PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 19 Disember 2011

CORAT-CORET : KISAH NYAMUK

1. Nyamuk sudah wujud sejak 100 juta tahun lalu. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenal pasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat. Seperti diketahui nyamuk banyak terdapat di kawasan tropika dan juga Artik.

2. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanya 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.

3. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat dan menghasilkan bunyi 'nyyyennng' apabila terbang di telinga kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan