PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Memaparkan catatan dengan label JENAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JENAKA. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

JENAKA : ISTERI

Seorang budak bertanya kepada bapanya,"Bapak, betul ke di Afrika, seorang suami tidak kenal isterinya sampailah mereka berkahwin?"
Si bapa pandang kiri dan kanan."Benda ini terjadi di semua negara nak..."kata si bapa sambil memandang isterinya yang sedang memegang senduk.

Jumaat, 9 Disember 2011

JENAKA : INSURAN

Seorang doktor yang sedang bercuti di Pulau Redang terkejut apabila tiba-tiba dia terserempak dengan kawan lamanya, seorang peguam. "Woi, Mat, apa engkau buat kat sini?" tanya si doktor sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Engkau ingat tak banglo yang aku beli kat Bangsar, tu?" jawab si peguam yang bernama Mat. "Banglo tu terbakar, jadi sekarang aku bercuti di sini lepas dapat duit insuran dekat empat juta ringgit! Engkau pulak, buat apa kat sini, Leman?"

Jawab Leman, "Engkau ingat tak rumah yang aku beli kat Segambut, tahun lepas? Rumah tu kena banjirlah. Sampai ke bumbung. Jadi, sekarang aku bercuti kay sini lepas dapat duit insuran dekat dua juta ringgit."

Si peguam yang bernama Mat itu terkejut. "Eh, Leman... macam mana kau mulakan banjir tu?"

Selasa, 6 Disember 2011

JENAKA : 2 X 5

Suatu hari sepasang suami isteri tua pergi ke klinik. Si suami mengadu isterinya diserang penyakit lupa. Doktor pun memegang bahu si isteri, dan bertanya..
" Mak cik..umur mak cik berapa?"
Mak cik itu pun keluarkan jari dan mengira. "21 tahun, doktor," jawabnya.
Doktor tersenyum. Dia bertanya lagi,"Berapa ketinggian mak cik?"
Mak cik itu keluarkan pita pengukur dan mengukyr ketinggiannya. "Dua kaki doktor."

Doktor geleng kepala> Dia menulis sesuatu di atas sehelai kertas, dan menyuruh mak cik itu keluar dulu. Nanti dia akan panggil semula dan berikan ubat. Kemudian doktor itu memanggil lelaki tua tersebut dan berkata....
"Saya tengok isteri pak cik ni dah serius. Ingatannya sudah terjejas teruk. Tapi sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya nak tanya dulu, apa nama pak cik?"
"Nama saya ?"
Doktor mengangguk.
Mulut pak cik itu tiba-tiba terkumat-kamit. Setengah minit kemudian, barulah dia menjawab, "Dollah, doktor."

Doktor rasa pelik. Lalu dia Pun bertanya."Apa yang mulut pak cik terkumat-kamit tadi?"
Jawab pak cik tersebut :"Oh...saya nyanyi lagu, "Happy birthday to yau..Happy birthday to you..Happy birthday to......

Jumaat, 14 Oktober 2011

JENAKA : PAKISTAN VS INDIA

Ada tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan lari dari negara mereka dan berjaya menyusup masuk ke England. Suatu hari, mereka teringin untuk menyaksikan pertandingan Kriket Dunia yang berlangsung di London. Lalu mereka pergi ke stesen kereta api. Di stesen kereta api, lelaki Pakistan membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India membeli satu tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik kereta api sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya lelaki Pakistan. "Tengok dan belajar," jawab lelaki India.

Mereka pun menaiki kereta api. Lelaki Pakistan duduk dikerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak-sesak masuk kedalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas kereta api bertolak, konduktor kereta api pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket !" pintu tandas dibuka sikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Konduktor mengambil tiket tersebut dan terus berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat taktik tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India memang bijak.

Selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut. Dengan cara itu, dapatlah mereka menjimatkan wang. Bila tiba di stesen kereta api, lelaki-lelaki Pakistan hanya membeli sekeping tiket sahaja, tetapi memeranjatkan mereka, lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan kalau kamu tak membeli tiket?" tanya lelaki Pakistan.

"Tengok dan belajar", jawab lelaki India.

Bila kereta api bergerak, ketiga-tiga lelaki Pakistan segera masuk kedalam sebuah tandas. Lelaki-lelaki India pula masuk kedalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Kereta api memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang daripada lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas tempat lelaki-lelaki Pakistan bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket!"

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat kawan-kawannya sedang menunggu!

Khamis, 25 Ogos 2011

JENAKA : MASALAH LOGHAT

Yep dan Pok Yo tinggal serumah. Kedua-dua teruna dari negeri yang berlainan. Yep berasal dari Penang manakala Pok Yo dah tentulah dari Kelantan! Sedang mereka menikmati menu makan malam, mee segera, melintaslah seekor lipas di hadapan mereka. Seraya Pok Yo yang pengecut itu melompat terkejut manakala Yep sudah bersedia dengan lipatan suratkhabar untuk melibas lipas tersebut :

Yep : Lipas! lipas! Nun bawah kaki hang tu Pok Yo!

Pok Yo : Katok la! Katokkkkk!

Yep : Apa pula katak? Kan lipas tu!

Pok Yo : La...mu ni! Katok la katokkkkk!

Yep : Ha? Gila ke apa? Lipas la! LIPAS!

Pok Yo : KATOL LA!!! KATOKKKKK!!!!

Pergaduhan antara mereka berakhir dengan melihat lipas berlalu dengan selambanya.....

KATOK - bermakna ketuk, pukul ( loghat Kelantan )

Jumaat, 19 Ogos 2011

JENAKA : GIGI PALSU

Ismail, penceramah yang akan membentangkan kertas kerja dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.
"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!" Ismail menceritakan masalah itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.
"Jangan risau," balas lelaki berkenaan lantas mengeluarkan satu set gigi palsu dari dalam poket kirinya.
"Terima kasih," ucap Ismail. Tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula! "Alamak, macam mana ni?" dia makin panik.
"Relaks, cuba yang ni pulak," lelaki berkenaan seluk poket kanan, keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubanya. Wah, ngam-ngam dengan saiz gusinya.
"Fuh! nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi," kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki di sebelahnya itu.
"Doktor gigi? Saya penjaga bilik mayatlah" balas lelaki tersebut.

Khamis, 11 Ogos 2011

JENAKA : DEN MATOHARI

Ada dua orang pak cikyang sedang berbual di sebuah rumah di Seromban Nogori Sembilan :

Pakcik 1 : ( Sambil naik atas meja ) Ekau tahu tak ?

Pakcik 2 : Tau apo ?

Pakcik 1 : Ese ni sebona 'eh matohari ( sambil menangkat tangan tinggi-tinggi ). Ekau tengok, dunia ni torang sobab ese.

Pakcik 2 : ( Dalam hati ) Jangan-jangan dio ni dah gilo. Isy, bahayo ni....baiklah ese lapor'kan pado doktor. bia diperikso'an. Sambil berlari, pakcik 2 tadi pergi ke klinik dan menceritakan apa yang berlaku kepada doktor.

Pakcik 2 : Doktor, kawan ese tu mungkin dah gilo !

Doktor : Kenapa pakcik cakap macam tu ?

Pakcik 2 : Boto doktor. Tadi dio naik atas mejo, lopeh tu angkek tangan dan cakap dio sebona'eh matohari. Dunio ni torang sobab dio yang buek.

Doktor : Kalau macam tu, suruh kawan kamu tu turun !

Pakcik 2 : Jangan doktor, nanti kalau dio turun golap dunio ini pulak !

Sabtu, 16 Julai 2011

JENAKA : LELAKI

Keajaiban lelaki : Boleh pakai seluar dalam sama empat hari berturut-turut . Hari pertama , betul kedudukannya . Hari ke dua , di terbalikkan . Hari ke tiga , yang belakang di bawa ke depan . Hari ke empat , yang belakang di bawa ke depan , tapi di terbalikan sekali lagi .

Lelaki itu seperti telefon , ada banyak butang . Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka tu penting .

Kalau orang lelaki berkata , "Saya akan hubungi awak " tapi dia tak hubungi , maknanya dia tak lupakan awak , dia tak hilang nombor telefon awak , dia belum mati lagi. Dia cuma tak mahu hubungi awak !

Lelaki mudah lupa , sebab tu itu televisyen siarkan ulang tayang selepas gol dijaringkan . Berulang kali pulak tu .

Kalau lelaki masakkan makan malam anda dengan lauk ikan kembung goreng , sayur sawi dan sebiji mata kerbau , maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan anda!

Lelaki macam iklan komersial , tiada satu pun kata-katanya boleh dipercayai .

JENAKA : ALAHAI PAK PANDIR....

Satu hari Pak Pandir dan Mak andir ke poliklinik kerajaan untuk menjalani pemeriksaan tahunan memandangkan umur Pak Pandir sudah mencecah 80 tahun . Apa yang berlaku seterusnya ?

Doktor : Apa khabar Pak cik ?

Pak Pandir : Alhamdulillah...cuma kebelakangan ini Tuhan banyak menolong saya .

Doktor : Kenapa pak cik cakap macam tu ?

Pak Pandir : Sebab tiap-tiap malam bila ke bilik air , Tuhan tolong bukakan lampu untuk saya . Tak payah nak susah-susah petik suis .

Doktor : Ooo....macam tu ( sambil mengangguk-angguk ) . Okey , Pak cik keluar dulu , saya nak cakap dengan Mak Andir pulak .

Pak Pandir keluar dari bilik pemeriksaan , Mak Andir pula masuk .

Doktor : Makcik , saya rasa pakcik ada masalah mentallah .

Mak Andir : Ya ke ?

Doktor : Ya . Pakcik kata bila dia buang air kecil pada waktu malam , Tuhan tolong bukakan lampu tandas untuk dia....

Mak Andir : ( Sambil berdiri cekak pinggang , dia menjerit ) Ceh! Tak guna punya Pak Pandir ! Rupa-rupanya selama ni dialah yang kencing dalam peti sejuk!

Rabu, 29 Jun 2011

JENAKA : SENYUM KAMBING

Pada suatu hari seorang penggembala kambing dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kes curi . Hakim pun memanggil penggembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya .

Hakim : Encik penggembala kambing , siapa yang bagi makan kambing-kambing kamu tu ?

Penggembala : Eerrrr...yang hitam ke yang putih , tuan hakim ?

Hakim : Yang putih .

Penggembala : Saya yang bagi makan tuan hakim .

Hakim : Yang hitam ?

Penggembala : Saya juga .

Hakim : Siapa yang perah susu kambing kamu ?

Penggembala : Eerrrr...yang putih ke yang hitam , tuan hakim ?

Hakim : Yang putih .

Penggembala : Saya yang perah tuan hakim .

Hakim : Yang hitam ?

Penggembala : Saya juga yang perah .

Hakim : ( Mula naik angin ) Siapa yang sembelih kambing kamu ?

Penggembala : Yang putih ke yang hitam ?

Hakim : ( Mula meninggi suara ) Saya peduli apa yang putih ke yang hitam , sebab dua-dua jawapan yang sama juga .

Penggembala : ( Juga meninggi suara ) Memang saya kena tanya yang putih ke hitam tuan hakim , sebab yang putih tu kambing saya , itu pun tuan hakim tak tahu ke !

Hakim : Habis yang hitam siapa punya ?

Penggembala : Yang hitam tu pun saya punya juga tuan hakim....hehehe , sorry .

Selasa, 14 Jun 2011

JENAKA 9 : DOKTOR GIGI

Komeng yang menghantar anaknya , ke klinik gigi terkejut bila doktor mengenakan bil RM 125 . Huh , mahalnya !

Komeng : Kan tadi doktor cakap cabut sebatang gigi RM 25 aja .

Doktor : Betul .

Komeng : Anak saya cuma cabut gigi kapaknya sebatang aja , tapi kenapa kena bayar RM 125 ?

Doktor : Encik nampak tak kerusi tu ? ( sambil tuding jari ke arah sebaris kerusi ) .

Komeng : Nampak , kenapa ?

Doktor : Kerusi tu kosongkan ?

Komeng : Ya , kosong .

Doktor : Tadi ada empat orang budak kat situ datang nak cabut gigi , tapi sebab anak encik meraung kuat sangat , budak-budak tu semuanya cabut lari balik .

Jumaat, 27 Mei 2011

JENAKA 7 : MALAM JUMAAT

Hujan turun dengan lebatnya pada suatu malam jumaat . Sudah pukul 10.30 , Komeng menjeling-jeling isterinya dengan senyuman penuh makna . Dua tiga kali dia berdehem sambil angkat-angkat kening .
" Malam ni kita tidur awal sikit ya , Yang . " bisiknya .
Isterinya jawab , " Tak boleh bang , anak-anak kita belum tidur lagi . Tengok tu mata dia orang , terkebil-kebil . Nantilah saya tidurkan dia orang dulu ."
Setengah jam berlalu , si anak masih terkebil-kebil biji matanya . " Dah tidur budak-budak tu Yang ? tanya Komeng , gelisah .
" Belum Bang ," jawab isterinya .
Komeng garu kepala . Mengiring salah , meniarap salah . Hujan makin lebat , malam kian larut . Kedinginannya menyebabkan Komeng bertambah gelisah .
" Tak apalah , Yang ," kata Komeng , " awak uruskan budak-budak , saya pergi bilik sebelah , baca Al Quran ." Isterinya mengangguk .
Komeng pun pergi bilik air , ambil wuduk , pakai kopiah dan membuka Al Quran .
" Bismillah Hirrahman Nirrahiiiimmmm..." suaranya beralun merdu .
Baru hendak menyambung bacaan , pintu biliknya tiba-tiba dibuka . " Bang ," Isterinya memanggil dengan senyuman melirik , "anak-anak dah tidur!'
"SADAAQALLAAH HULAZIM..."lalu Komeng pun menutup Al Quran ! Hmm , begitulah hebatnya penangan malam jumaat...Pada orang-orang seperti Komeng .

Khamis, 26 Mei 2011

JENAKA 6 : BANYAK TERUK

Dialog antara Komeng dan isterinya pada suatu petang :
Isteri : Bang ,boleh tak abang cukur misai , janggut dan jambang tu , berserabut . Teruk betul , sampai saya tahu apa yang abang makan masa sarapan tadi .
Komeng : Awak tahu ? Apa dia ?
Isteri : Tu.... Ada bihun dengan cili sos .
Komeng : Issyy... Tu sarapan semalam .

Rabu, 25 Mei 2011

JENAKA 5 : MACAM TU KA

Ketika Komeng menaiki sebuah pesawat Nuri mengikuti kawannya seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ke sebuah kampung orang asli . Komeng berkata " Panasnya dalam helikopter ni.."
Maka menjawab salah seorang orang asli yang turut berada dalam helikopter itu " Mau tak panash tuan...kipasnya beshar , tapi kt luar...."

JENAKA 4 : MALU DEN !!!

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh , Komeng singgah sekejap di KLCC . Ada sesuatu Komeng nak beli . Ketika sedang mencari barang itu , tiba-tiba perut Komeng terasa memulas . Komeng pun terus bergegas ke tandas yang terdekat .

Dalam tandas itu ada dua bilik air . Komeng pun kunci pintu . Baru saja Komeng duduk , tiba-tiba Komeng terdengar orang dari sebelah bersuara , " Haa , macam mana sekarang ? "
Komeng diam .
" Haa ... macam mana sekarang !" orang itu bertanya lagi .
Komeng bukan suka berbual dengan orang yang dia tak kenal , tapi untuk tidak menghampakannya , Komeng balas juga , " Okey gaklah " Kemudian suara tu bertanya lagi , Kau nak gi mana ni ? "
Komeng mula rasa musykil...tapi Komeng balas , " Aku nak balik Melaka , singgah sini nak beli barang sikit . "
Suara itu bertanya lagi , " Bila kau nak gerak ? " Jawab Komeng , " Lepas aku beli barang sikit , aku caulah ."
Kemudian Komeng terdengar lagi suara orang disebelah itu berkata , " Hei , aku call kau balik lepas ni , tiap kali aku tanya soalan kt kau , budak sengal sebelah aku ni asyik jawab aja !!!"

JENAKA 3 : KOSIAN NENEK

Komeng adalah mat rempit paling ganas di kampungnya . Walaupun motosikalnya buruk , tapi akibat keterorannya menggodek enjin motosikal itu , maka jadilah Komeng raja rempit .

Komeng boleh cilok dalam pokok getah , Komeng juga boleh cilok dalam sawah . Siapa berlumba dengan Komeng , pasti makan asap punyalah . Siapa kata Komeng tak pernah tergolek atas jalan . Pernaaaah . Sepanjang kariernya sebagai mat rempai , dah 13 kali Komeng menyelanak atas jalan raya , tapi nyawanya liat betul .

Disebabkan kebrutalannya itu , tiada siapa berani naik motor dengan Komeng , kecuali neneknya . Itu pun kerana terpaksa , kerana hari itu neneknya hendak ke klinik sebab demam panas . Kebetulan masa itu tiada sesiapa di rumah , maka hendak tak hendak , nenek Komeng terpaksa naik motosikalnya . Lalu berkatalah Komeng si raja rempit :

Komeng : Okey nek , pegang kuat-kuat ya...nanti jatuh!
Nenek : Iyolah Meng oii , nenek dah pogang kuek-kuek la ni ha....
Komeng : Jangan lupa pegang kuat-kuat ya , nek!!! Komeng nak rempit ni!!! ( Komeng mengingatkan lagi )
Nenek : Yolah , yolah , yolaaaah ! Nenek dah pogang kuek la ni , apo ekau takut sangat ?
Komeng : Kalau macam tu , kita blah ya nek ?
Nenek : Yolah , lagi copek sampai klinik , lagi baguih . Kepalo nenek dah poning ni aaa...

Lalu Komeng pun merempit motornya . PREEEEETTTTTT !!!!!! Tapi , seketika itu juga terdengar benda jatuh BUUUAAAKKKKK !!!!! Komeng terperanjat , lalu dia pun menoleh ke belakang , dan ternampak neneknya terbaring atas tanah . Si nenek meraung , "aduih , aduihhh !!!"

Komeng : Lah , macam mana boleh jatuh ni nek ?!!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknya ?
Nenek : Nenek dah pogang kuek-kuek dah tadi !!!
Komeng : Nenek pegang kat mana ?
Nenek : Kek pagar rumah .

Ahad, 19 Julai 2009

KisaH KomenG 02

Komeng teringin menonton Filem XXX, lalu dia pergi membeli tiket. Dalam 5minit selepas itu, Komeng datang ke kaunter untuk membeli tiket kali ke 2. Perbuatan itu berulang-ulang sehingga 5 kali membuatkan kerani kaunter tiket merasa pelik lalu bertanya kepada Komeng.
"Kenapa encik membeli tiket yang sama sebanyak 5 kali?" Dengan sedih Komeng menjawab..
"Setiap kali saya hulurkan tiket, orang yang jaga pintu tu koyakkan tiket saya..jadi saya pun terpaksa beli tiket yg baru.."

Rabu, 15 Julai 2009

KisaH KomenG 01

Komeng selalu mengikuti gurunya yang bernama Lebai Siang mengajar agama di surau. Suatu hari, Komeng mendengar ceramah gurunya tentang Ibadah Puasa. Gurunya berkata " Apabila terbenamnya matahari bermakna kita sudah boleh berbuka...ada apa2 soalan tentang ini..?" tanya Lebai Siang kepada hadirin di surau tersebut. Hadirin semua mengangguk kepala menandakan mereka faham akan ajaran lebai ini. Lebai Siang memandang kepada Komeng dan berkata.. " aku lihat kau ni Meng, rajin datang ke kelas tapi aku heran kau tak pernah menanyakan aku soalan. Kau hanya mendiamkan diri sahaja. Hari ini aku nak kau tanya aku soalan tentang ibadah puasa."
Komeng serba salah kerana dia tidak tahu apa yang nak ditanya kepada lebai itu. Untuk menjaga hati Lebai Siang, maka Komeng pun bertanya... " Tuan Lebai, jika matahari tak terbenam pada hari itu, macam mana kita nak berbuka..?" Lebai menjawab " lebih baik kau diam aje lah.."