1. Ketika umurnya 90 tahun, Peter Mustafic dari Bostovo, Yugoslavia telah mengejutkan orang ramai apabila beliau tiba-tiba mula bercakap selepas membisu selama 40 tahun. Agensi berita Yugoslavia melaporkan, Peter bukannya bisu. Lelaki itu sebaliknya telah berhenti bercakap sejak 1920-an kerana enggan menyertai perkhidmatan tentera negara.
2. Penulis terkenal. Charles Dickens adalah seorang insomnia. Beliau percaya paling mudah tidur adalah dengan berbering di tengah-tengah tilam dan menghadapkan badan ke arah utara.
3. Pelawak terkenal, Charlie Chaplin pernah menyertai pertandingan meniru gaya dirinya. Malangnya, beliau mendapat tempat ketiga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan