perut sehingga garing
3. Masukkan daging tetel
4. Masuk air asam jawa
5. Masuk garam secukup rasa
6. Biar sehingga mendidih dan hidangkan

Isnin, 1 Ogos 2011

RESEPI : DAGING SALAI LEMAK CILI API MAK NDIK

BAHAN-BAHAN :

700 gm daging lembu batang pinang - Diperap garam serbuk kunyit, kemudian bakar dalam
ketuhar sehingga masak
2 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugor
500 ml santan pekat
1 cawan air
1 helai daun kunyit
15 tangkai cili api
1 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah- dikisar
3 cm halia
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Daging yang telah di bakar dipotong nipis
2. Di dalam periuk masukkan air bersama serai, asam gelugor, daun kunyit dan bahan yang telah dikisar sehingga mendidih .
3. Kemudian masukkan santan pekat tadi, biarkan seketika selama 2 hingga 3 minit
4. Masukkan daging berserta garam secukupnya . Setelah kuah masak lemak tadi sedikit pekat . Tutup api dan sedia dihidangkan .

Jumaat, 15 Julai 2011

RESEPI : PUYUH GORENG WAKAF CHE YEH

BAHAN-BAHAN A :

3 ekor burung puyuh
5 ulas bawang merah- di kisar
3 ulas bawang putih- di kisar
1 inci halia- di kisar
1 batang serai- di kisar

BAHAN B :

200 gm serbuk jintan manis
150 gm serebuk ketumbar
200 gm serbuk rempah beriyani
150 gm serbuk rempah kari
100 gm serbuk rempah kurma
garam , gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Bersihkan burung puyuh dan toskan

2. Satukan kesemua bahan-bahan A dan B

3. Kemudian gaulkan bersama dengan burung puyuh dan perapkan selama 2 jam

4. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng sehingga garing

Ahad, 26 Jun 2011

RESEPI : ASAM PEDAS EKOR LEMBU KAK RUBY

BAHAN-BAHAN :

400 gm ekor lembu- direbus hingga empuk
1 labu bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
100 gm belacan- dikisar
50 gm daun kesum
300 gm cili kering- dikisar
200 ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar , tumis hingga naik baunya

2. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus , tumiskan beberapa minit lagi hingga garing

3. Setelah itu masukkan daun kesum dan air asam jawa

4. Masukkan ekor lembu , biar mendidih kemudian masukkan garam , gula dan serebuk perasa . Biarkan mendidih dan daging empuk sebelum ditutup api dan hidangkan .

Sabtu, 18 Jun 2011

RESEPI : SAYUR LODEH KAK NOR

BAHAN-BAHAN KISAR :

1.150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
30 gm kunyit hidup
20 gm belacan
5 biji buah keras
10 biji cili merah
120 gm udang kering

BAHAN SAYURAN :

1 biji lelapa - diambil santan
400 gm lobak merah - dipoting jalur
300 gm sengkuang - dipotong jalur
200 gm kobis bulat - dipotong keping
2 biji terung bulat - dipotong jalur
200 gm kacang panjang - dipotong
5 biji tauhu keras - dipotong dadu
1 keping tempe - dipotong dadu
1 keping kulit pucuk - direndam
10 gm suhun - direndam
Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik wangi

2. Selepas itu masukkan santan dan kacau hingga mendidih

3. Kemudian masukkan bahan sayuran dan kacau hingga lembut . Masukkan garam secukup rasa

4. Akhir sekali , angkat dan hidangkan bersama nasi himpit .

Rabu, 15 Jun 2011

RESEPI : RENDANG DAGING PUAN SHIE

BAHAN-BAHAN :

1 kg daging
3 cm lengkuas-dihiris
2 keping asam gelugur
2 biji kelapa-diambil santannya
4 sudu besar kerisik
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS

10 tangkai cili kering
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam

BAHAN A DIKISAR

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
3 cm kunyit hidup
1 cm belacan

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar halus hingga naik bau

2. Masukkan daging , bahan A , lengkuas , asam gelugur , santan dan kerisik. Masakkan hingga kuah pekat dan daging empuk .

3. Masukkan garam secukup rasa , daun limau dan daun kunyit . Kecilkan api dan masak lagi hingga kuah hampir kering .

4. Angkat dan sedia untuk dihidang .

Selasa, 14 Jun 2011

RESEPI : MASAK LEMAK TELUR ITIK KAK LONG NILAI

Bahan-Bahan :

3 biji telur itik
300 gm pucuk ubi
5 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 tangkai cili hijau - dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
300 ml santan

Cara :

1. Pecahkan telur itik satu persatu kedalam air rebusan dan ketepikan

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar , tumis sehingga naik baunya

3. Masukkan serbuk kunyit dan santan , apabila hampir mendidih masukkan telur itik , pucuk ubi , garam dan serebuk perasa .


Sabtu, 28 Mei 2011

RESEPI 6 : NASI KERABU KELANTAN



Bahan-bahan:
Nasi putih
(boleh juga buat nasi warna biru..guna daun mengkudu, diramas dan amik airnya )

Bahan untuk Sambal Ikan :
3 ekor ikan kembung - dipanggang dan ambil isinya
1/4 kelapa parut - digoreng garing ( tanpa minyak )
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm halia
2 batang serai
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Sambal Ikan :
Gaul isi ikan panggang, kelapa goreng, bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Masukkan gula, dan garam. Gaul dan kisar sehingga campuran itu lumat.

Bahan untuk kuah :
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
2 sm halia
2 cawan santan cair
1 batang serai
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 sudu budu

Cara
1. Masak santan sehingga mendidih.
2. Masukkan ramuan yang dikisar, serai, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan santan cair dan kacau. Perlahankan api.
4. Biarkan sehingga beberapa minit dan kemudian padamkan api apabila kuah pekat.


Bahan untuk ulam :
1/2 biji timun - dipotong halus
1/4 biji kobis bulat - dipotong halus
1 ikat daun kesom - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
2 kuntum bunga kantan - dimayang
5 batang kacang panjang - dipotong halus

NOTA:
Sediakan juga keropok keping yg telah digoreng...atau telur masin atau ikan goreng atau daging goreng..

Khamis, 26 Mei 2011

RESEPI 5 : AYAM GORENG JEMBAL

Bahan-Bahan :

Seekor ayam potong 8
6 cm halia ( kisar )
8 ulas bawang putih ( kisar )
10 cm lengkuas ( hiris )
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Garam

Cara menyediakan :

1 . Gaulkan ayam bersama halia , bawang putih , lengkuas , serbuk kunyit , serbuk kari dan garam . Kemudian perap selama 1 jam .
2 . Pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam dan goreng .
3 . Makan ketika panas .

Isnin, 23 Mei 2011

RESEPI 4 : Mee Siam Pedas

Bahan A :

1 Bungkus mihun ( Direndam dan tuskan )
200 gram sotong ( Dihiris nipis )
100 gram udang ( Di buang kulit )
1 Peket bebola ikan
200 gram sawi
1\2 cawan stok ayam
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B ( Ditumbuk )

25 biji cili api
5 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk
2. Masukkan sotong , udang dan bebola ikan , kacau rata
3. Sudah masak masukkan garam dan air stok ayam
4. Masukkan sawi dan mihun . Kacau rata sehinnga sebati
5. Masak sehingga mihun lembut , kemudian angkat dan hidangkan

RESEPI 3 : Asam Pedas Ikan Pari

Bahan A :

500 gram ikan pari ( Dibersihkan )
5 biji bendi ( Dipotong )
2 biji terung panjang ( Dipotong )
1\2 cawan air asam jawa
7 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan B ( Dikisar )

20 tangkai cili kering
1 cm belacan
2 sudu makan lada hitam
1 sudu biji ketumbar
5 biji bawang merah
1 cm kunyit hidup

Cara Membuat :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan di kisar sehingga garing .
2. Masukkan air asam jawa dan air . Renehkan sehingga mendidih .
3. Masukkan ikan ,garam ,daun kesum , bendi dan terung . Biarkan sehingga mendidih
4. Pastikan ikan dah lembut baru di angkat .

Selasa, 30 Jun 2009

Resepi Mumy 02 : Mee Goreng Jembal

Bahan - Bahan :

1 kilo mi kuning
500g udang segar
500g sotong
Semangkuk kerang
Sayur sawi
Cili kering - digiling
Segenggam udang kering
Bawang merah
Bawang putih
1 cawan air rebusan tulang ayam

Cara - Cara :

Bawang merah, bawang putih dikisar bersama dengan udang kering. Kemudian ditumiskan sehingga garing dan masukkan cili kering yg telah digiling ke dalam kuali itu. Bahan2 tadi digoreng sehingga garing sekali lagi.
Masukkan pula udang dan sotong, biarkan seketika sehingga masak. Lepas itu tambahkan garam dan perisa secukup rasa ke dalam kuali itu.... Masukkan mi kuning dan gaul hingga rencah itu sebati dengan mi tersebut. Kemudian, air rebusan tulang ayam di masukkan serta dibiarkan sehingga masak. Akhir sekali, masukkan sayur sawi....
Jangan tak cuba....mmg sedappppp...