PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Jumaat, 23 Disember 2011

AMALAN : AMAL KEBAJIKAN

Dari Abu Dzarin R.A., ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Janganlah kamu remehkan amal kebajikan sedikitpun, walau kamu7 menjumpai saudaramu dengan muka berseri-seri.

keterangan :

Bagaimanapun kecilnya amal kebajikan, janganlah kamu remehkan, meskipun berupa wajah yang berseri-seri.

AMALAN : SEDEKAH

Dari Jabir R.A., ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Setiap amal kebajikan adalah sedekah".
H.R. BUKHORI

KETERANGAN :

Semua amal kebajikan itu sama dengan sedekah.

Khamis, 22 Disember 2011

SANTAI : MATAWANG BARU

Siri matawang baru yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan, akan mula digunakan pada julai depan.

DISCOVERY : AKAR POKOK GANJIL MENYERUPAI JANTUNG MANUSIA

Sepasang suami isteri yang tinggal di Kota Tinggi, Johor, mempunyai akar kayu perhiasan menyerupai jantung manusia. Akar tersebut dijumpai ketika mereka masuk ke dalam hutan untuk mencari akar kayu. Mereka pernah ditawarkan sebanyak sepulauh ribu ringgit dari seorang rakan untuk membeli akar tersebut tapi menolaknya.

AMALAN : MEMUTUSKAN SHILATURRAHIM

Dari Abu Ayyub R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan/persaudaraan dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Mereka berdua bertemu, maka berpaling yang ini dan berpaling yang itu. Dan yang paling bagus diantara mereka yang mendahului ucapan salam".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Memutuskan persaudaraan dengan saudaranya tidak boleh lebih dari tiga hari. Jika saling berpaling ketika bertemu, maka yang paling baik ialah yang mahu mendahului dengan memberi salam.

Isnin, 19 Disember 2011

CORAT-CORET : KISAH NYAMUK

1. Nyamuk sudah wujud sejak 100 juta tahun lalu. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenal pasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat. Seperti diketahui nyamuk banyak terdapat di kawasan tropika dan juga Artik.

2. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanya 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.

3. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat dan menghasilkan bunyi 'nyyyennng' apabila terbang di telinga kita.

INFO : TANDA-TANDA AWAL KANSER : KANSER DARAH ( LEUKEMIA )

1. Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain.

2. Kelesuan dan lemah.

3. Hilang selera makan.

4. Turun berat badan.

5. Gusi bengkak dan berdarah.

6. Pendarahan berlebihan ( walaupun akibat luka kecil ).

7. Hati dan limpa bengkak.

8. Mudah lebam.

9. Kerap dijangkiti penyakit.

10. Sakit tulang.

11. Sakit sendi.

12. Tonsil bengkak.

13. Kerap pengsan.

SANTAI : INTERNET

Hampir separuh dari orang yang menggunakan talian internet, mempunyai sekurang-kurangnya tiga akaun e-mel dan secara purata, pengguna mengekalkan alamat e-mel yang sama untuk tempoh empat hingga enam tahun.

AMALAN : MENCACI KEDUA ORANG TUA

Dari Abdillah bin Amr bin Ash R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Termasuk dosa besar seorang lelaki mencaci kedua orang tuanya".

Ditanyakan :"Bagaimanakah seorang lelaki mencaci kedua orang tuanya?"

Jawab Rasulullah :"Ya, ia mencaci ayah seorang lelaki, lalu lelaki itu mencaci ayahnya, ia mencaci ibunya, lalu lelaki itu mencaci ibunya".

H. MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Mencaci kedua orang tua termasuk dosa besar. Jika seseorang mencaci orang tua orang lain, lalu orang lain itu mencaci orang tuanya, sama dengan mencaci kedua orang tuanya sendiri

AMALAN : MEMAKAI KASUT

Dari Ali R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Jika salah seorang dari kamu memakai sandal, mulailah dengan kanan, jika membuka, mulailah dengan kiri.
Hendaklah yang kanan pertama yang disandali dan yang terakhir dibuka".
H.R.MUSLIM sampai katanya "BIS SYIMAALI" dan yang sisanya diriwayatkan oleh Malik, Tirmidzi dan Abu Dawud.

KETERANGAN :

Dalam hal kebaikan termasuk juga memakai sandal hendaknya mendahulukan yang kanan, ketika membuka, mendahulukan yang kiri.

AMALAN : TANGAN KANAN

Dari Umar R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Jika salah seorang dari kamu makan, hendaklah makan dengan tangan kanan, jika minum, hendaklah minum dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri".
H.R.MUSLIM

KETERANGAN :

Hadis ini memberi pelajaran bahwa makan dan minum supaya menggunakan tangan kanan, tidak seperti syaitan yang makan dengan tangan kiri.

Ahad, 18 Disember 2011

SANTAI : ZIRAFAH

Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama daripada unta.

SANTAI : INSOMNIA

Salah seorang penghidap insomnia ialah Thai Ngoc dari Vietnam. Dia tidak boleh tidur sejak tahun 1973. Tiga bulan pertama semasa tidak tidur, Thai mampu menggali dua buah kolam ikan tanpa bantuan sesiapa.

SANTAI : ORANG ANEH

Michael Lotito mungkin boleh dikatakan manusia aneh kerana kegemarannya makan makanan yang tidak boleh dihadam oleh manusia seperti logam, kaca, getah dan besi. Michael mampu makan sebuah pesawat Cessna 150 dengan mengambil masa selama dua tahun untuk dihabiskan.

HADIS : DOSA PALING BESAR

Dari Ibnu Mas'ud R.A. ia berkata bahwasanya ia bertanya kepada Rasulullah Saw. :"Dosa apakah yang paling besar?"
Jawab Beliau :"Jika engkau jadikan sekutu bagi Allah, padahal Allah yang menciptakanmu".
Aku bertanya :"Kemudian apa?"
Jawab Beliau :"Jika engkau membunuh anakmu takut makan bersamamu".
Aku bertanya :"Kemudian apa?"
Jawab beliau :"Jika engkau berzina dengan isteri tetanggamu".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa berzina dengan isteri tetangga itu termasuk dosa besar setelah menyekutukan Allah dan membunuh anak, khuatir makan bersama.

AMALAN : JIRAN TETANGGA

Dari Anas R.A. dari Nabi Saw, beliau bersabda :"Demi Dzat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, seorang hamba tidak beriman sehingga mencintai untuk tetengganya apa yang ia cinta untuk dirinya".
H.MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya hak tetangga dimana seseorang tidak akan memiliki iman yang sempurna jika ia belum mencintai apa yang untuk tetangga seperti untuk dirinya sendiri.

Sabtu, 17 Disember 2011

SANTAI : TIDUR

Tanpa makanan, manusia boleh bertahan selama 14 hari tetapi tanpa tidur, manusia boleh bertahan sehingga 10 hari sahaja.

SANTAI : KAPAL TERBANG PERANG DUNIA KE-2

Apabila perang dunia kedua berakhir, penduduk Jerman terkejut kerana didapati jumlah kapal terbang tentera negara itu melebihi daripada jumlah yang mereka miliki sebelum peperangan tercetus.

SANTAI : SISTEM SOLAR

Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

CORAT-CORET : MEMALUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas. Dia didapati hilang selama 3 tahun di Dublin. Sebanyak 8 kali keluaragnya pergi ke sana mencarinya. Akhirnya misteri kehilangan Ariff terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang warga Dublin.
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah S.W.T. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 ayat dalam 14 surah. Antaranya 16 ayat dalam surah Asy-Syu'ara ( Para Penyair ) iaitu ayat 160-175.
Dalam ayat 160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangannya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat 165-168, Allah S.W.T. merakamkan dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini :

165- Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara kamu.

166- Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan TuhanMu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

167- Mereka menjawab :"Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir.
Kemudian ayat-ayat seterusnya mengambarkan balasan Allah terhadap kaum Luth, sebagaimana maksud ayat 172-173 surah Asy-Syu'ara :

172- Kemudian Kami binasakan yang lain.

173- Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.
Balasan Allah ini juga disebut dalam beberapa ayat lain. Antaranya ayat 34 dan 35 surah An Akabut (Labah-Labah) :

34. Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka membuat fasik.

35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal.

SANTAI : UNDIAN LIGA JUARA-JUARA

Perlawanan pusingan kalah mati akan berlangsung pada februari dan mac tahun depan.

AMALAN : HADIS BAB ADAB-SOMBONG

Dari Umar R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Allah tidak akan melihat ( memberi rahmat ) kepada orang yang menyeret sarungnya kerana sombong".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Hadis ini melarang orang berlaku sombong.

Jumaat, 16 Disember 2011

SANTAI : RUSIA

Sepuluh peratus daripada pendapatan negara Rusia adalah hasil daripada penjualan arak.

SANTAI : UBI KENTANG

Sungguhpun para penjelajah membawa ubi kentang dari Dunia Baru pada awal tahun 1500, orang Eropah takut untuk memakannya kerana bimbang akan dijangkiti kusta. Kepercayaan karut ini berakhir apabila Louis XVI ( Raja Perancis 1774-92 ), yang sedang mencari sumber makanan murah untuk diberikan kepada pembantu-pembantunya yang kelaparan, telah menghidangkan kentang untuk mereka. Sejak itu orang ramai yakin makan ubi kentang itu selamat.

AMALAN : HADIS BAB ADAB- LARANGAN

Dari Mughirah bin Syu'bah R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kamu derhaka kepada ibu-ibu, mengubur anak-anak perempuan hidup-hidup, mencegah dan meminta. Allah benci kamu banyak bicara, banyak bertanya dan mensia-siakan harta".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Hadis ini melarang :

1. Menderhaka ibu dan atau bapa.

2. Menanam anak perempuan hidup-hidup.

3. Tidak pernah memberi apa yang seharusnya ia beri dan meminta yang tidak boleh diminta.

4. Banyak bicara ertinya setiap berita yang didengar diceritakan kepada orang lain.

5.Banyak bertanya yang tidak ada gunanya.

6. Mensia-siakan harta.

AMALAN : HADIS BAB ADAB-IBUBAPA

Dari Abdillah bin Ash R.A. dari Nabi Saw, beliau bersabda :"Redha Allah itu tergantung pada Redha kedua orang tua dan murka Allah tergantung pada murka kedua orang tua".
H.R.TIRMIDZI DAN DISHAHIHKAN OLEH IBNU HIBBAN DAN HAKIM.

KETERANGAN :

Berbuat baik kepada kedua orang tua adalah wajib dan menyakiti mereka adalah haram.


AMALAN : HADIS BAB ADAB-MEMUTUSKAN SHILATURRAHIM

Dari Jubair bin Muth'im R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Orang yang memutuskan tali persaudaraan tidak akan masuk syurga".
H.MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Memutuskan t6ali persaudaraan sangat besar dosanya, tidak dapat masuk syurga.

AMALAN : HADIS BAB ADAB-SHILATURRAHIM

Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah menyambung tali persaudaraan".
H.R.BUKHORI

KETERANGAN :

Hadis ini mendorong/memerintahkan bershilaturrahim iaitu menyambung tali persaudaraan yang dapat menyebabkan rezeki mudah didapat dan umur panjang.

AMALAN : HADIS BAB ADAB-MINUM BERDIRI

Dari Ali R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Janganlah salah seorang dari kamu meminum dengan berdiri".
H.R.MUSLIM

KETERANGAN :

Hadis ini melarang minum dengan berdiri.

Khamis, 15 Disember 2011

SANTAI : ARGENTINA

Sungguhpun nama Argentina bermakna 'Bumi Perak'( argent bererti parak), sebenarnya terdapat sedikit perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat kesilapan para penjajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

SANTAI : ALIGATOR

Aligator boleh hidup lebih dari 100 tahun.

SANTAI : LAPANGAN TERBANG

Lapangan terbang yang dibina ditempat yang tinggi mesti mempunyai landasan berlepas yang lebih panjang, bagi mengatasi tekanan udara rendah di kawasan tersebut.

INFO : TANDA-TANDA AWAL KANSER : PROSTAT

KANSER PROSTAT :

1. Sering membuang air kecil terutama waktu malam.

2. Kesukaran sewaktu membuang air kecil atau air kencing tertahan.

3. Tidak boleh keluarkan air kencing.

4. Aliran air kencing lemah atau tersekat-sekat.

5. Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing.

6. Terasa sakit ketika air kencing keluar.

7. Terdapat darah pada air kencing atau mani.

8. Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang atau peha.

SANTAI : AVOCADO

Avocado merupakan buah yang mempunyai kalori paling tinggi berbanding buah-buahan yang lain.

SANTAI : LEMBU SUSU

Purata jumlah perahan yang dilakukan pada seekor lembu untuk mendapatkan segelen susu ialah sebanyak 345 kali.

AMALAN : HADIS BAB ADAB-BERSIN

Dari Ali R.A. dari Nabi Saw beliau bersabda :"Jika salah seorang dari kamu bersin, maka hendaklah mengucapkan :"AlHamdulillah" dan saudaranya supaya mengucapkan kepada orang itu :"YARHAMUKALLAHU". Jika saudara itu mengucapkan doa "YARHAMUKALLAHU", maka hendaklah ia mengucapkan doa :"YAHDIKUMULLAHU WA YUSHLIH BAALAKUM".
H.R.BUKHORI

KETERANGAN :

Orang yang bersin hendaklah mengucapkan "Alhamdulillah" dan yang mendengar membalas doa"Yarhamukallahu"(Semoga Allah memberikan rahmat ), kemudian yang bersin membalas doa "Yahdikumullahu wa yushlih baalakum"(Semoga Allah memberi petunjuk kamu dan membaguskan hatimu).

Rabu, 14 Disember 2011

SANTAI : GUNUNG EVEREST

Menurut National Georgraphic, ketinggian Gunung Everest akan meningkat sebanyak empat milimeter setahun.

CORAT-CORET : UKUR LILIT BUMI IALAH....

Orang pertama yang berjaya mengira lilitan bumi ialah Eratosthenes ( 276-195 Sebelum Masihi ). Beliau ialah seorang ahli matematik Yunani dan cendekiawan yang menguruskan Perpustakaan Agung di Iskandariah.Begini pengiraan beliau yang menajubkan itu : Mulanya Eratosthenes meneliti sebuah perigi yang dalam di Cyrene (sekarang dipanggil Aswan), selatan Mesir. Dalam setahun, cuma sekali saja perigi itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari pada waktu tengah hari.
Eratosthenes tahu, perkara ini hanya berlaku apabila matahari betul-betul berada di atas perigi tersebut. Beliau juga tahu, pada hari ia berlaku di Cyrene, matahari tidak berada betul-betul di atas bandar Iskandariah kerana pada waktu yang sama di Iskandariah, objek-objek bergaris tegak menunjukkan bayang-bayangnya.
Jadi, pada masa perigi di Cyrene itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari, Eratosthenes mengukur bayang-bayang tiang di Iskandariah. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang geografi dan pengetahuan tentang jarak antara Iskandariah dan Cyrene, beliau menganggarkan bahawa lilit bumi ialah 250,000 stadion. Satu stadion ialah ukuran panjang yang biasa digunakan pada zaman kuno.
Bagi mengetahui adakah anggaran Eratostenes itu tepat, pengukur profesional diupah untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengira langkah mereka. Apabila ditukar kepada pengiraan moden, anggaran kiraan Eratosthenes itu (stadion) menjadi lebih kurang 40,000 kilometer-satu angka yang sangat hampir dengan ukur lilit sebenar di Khatulistiwa, yang kita tahu sekarang ialah 39,842 kilometer.

SANTAI : GUNUNG BERAPI

Sebuah gunung berapi boleh memancutkan debunya setinggi 50 kilometer ke udara.

SANTAI : BURUNG NASAR

Burung Nasar tidak akan menyerang mangsa yang bergerak kerana itu menandakan mangsa masih hidup.

SANTAI : KILAT

Kilat yang sering dilihat menyambar ketika hujan atau awan mendung lebarnya lebih kurang empat hingga lapan sentimeter, manakala panjangnya pula lebih kurang dua kilometer.

CORAT-CORET : SIAPA LEBIH CERDIK

Cuba anda baca dua kisah lucu dan pelik yang berlaku di China.

CERITA PERTAMA :

Pada mac lalu, seorang penduduk Jieshu, di wilayah Anhui, China yang bernama Zhu, telah mengunjungi kawan sekampungnya, Chen. Ketika itu Chen terlantar di hospital akibat sakit jantung. Dalam kunjungan itu, Zhu telah bergurau dengan Chen, kononnya dia sedang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri kawannya itu. Hasilnya, isteri Chen mengandungkan anak Zhu!

Gurauan itu menyebabkan Chen sakit hati. Dia terus meluru ke rumah Zhu sebaik saja dibenarkan keluar hospital beberapa hari kemudian. Apabila melihat Chen menyerbu rumahnya dalam keadaan marah, Zhu jadi takut. Dia terus cabut lari. Chen cuba mengejarnya tetapi malang, dia terjatuh dan terus meninggal dunia!

Zhu dijatuhi hukuman penjara lima tahun akibat perbuatannya itu.

CERITA KEDUA :

Seekor burung gagak peliharaan sebuah keluarga di Xincheng, wilayah Dashibei Hutong pula menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Mereka berebut-rebut hendak bergambar dengan burung itu kerana haiwan tersebut boleh menyebut dan memanggil nama tuannya.

Bukan itu saja, burung gagak tersebut juga sering bergaduh dengan anjing jirannya dan hasilnya, ia pandai menyalak!

SOALANNYA :

Siapa lebih cerdik? Manusia dalam cerita pertama atau burung gagak dalam cerita kedua?