* Petikan Hikayat Abdullah ( 1849 ), karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi @ Munsyi Abdullah.
PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA
Sabtu, 13 Ogos 2011
INFO : MUNSYI ABDULLAH BERI NASIHAT
Nasihat : Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, olea sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang melayu? Dan lagi pula, katanya :"Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa arab,berguna dunia akhirat." Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa yang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang melayu, baik peranakan atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan