PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 29 Ogos 2011

AMALAN : HARI RAYA

Firman Allah :
"Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan ( menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa yang sakit dan musafir ( maka diganti ) pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
( Surah Al-Baqarah 185 )

Keterangan :

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya, ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.


Kata Ummu Atiyyah R.AHA. Rasulullah memerintahkan kami ( kaum wanita ) keluar pada hari raya fitri dan adha termasuk para gadis, wanita haid dan anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslim.
( Riwayat Al-Bukhari )

Keterangan :

Maka Nabi Saw dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga mungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslim.
Dari Ummul Mukminin 'Aishah R.Aha. "Bahawa pada hari raya fitri dan adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya ('Aishah ) dan Nabi Saw berada disisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kaum Ansar pada hari Bu'ath ( peperangan Auz dan Khazraj). Abu Bakar berkata "Suara Syaitan" (sebanyak dua kali). Nabi Bersabda "Biarkan mareka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Keterangan :

Amat menarik sikap dan lunak yang ditunjukkan oleh Nabi Saw. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah Saw? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tiadak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi Saw. Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakar memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian Nabi bahawa itu semua diizinkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan