PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 17 Oktober 2011

INFO : REHATKAN MINDA

1. Hampir 80% penduduk Ecuador pernah dipatuk ular sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

2. Ular tidak boleh mengelipkan mata.

3. Ular juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana tindakan itu boleh menyebabkannya lemas.

4. Ibu kota Korea Selatan diambil dari perkataan'seoul'(bahasa Korea), bermaksud ibu kota, sementara itu bandar Soweto di Afrika Selatan mendapat namanya daripada perkataan SOuth WEst TOwnship.

5. Jika gagal menemui sebarang makanan, sesetengah cacing reben akan memakan diri sendiri bagi mengelakkan diri daripada mati kebuluran.
6. Di anggarkan setiap tiga minit akan ada seorang penghuni bumi yang mendakwa melihat UFO. Di Amerika Syarikat dikatakan UFO akan mudah dilihat pada bulan Julai, mulai pukul 9 malam hingga 3 pagi.

7. Mayat raja Firaun, Tutankhamen diisi dalam empat lapisan keranda dan keranda ketiga diperbuat daripada 1,125 kg emas. Jika di nilai mengikut pasaran sekarang, nilainya sekitar rm 50 juta.

8. Teras planet Musytari sebenarnya bersifat bukan logam. Tetapi disebabkan tekanan yang begitu kuat dibahagian dalam, teras tersebut telah bertukar menjadi logam. Logam tersebut ialah hidrogen.

9. Darah manusia mengalir sejauh 96,560 km setiap hari dengan melalui setiap urat saraf, arteri, kapilari serta pembuluh darah. Begitulah ajaibnya ciptaan tuhan, tetapi tidak ramai daripada kita menginsafinya.

10. Dianggarkan tidak sampai tujuh peratus daripada seluruh penduduk dunia pernah menderma darah, sebab itu bank darah sentiasa saja menghadapi masalah bekalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan