PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 3 Ogos 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA 3

Dari A'ishah R.A. ia berkata : Nabi Saw mencium dan bersentuhan ( dengan isteri ) dalam keadaan puasa . Tetapi beliau orang yang paling dapat menahan nafsu dari pada kamu" . Hadis Muttafaq alaihi .
Lafadz Hadis bagi Imam Muslim .
Ia menambahkan dalam riwayat lain : "Demikian Itu Dalam bulan Ramadhan".

Keterangan :

Pada lahirnya,hadis ini memberi pengertian bahawa orang yang sedang berpuasa dalam bulan ramadhan baginya boleh mencium dan bersentuhan dengan isteri dan tidak membatalkannya .
Menurut Imam Syafiie, bahawa mencium dan bersentuhan itu hukumnya tidak haram bagi yang tidak terangsang syahwatnya . Namun, sebaiknya ditinggalkan saja .


Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahawasanya Rasul Allah Saw telah bersabda :"Barang siapa lupa, ia sedang berpuasa, kemudian dia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasa, kerana sesungguhnya Allah telah memberi ia makan dan minum . Hadis Muttafaq alaihi .
Bagi Imam Hakim diterangkan : "Barang siapa berbuka dalam bulan Ramadhan kerana lupa, maka ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat". Hadis ini Shahih .

Keterangan : Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sedang berpuasa, ia makan atau minum kerana lupa, maka puasanya tidak batal, bahkan ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat


Dari Hamzah bin Amrin Al-Aslami R.A. sesungguhnya ia telah berkata :"Ya Rasulullah, aku dapati diriku kuat berpuasa dalam perjalanan, apakah aku berdosa ?".
Lalu Rasulullah bersabda :"Berbuka itu suatu keringanan dari Allah, maka barang siapa yang mengambilnya, ia adalah baik, dan barang siapa lebih suka berpuasa, tidak ada baginya dosa".
H.R. Muslim
Asal hadis ini adalah Muttafaq alaihi dari Hadis A'isah .

Keterangan :

Hadis ini menerangkan bahawa berbuka ketika bermusafir adalah lebih baik tetapi orang yang ingin terus berpuasa, tidak berdosa .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan