PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Khamis, 27 Oktober 2011

AMALAN : HADIS JUAL BELI-2

Dari jabir bin Abdillah bahawasanya ia mendengar Rasul Allah bersabda pada tahun kemenangan kota Mekah dan beliau berada di Mekah :"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan menjual belikan arak,bangkai,babi dan patung". Beliau ditanya :"Bagaimanakah tentang lemak bangkai, kerana lemak dapat digunakan mengecat perahu dan meminyaki kulit-kulit serta orang-orang menggunakannya untuk lampu?"
Beliau menjawab :"Tidak,itu haram".
Sabda beliau selanjutnya :"Semoga Allah melaknat orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya Allah telah mengharamkan lemak bangkai terhadap mereka, mereka cairkan lemak itu, kemudian mereka jual dan dimakan harganya".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Hadis menunjukkan hukum haram menjual beli arak,bangkai,babi dan patung/berhala.
Arak,bangkai dan babi haram diperjual kerana najis. Oleh kerana itu semua barang yang najis haram diperjual belikan.
Sedangkan haramnya patung/berhala dikeranakan tidak ada manafaat padanya.

Rabu, 26 Oktober 2011

SANTAI : MATA WANG

Ada kira-kira 200 jenis mata wang yang digunakan di seluruh dunia hari ni.

AMALAN : HADIS JUAL BELI

Dari Rifa'ah bin Rafi' R.A. sesungguhnya Nabi ditanya tentang pekerjaan yang paling baik. Beliau menjawab : "Pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang baik".
H.R. AL-BAZZAR DAN DIANGGAP SHAHIH OLEH IMAM HAKIM

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahawa pekerjaan yang paling halal dan membawa berkah ialah pekerjaan dari tangannya sendiri dan yang kedua ialah jual beli yang didalamnya tidak ada sumpah dan tipuan.

Isnin, 24 Oktober 2011

SANTAI : BILL GATES

Rumah yang dibeli jutawan microsoft, Bill Gates berhampiran Seattle Amerika Syarikat menelan kos rm 200 juta dan dilengkapi peralatan elektronik canggih.

Jumaat, 21 Oktober 2011

PETUA : LEMAH TENAGA BATIN

BAHAN-BAHAN :

1. Madu 2 sudu

2. Susu kambing/lembu 1 gelas

3. Isi kelapa muda 1 biji

4. Kuning telur ayam kampung 1 biji

5. Air mendidih 1 gelas

CARA :
Semua bahan diadun dalam satu bekas. Kemudian masukkan air mendidih dan dikacau-kacaukan sehingga suam. Minum sekaligus. Buat lagi untuk 3 hingga 7 hari, sebelum tidur.

SANTAI : TELEFON

Bilangan telefon di bandar raya Tokyo Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

AMALAN : HADIS BAB HAJI-7

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata : "Rasulullah Saw telah berpidato kepada kami, maka beliau bersabda : "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kamu menunaikan haji".
Al-Aqra' bin Khabis berdiri seraya berkata : "Apakah pada setiap tahun, Ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah : "Seandainya aku ucapkan, pasti menjadi wajib. Kewajiban haji sekali dan selebihnya menjadi thathawwu'/sunat".
H.R. IMAM LIMA SELAIN TIRMIDZI.
ASAL HADIS DALAM SHAHIH MUSLIM DARI HADIS ABU HURAIRAH.

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa haji adalah wajib atas setiap orang muslim mukalaf yang kuasa seumur hanya sekali. Jika menunaikan beberapa kali, yang wajib sekali dan selebihnya menjadi sunat.

WALLAHU A'LAM.

Khamis, 20 Oktober 2011

SANTAI : BURUNG HELANG

Jarak pandangan burung helang bolen mencecah sehingga 1,600 meter.

AMALAN : HADIS BAB HAJI-6

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata bahawasanya ia telah mendengar Rasulullah Saw telah berpidato, beliau talah bersabda :"Janganlah seorang lelaki bersepian dengan seorang perempuan kecuali perempuan itu disertai dengan mahram. Janganlah seorang perempuan berpergian kecuali disertai dengam mahram".
Maka seorang lelaki berdiri dan bertanya :"Ya Rasul Allah, sesungguhnya isteriku telah keluar untuk menunaikan haji, sedangkan aku telah mendaftarkan berperang ini dan itu".
Kemudian Baginda bersabda :"Berangkatlah, dan tunaikan haji bersama isterimu".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI
LAFAZ HADIS BAGI IMAM MUSLIM.

KETERANGAN :

Hadis ini memberi hukum :
1. Haram lelaki bersepian dengan wanita.
2. Perempuan tidak boleh berpergian sendiri, kecuali dengan mahram.

Rabu, 19 Oktober 2011

INFO : BUKA MINDA

1. Air minuman pepsi mengandungi pepsin(enzim yang terdapat didalam perut untuk proses penghadaman), dari situlah ia mendapat nama.

2. Raja Firaun, Rames II meninggal dunia pada 1225 sebelum masihi dengan meninggalkan 111 orang anak lelaki dan 67 anak perempuan.

3. Nasi adalah makanan utama separuh daripada penduduk dunia.

4. Nama ibu negara Brazil, Rio de Janeiro diambil daripada perkataan River of January.

5. Satu tahun mengandungi 31,557,600 saat. Satu billion saat pula bersamaan 37 tahun.
6. Satu per empat daripada keseluruhan tulang didalam tubuh manusia terdapat di bahagian kaki.

7. Kertas telah dicipta pada tahun 105 masihi oleh seorang sida China bernama Tsai'Lun.

8. Seorang kidal berkecenderung untuk melangkah dengan kaki kiri.

9. Afrika Selatan mengeluarkan dua pertiga daripada keseluruhan emas dunia.

SANTAI : TAJ MAHAL

Pembinaan salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal di India siap pada 1653, mengambil masa 20 tahun dan menggunakan ribuan tenaga manusia.

AMALAN : HADIS BAB HAJI-5

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Manakala anak kecil melakukan haji, kemudian ia telah baligh, maka ia wajib melakukan haji lagi. Manakala hamba/budak melakukan haji, kemudian ia telah dimerdekakan, maka ia wajib melakukan haji sekali lagi".
H.R. Ibnu Abi Syaibah dan Baihaqi. Para perawi dapat dipercaya hanya saja diperselisihkan tentang marfu'nya hadis, tetapi yang terpelihara ialah hadis ini mauquf.

KETERANGAN :

Hadis ini memberi pengertian bahawa baligh dan merdeka menjadi syarat kewajiban menunaikan haji.
Seandainya terjadi anak kecil atau budak menunaikan haji, dapat menjadi sh, namun tidak dapat menggugurkan kewajibannya menunaikan haji Islam. Mereka masih berkewajiban menunaikan haji setelah ia baligh atau dimerdekakan.

Selasa, 18 Oktober 2011

SANTAI : ROKOK

Industri rokok mencatatkan jualan tahunan diantara rm250 hingga rm 300 billion. Jumlah ini menyamai satu perempat peruntukan pembelian senjata dunia.

HADIS : BAB HAJI

Dari Ibnu Abbas R.A. sesungguhnya seorang perempuan dari Juhainah telah datang kepada Nabi Saw dan bertanya :"Sesungguhnya ibuku telah bernazar haji. Ia belum haji hingga meninggal dunia, apakah aku harus haji untuknya ?". Jawab Nabi :"Ya", lakukan haji untuknya, ketahuilah, seandainya ibuku mempunyai tanggungan hutang, tidakkah engkau harus membayarnya ?. Bayarlah kepada Allah, Allah Dzat yang paling berhak dipenuhi".
H.R.BUKHARI

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa seseorang yang bernazar haji, hingga meninggal dunia, maka orang lain dapat menunaikannya. Hal ini membuktikan bahwa pahala kebajikan seseorang dapat dihadiahkan kepada orang lain.

Isnin, 17 Oktober 2011

INFO : REHATKAN MINDA

1. Hampir 80% penduduk Ecuador pernah dipatuk ular sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

2. Ular tidak boleh mengelipkan mata.

3. Ular juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana tindakan itu boleh menyebabkannya lemas.

4. Ibu kota Korea Selatan diambil dari perkataan'seoul'(bahasa Korea), bermaksud ibu kota, sementara itu bandar Soweto di Afrika Selatan mendapat namanya daripada perkataan SOuth WEst TOwnship.

5. Jika gagal menemui sebarang makanan, sesetengah cacing reben akan memakan diri sendiri bagi mengelakkan diri daripada mati kebuluran.
6. Di anggarkan setiap tiga minit akan ada seorang penghuni bumi yang mendakwa melihat UFO. Di Amerika Syarikat dikatakan UFO akan mudah dilihat pada bulan Julai, mulai pukul 9 malam hingga 3 pagi.

7. Mayat raja Firaun, Tutankhamen diisi dalam empat lapisan keranda dan keranda ketiga diperbuat daripada 1,125 kg emas. Jika di nilai mengikut pasaran sekarang, nilainya sekitar rm 50 juta.

8. Teras planet Musytari sebenarnya bersifat bukan logam. Tetapi disebabkan tekanan yang begitu kuat dibahagian dalam, teras tersebut telah bertukar menjadi logam. Logam tersebut ialah hidrogen.

9. Darah manusia mengalir sejauh 96,560 km setiap hari dengan melalui setiap urat saraf, arteri, kapilari serta pembuluh darah. Begitulah ajaibnya ciptaan tuhan, tetapi tidak ramai daripada kita menginsafinya.

10. Dianggarkan tidak sampai tujuh peratus daripada seluruh penduduk dunia pernah menderma darah, sebab itu bank darah sentiasa saja menghadapi masalah bekalan.

RESEPI : NASI GORENG CILI BASAH


Malam ni den raso nak makan nasi goreng ajo. Pikir punyo pikir nasi goreng apo yang nak dibuek, den pun buek keputusan den goreng ajo nasi dongan cili basah. Lagi pun dah lamo den tak makan nasi goreng cili basah ni, salah satu nasi goreng kegomaran den. Bueknyo sonang ajo, sobab tu den suko nasi goreng ni. Ni dio rosepinyo, kalau raso nak buek kalau ada maso :
BAHAN-BAHAN :

1. Nasi sojuk 1 pinggan
2. Bawang putih 2 ulas- ditumbuk
3. Cili basah 4 biji-ditumbuk
4. Telur ayam 1 biji
5. Beberapa potong daging ayam
6. Udang kering 1 sudu besar-ditumbuk
7. Minyak masak
8. Garam
9. Serebuk perasa
CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk dan tumis.
2. Masukkan ayam dan telur.
3. Masukkan garam dan serebuk perasa
4. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati
5. Angkat dan hidangkan.

SANTAI : SEMUT

Semut berkomunikasi dengan menggosok sesunggutnya.

AMALAN : HADIS BAB HAJI-3

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata :"Fadhal bin Abbas R.A. pernah membonceng Rasulullah Saw. Datanglah seorang perempuan dari Khats'am. Maka Fadhal melihat kepadanya dan ia melihat kepada Fadhal. Kemudian Nabi memalingkan muka Fadhal kearah lain. Perempuan itu bertanya :"Ya rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan kepada hambaNya haji, ayahku telah lanjut usia, ia tidak kuasa duduk diatas kenderaan, apakah aku harus melakukan haji untuknya ?" Jawab Nabi : "Ya"
Hal ini pada haji wada'
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI
LAFADH HADIS BAGI IMAM BUKHARI

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sudah lanjut usia yang sudah tidak kuasa menjalankan haji, maka orang lain dapat menjalankan haji untuk orang itu.

SANTAI : IKAN MAS

Ikan mas adalah satu-satunya spesies yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

Ahad, 16 Oktober 2011

AMALAN : HADIS BAB HAJI-2

Dari Ibnu Abbas bahwasanya Nabi Saw bertemu serombongan yang berkenderaan di Rauha'. Nabi bertanya :"Siapakah kaum itu?" Mereka menjawab :"Orang-orang muslim".
Mereka bertanya :"Siapakah engkau?"
Jawab Nabi :"Utusan Allah". Maka seorang perempuan menangkat anak kecil kepada Nabi dan bertanya :"Apakah ada bagi anak ni haji?". Jawab Nabi :"Ya, dan engkau mendapat pahala".
H.R.MUSLIM

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa anak kecil yang belum baligh melakukan haji dapat menjadi sah dan walinya mendapatkan pahala haji tersebut. Haji tersebut belum bisa mencukupi sebagai haji Islam bagi anak itu sendiri.

MELAKA : DATARAN 1 MALAYSIA KLEBANG.

Hari sabtu petang den bawo anak-anak dan anak-anak buah jalan-jalan di Dataran 1 Malaysia dekat Klebang. Dataran yang baru di buat menggunakan pasir laut. Tempatnya selesa untuk membawa keluarga bersiar-siar diwaktu petang dan malam. Di sini kita boleh bermain layang-layang, air laut, pasir pantai, menaiki kereta kuda, menunggang kuda dan ada juga gerai-gerai makanan dan minuman. Jika datang ke Melaka, apa kata singgah sebentar di dataran ni untuk menghirup udara segar. Pasti anda akan berpuas hati. Orang ramai melihat keindahan alam dan menghirup udara segar sambil melihat anak-anak bermain air.
Sungguh cantik permandangan di sini dengan berlatar belakangkan 1 Malaysia.
Macam-macam aktiviti ada di sini termasuk kereta kuda.
Banyak gerai yang menjual layang-layang dengan harga yang berpatutan kat sini.

AMALAN : HADIS BAB HAJI-1

Dari Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Umrah ini ke Umrah itu adalah penghapus dosa diantara keduanya". Haji Mabrur tidak ada balasannya melainkan syurga".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Hadis ini menerangkan fadhilahnya umrah diantara yang dapat menghapus dosa. Adapun hukumnya menurut Imam Malik dan Abu Hanifah adalah sunat, sedangkan menurut Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hanbal ialah fardhu.
Haji Mabrur mendapatkan pahala besar sekali iaitu syurga.

INFO : RELAKS MINDA

1. Tiram boleh menukar jantinanya sebanyak dua kali, misalnya dari betina ke jantan, kemudian dari jantan ke betina.

2. Gas asli tidak berbau. Bau tiruan sengaja dicampurkan kepadanya supaya sebarang kebocoran dapat dikesan dengan mudah.

3. Neil Armstrong menjejakkan kaki ke permukaan bulan dengan menggunakan kaki kiri.

4. Segelen air laut (4.5 liter) air mengandungi 70 gm garam.

5. Kapalterbang jumbo memerlukan 4,000 gelen (18,000 liter) minyak untuk terbang.

6. Venus adalah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

7. Secara purata setiap kanak-kanak menghabiskan masa selama 28 jam menonton tv.

8. Paus biru, haiwan terbesar di dunia boleh mencapai seberat 304,815 kilogram(300 tan)..Sama berat dengan 24 ekor gajah, 92 ekor kuda, 150 ekor sapi dan 450 ekor singa.

9. Helang boleh terbang selaju 99 kilometer sejam(km/j) manakala merpati pula selaju 62 km/j.

INFO : PIANO

Selepas menyudahkan persembahannya, pemuzik dan penggubah lagu terkenal, Beethoven dikelilingi oleh para peminatnya. Mereka berebut-rebut mengucap tahniah, melahirkan rasa kagum di atas kemerduan lagu ciptaannya. Tidak kurang juga yang meminta tandatangan serta memberi hadiah.

"Alangkah bagusnya kalau Tuhan kurniakan saya dengan kebolehan macam tuan," kata seorang wanita pada Beethoven.

Pemuzik itu membalas,"Awak kata kebolehan saya bermain muzik adalah anugerah Tuhan. Betul tu, tapi ingat, awak juga boleh dianugerahkan dengan kebolehan tersebut. Syaratnya, berlatih main piano lapan jam sehari selama 40 tahun. Itu sudah memadai untuk jadi macam saya."

INFO : PISAU CUKUR

Rupa-rupanya pisau cukur telah pun dicipta sejak zaman batu lagi. Pisau yang dibuat daripada batu itu telah ditemui dalam ekskavasi oleh para arkeologi disebuah perkuburan masyarakat zaman batu di mesir.

Pisau cukur yang ada sekarang bermula pada tahun 1901 selepas King Gillette mencipta dan mengeluarkannya dalam kuantiti yang banyak. Dari situlah aktiviti mencukur mula popular.

INFO : ROTI

Satu fakta yang menarik, jangan terkejut roti lebih tua usianya berbanding piramid yang tersergam megah di Mesir.

Sebuah muzium di Zurich, Switzerland misalnya ada mempamerkan cebisan kepingan roti yang menurut pakar arkeologi, dibakar pada zaman batu- 6,000 tahun lalu. Sebuah muzium di New York, Amerika Syarikat pula mempamirkan cebisan roti berusia lebih 3,400 tahun.

Sabtu, 15 Oktober 2011

RESEPI : SAMBAL UDANG

Salam sejahtera semua. Sojak 2,3 hari ni tokak den teraso bonar nak makan sambal udang, nak kato mengidam tak jugo. Mungkin dah lamo agaknyo den tak makan sambal udang, semalam den pergi lah pasar beli barang-barang untuk membuat sambal udang. Dongan somangat yang bokobar-kobar pagi-pagi den dah mulo masak sambal udang yang den idamkan tu.Maka ni lah hasilnyo bak kato orang-orang tuo " Di mano ado kemahuan, di situ ado jalan " macam Karam Singh Walia pulok den ni. Kalau nak raso den punyo sambal udang sodap ke tidak, cubalah resepi den ni :

BAHAN-BAHAN :

8-9 batang cili kering ( kalau gilo podeh tambahlah lagi)
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
udang sogar 600 gm ( lagi banyak lagi baguih, boleh makan udang banyak-banyak)
1/2 cawan air asam jawo
Minyak
Garam
Gula

CARA-CARA :

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga hancur.

2. Panaskan minyak- tumiskan bahan-bahan kisar

3. Setelah bahan kisar garing, masukkan udang,gula dan garam secukup rasa

4. Masukkan air asam dan tunggu sehingga sambal naik minyak dan pekat.

5. Hidangkan dengan nasi paneh...makan dongan roti pun sodap

Jumaat, 14 Oktober 2011

PETUA : HINDARKAN RUMAH DIMASUKI PENCURI

Selalu amalkan membaca ayat dari surah Al Mu'minun ( orang-orang yang beriman ) ayat 28. Seelok-eloknya selesai solat amalkan ayat ni kemudian bermohon kepada Allah supaya rumah dan harta benda kita terselamat dari pencuri dan sihir . Amalkan ayat ini dan lihat hasilnya..

AL MU'MINUN ( ORANG-ORANG BERIMAN ) AYAT 28

FA IZASTAWAITA ANTA WA MAM MA'AKA 'ALA-FULKI FA QULIL-HAMDU LILLAHIL-LAZI NIJJANA MINAL-QAUMIZ-ZALIMIN
( Apabila kamu dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu, maka ucapkanlah :"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan kami dari orang-orang yang zalim".

JENAKA : PAKISTAN VS INDIA

Ada tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan lari dari negara mereka dan berjaya menyusup masuk ke England. Suatu hari, mereka teringin untuk menyaksikan pertandingan Kriket Dunia yang berlangsung di London. Lalu mereka pergi ke stesen kereta api. Di stesen kereta api, lelaki Pakistan membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India membeli satu tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik kereta api sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya lelaki Pakistan. "Tengok dan belajar," jawab lelaki India.

Mereka pun menaiki kereta api. Lelaki Pakistan duduk dikerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak-sesak masuk kedalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas kereta api bertolak, konduktor kereta api pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket !" pintu tandas dibuka sikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Konduktor mengambil tiket tersebut dan terus berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat taktik tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India memang bijak.

Selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut. Dengan cara itu, dapatlah mereka menjimatkan wang. Bila tiba di stesen kereta api, lelaki-lelaki Pakistan hanya membeli sekeping tiket sahaja, tetapi memeranjatkan mereka, lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan kalau kamu tak membeli tiket?" tanya lelaki Pakistan.

"Tengok dan belajar", jawab lelaki India.

Bila kereta api bergerak, ketiga-tiga lelaki Pakistan segera masuk kedalam sebuah tandas. Lelaki-lelaki India pula masuk kedalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Kereta api memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang daripada lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas tempat lelaki-lelaki Pakistan bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket!"

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat kawan-kawannya sedang menunggu!

INFO-5

1. Mata manusia seberat 28gm. Tak percaya timbang sendiri.

2. Dianggarkan terdapat 45 bilion sel lemak di dalam tubuh manusia, 7,000 helai bulu pada badan helang, 750,000,000 ekor kuda di seluruh dunia dan 9,000 kudup rasa pada lidah manusia.

3. Seorang manusia dewasa secara purata meminum 16,000 tan air sepanjang hayatnya.

4. Mulai sekarang, mata anda berkelip sebanyak 25 kali dalam tempoh seminit. Tak percaya, cuba kira sekarang 1,2,3,4,5.....

5. Jangan selalu stres, bimbang, marah-marah, resah atau takut, kerana emosi-emosi negatif seperti itu boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh kita.

6. Setakat ini belum ada peserta acara lompat tinggi yang boleh berada di udara melebihi satu saat.

7. Teluk Parsi merupakan kawasan perairan paling panas di dunia. Pada musim panas, suhu air laut di kawasan itu boleh mencecah sehingga 35.6 darjah celsius.

8. Terdapat kira-kira empat juta buah kereta yang kini bergerak menggunakan gasohol, bukannya petrol. Gasohol adalah minyak yang dibuat daripada tebu.

9. Ikan paus boleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

10. Untuk mencairkan 28.3 gm( satu paun) lemak yang terdapat didalam badan, anda perlu berjalan kaki sejauh 55 km

CORAT-CORET : LAMA BONAR TAK BERBLOG

Den raso lamo bonar den tak up date blog ni. Banyak kojo yang den kono buek lopeh rayo ni, tak terkojar rasanyo. Dalam sibu-sibuk menguruskan korjo sompek jugo den mencari-cari bahan-bahan untuk blog ni. Bila masa mengizinkan nanti den akan post bahan-bahan tersobut dalam blog ni. Sampai berjumpo lagi yoo...bye bye