Assalamualaikum....Hr ni hati aku terpanggil utk meng'update' blog aku yg dah lama di tinggalkn...
Sekejap jer masa berlalu...sedar tak sedar sudah masuk tahun 2010...bermakna makin bertambah lah usia aku....hehehehe
Aku ingat nk upload secara PAKEJ apa yg berlaku pada tahun 2009....yalah peristiwa2 penting dalam hidup aku dan famili tercinta...Antara peristiwa penting dalam sejarah aku tahun 2009 adalah ;
1. Sudah tentulah sambutan Hari Raya Aidil Fitri aku dan famili...tema kami pada tahun ni ada MERAH PUTIH...raya pertama aku sambut kat Melaka bersama famili hubby dan kami bertolak balik kampung pada raya ke 2....kerana pd raya ke 3 kami akan menghadiri Family Day Z&Z.....
2. Hari Keluarga Zin & Zainab ( my loving parents ) , yg mana ia berlangsung pd hari raya ke 3 berlokasi di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh. Kami 12 beradik, 10 ipar, 41 cucu menjayakan majlis gilang gemilang tanda kasih sayang kami kepada ayahanda dan bonda tercinta....insya Allah pada tahun 2010 kami akan organized lagi family day...krn ayahanda merasa sungguh seronok krn semua anak cucu berkumpul dan mahu jadi kan ia sebagai acara tahunan...alhamdulillah...( nanti aku akan uploadkn pic2 famili msg2 )...
3. Percutian kami sekeluarga ke Rompin Beach Resort sbg tanda Cuti2 Malaysia kami penutup bagi tahun 2009....mmg best sangat bercuti ke sana dan amat sesuai untuk famili...( nnti rujuk pada pic n video yg kt RBR nnti ya...)
4. Hari Raya Aidil Adha pd tahun 2009 meriah kerana kami menyambut di Kelantan dan krn kebetulan aku ada wat korban lembu satu bahagian ( kami share anak beranak korban lembu 1 ekor kt Kg Padang Layang, Pendek ). Yang menjadi sejarah adalah kami balik raya tahun ni dgn 'flight' AirAsia bertolak pada raya pertama dengan penerbangan awal kul 0745 dan sampai kat sana 0845, adik aku amik kt airport Pengkalan Chepa terus ke kampung. Pagi bertolak tu kami bermalam kt Nilai, rumah kak long aku. Dan pada raya ke 2 kami balik ke Melaka sbb aku punya cuti dah habis daaaa ( tk leh dok lama2 kt kampung )....hehehe. Acara korban berjalan lancar walaupun pd hari Jumaat, kami break sekejap sbb group laki2 gi solat Jumaat dan kami group pompuan masak memasak daging singgang dan daging goreng...pergghhh sedap sbb daging fresh... Untuk makluman juga, 'flight' kami tu adalah 'flight' yg pertama kami anak beranak...tak boleh digambarkan betapa seronok dan gembira anak2 aku dapat naik kapal terbang. Seronok sangat. Aku dan hubby dah booking tiket 'flight' utk balik Wakaf Che Yeh nnti bulan 4/2010 nnti krn ianye shortime journey and enjoy....
5. Perkahwinan Faizal Fauzan dan Amirah berlangsung pada 12 Disember 2009. Faizal ni anak kak Tie aku dan dia merupakan anak buah aku yg pertama berkahwin...that mean may be next year aku mungkin mndapat gelaran NEK SU....???? hahahaha...aku bakal naik pangkat ke NENEK...adoyaiiii tapi jiwa still muda beb...hehehehe. Majlis resepsi Si Faizal ni pulak dia buat kat Taman Frim ( ntah betul tidak ejaan aku ni ) siap ada tpt perkelahan dan apa lagi anak2 aku yg sememangnye kanak2 ribena ni terkinja2 nk mandi sungai.... Aisey..apa kes lah kan datang smart2 nak terjun air.. Puas pujuk dan kami janji yang kami akan bawa mereka ke Taman Buaya pd keesokkannye.....
5. Seperti dijanjikan, aku dan hubby mmbawa anak2 ribena kami melawat sambil belajar dan bergumbira ke Taman Buaya Melaka di Ayer Keroh. Sebenarnye, wpun aku ni dah hampir 9 tahun menetap di Melaka tp tak pernah aku jejak kaki ke Taman Buaya tp Mc Donald sblh Taman Buaya tu selalu lah...hahaha. Taman Buaya sekarang ni dah upgrade jugak sbb dah ada Taman Tema Air walaupun tak besar mcm Water World atau SunWay tapi kira oraitlah utk xtvt santai anak2... Siap ada pertunjukkan silap mata, buaya dan juga ular....eiii takutttt..tp mmg best sambil berhibur anak2 aku dapat menimba ilmu mengenai haiwan reptilia ini.
Insya Allah jika ada kelapangan akan aku update dari masa ke semasa blog aku ini...
kalu dulu aku leka dengan dunia 'facebook' tp sekarang aku rasa teramat rugi pulak kerana blog dan bbrp xtvt aku terabai....apa pun i will try my best...
Yang mana kisah2 chapter, petua2, jenaka, kisah benar, discovery dan juga resepi akan aku uploadkn utk thn baru ini...
Oklah...nanti rujuk pada post aku yang seterusnye untuk menatap pic2 kami sepanjang xtvt 2009....so taking care.......