PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 14 Disember 2011

CORAT-CORET : UKUR LILIT BUMI IALAH....

Orang pertama yang berjaya mengira lilitan bumi ialah Eratosthenes ( 276-195 Sebelum Masihi ). Beliau ialah seorang ahli matematik Yunani dan cendekiawan yang menguruskan Perpustakaan Agung di Iskandariah.Begini pengiraan beliau yang menajubkan itu : Mulanya Eratosthenes meneliti sebuah perigi yang dalam di Cyrene (sekarang dipanggil Aswan), selatan Mesir. Dalam setahun, cuma sekali saja perigi itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari pada waktu tengah hari.
Eratosthenes tahu, perkara ini hanya berlaku apabila matahari betul-betul berada di atas perigi tersebut. Beliau juga tahu, pada hari ia berlaku di Cyrene, matahari tidak berada betul-betul di atas bandar Iskandariah kerana pada waktu yang sama di Iskandariah, objek-objek bergaris tegak menunjukkan bayang-bayangnya.
Jadi, pada masa perigi di Cyrene itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari, Eratosthenes mengukur bayang-bayang tiang di Iskandariah. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang geografi dan pengetahuan tentang jarak antara Iskandariah dan Cyrene, beliau menganggarkan bahawa lilit bumi ialah 250,000 stadion. Satu stadion ialah ukuran panjang yang biasa digunakan pada zaman kuno.
Bagi mengetahui adakah anggaran Eratostenes itu tepat, pengukur profesional diupah untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengira langkah mereka. Apabila ditukar kepada pengiraan moden, anggaran kiraan Eratosthenes itu (stadion) menjadi lebih kurang 40,000 kilometer-satu angka yang sangat hampir dengan ukur lilit sebenar di Khatulistiwa, yang kita tahu sekarang ialah 39,842 kilometer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan