Namun Norman kemudiannya mencatatkan satu sejarah yang menarik dalam dunia perubatan. Selepas lama menderita, Norman akhirnya sembuh dari penyakit artritis manakala penyakit jantung pula sentiasa terkawal hasil daripada terapi ketawa dilakukannya sendiri, bersama bantuan pil vitamin serta mengamalkan sikap-sikap yang positif.
Antara kaedah yang dilakukan oleh Norman ialah dengan menonton cerita komedi. Ketawa selama sepuluh minit, kata Norman, membolehkan rasa sakit yang dialaminya hilang sekurang-kurangnya selama dua jam.

Apabila kesakitan itu datang semula. Norman akan sekali lagi bergelak ketawa dengan menonton cerita-cerita komedi. Pada waktu itu dia berasa seronok, lega dan lupa segala masalah yang sedang dihadapi. Proses ini terus berulang hingga akhirnya dia tidak lagi dibelenggu kesakitan, hidup menjadi bertambah ceria dan akhirnya sembuh dari penyakit artitis.
Norman meninggal dunia pada 1990 pada usia 75 tahun, iaitu 35 tahun selepas didiagnosis menghidap penyakit tersebut dan 10 tahun selepas mendapat serangan jantung yang pertama.
Norman meninggal dunia pada 1990 pada usia 75 tahun, iaitu 35 tahun selepas didiagnosis menghidap penyakit tersebut dan 10 tahun selepas mendapat serangan jantung yang pertama.
Apa yang dilakukan oleh Norman Cousins itu membuktikan betapa ketawa adalah satu bentuk terapi yang amat baik. Bagaimanapun, sebelum Norman, sebenarnya sejak lama dahulu lagi ketawa telah digunakan sebagai ubat dan juga terapi untuk merawat penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan