PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 17 Oktober 2011

RESEPI : NASI GORENG CILI BASAH


Malam ni den raso nak makan nasi goreng ajo. Pikir punyo pikir nasi goreng apo yang nak dibuek, den pun buek keputusan den goreng ajo nasi dongan cili basah. Lagi pun dah lamo den tak makan nasi goreng cili basah ni, salah satu nasi goreng kegomaran den. Bueknyo sonang ajo, sobab tu den suko nasi goreng ni. Ni dio rosepinyo, kalau raso nak buek kalau ada maso :
BAHAN-BAHAN :

1. Nasi sojuk 1 pinggan
2. Bawang putih 2 ulas- ditumbuk
3. Cili basah 4 biji-ditumbuk
4. Telur ayam 1 biji
5. Beberapa potong daging ayam
6. Udang kering 1 sudu besar-ditumbuk
7. Minyak masak
8. Garam
9. Serebuk perasa
CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan ditumbuk dan tumis.
2. Masukkan ayam dan telur.
3. Masukkan garam dan serebuk perasa
4. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati
5. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan