Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata : "Rasulullah Saw telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, bersetubuh dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Maka barang siapa yang menunaikannya sebelum solat, maka itu adalah zakat yang diterima dan barang siapa yang menunaikannya sesudah solat, maka itu adalah sejenis sedekah". H.R. ABU DAWUD, IBNU MAJAH dan dianggap sahih oleh Hakim.
Keterangan :
Hadis ini mengandungi beberapa pengertian :
1. Zakat fitrah itu hukumnya wajib.
2. Harus dikeluarkan sebelum solat sunat Aidilfitri.
3. Zakat fitrah dapat menghapus dosa kecil.
4. Zakat fitrah merupakan zakat ditentukan waktu menunaikannya iaitu dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan hingga saat solat Aidilfitri didirikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan