Dari jabir bin Abdillah bahawasanya ia mendengar Rasul Allah bersabda pada tahun kemenangan kota Mekah dan beliau berada di Mekah :"Sesungguhnya Allah telah mengharamkan menjual belikan arak,bangkai,babi dan patung". Beliau ditanya :"Bagaimanakah tentang lemak bangkai, kerana lemak dapat digunakan mengecat perahu dan meminyaki kulit-kulit serta orang-orang menggunakannya untuk lampu?"Beliau menjawab :"Tidak,itu haram".
Sabda beliau selanjutnya :"Semoga Allah melaknat orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya Allah telah mengharamkan lemak bangkai terhadap mereka, mereka cairkan lemak itu, kemudian mereka jual dan dimakan harganya".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI.
KETERANGAN :
Hadis menunjukkan hukum haram menjual beli arak,bangkai,babi dan patung/berhala.
Arak,bangkai dan babi haram diperjual kerana najis. Oleh kerana itu semua barang yang najis haram diperjual belikan.
Sedangkan haramnya patung/berhala dikeranakan tidak ada manafaat padanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan