PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Sabtu, 13 Ogos 2011

KISAH BENAR : BUNIAN TUJUH BERADIK

"Hari ni awak didenda balik lewat". kata cikgu Norpiah pada Buyong. "Awak dah handal sangat ke sampai dua orang awak pukul" sambung cikgu Norpiah. Buyong hanya diam dan tunduk memandang lantai. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari jumaat, kawan-kawan yang lain sudah mula melangkah pulang ke rumah, Buyong hanya memerhati dari dalam kelas.

"Awak boleh pulang sekarang" ujar cikgu Norpiah kepada Buyong, jam sudah menunjukkan pukul dua belas setengah tengah hari, tanpa berlengah Buyong mencapai begnya dan berlari mengejar rakan-rakannya yang sudah terlebih dahulu pulang ke rumah. Leha, Rosli, Shahadan dan Kartini sudah tidak kelihatan lagi, "Dah jauh mereka tinggalkan aku" kata Buyong dalam hati. Perlahan-lahan Buyong berjalan balik ke rumah yang jaraknya dengan sekolah sejauh dua kilometer. Buyong teringat kembali semasa dimarahi cikgu Norpiah guru darjahnya Empat Arif, sakit hatinya bila teringatkan bila Badrul dan Yazid mengejek dan mencabarnya bertumbuk. Langkah silat dibuka hasil berguru dengan bapanya seorang kelasi kapal dengan mudah Buyong menumbangkan dua rakan kelasnya itu.
Asyik Buyong mengelamun tiba-tiba Buyong terlihat tujuh orang gadis sedang bermain buaian di hadapan laman yang sungguh besar dan cantik. Umpama terpukau Buyong memerhatikan gadis-gadis tersebut. Kesemuanya cantik-cantik belaka terutama yang duduk di atas buaian, tiba-tiba ketujuh-tujuh gadis tersebut melambai ke arah buyong, tanpa berkata apa-apa Buyong melangkah ke arah mereka.
"Eh Buyong kau nak pergi mana tu? Semak samun tu, dah pergi balik. Kan keras tempat, ramai orang kampung 'Terkena' dekat sini". Umpama tersedar dari lamunan Buyong memandang ke arah suara itu "Ohh Pak Mat ingat siapa tadi, nak pergi sembahyang jumaat ke? tanya Buyong serba salah. Buyong memerhati semula tempat gadis-gadis tersebut bermain buaian tapi semuanya sudah tiada, yang ada hanyalah semak samun sebatang pokok jejawi yang mengerunkan mata memandang.

"Mari naik basikal pak cik, biar aku hantar kau pulang ke rumah". Buyong duduk di tempat belakang basikal Pak Mat. Mata Buyong tidak berkelip memandang semak samun dan pokok jejawi itu dengan tanda tanya.

1 ulasan: