PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 3 Ogos 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA 3

Dari A'ishah R.A. ia berkata : Nabi Saw mencium dan bersentuhan ( dengan isteri ) dalam keadaan puasa . Tetapi beliau orang yang paling dapat menahan nafsu dari pada kamu" . Hadis Muttafaq alaihi .
Lafadz Hadis bagi Imam Muslim .
Ia menambahkan dalam riwayat lain : "Demikian Itu Dalam bulan Ramadhan".

Keterangan :

Pada lahirnya,hadis ini memberi pengertian bahawa orang yang sedang berpuasa dalam bulan ramadhan baginya boleh mencium dan bersentuhan dengan isteri dan tidak membatalkannya .
Menurut Imam Syafiie, bahawa mencium dan bersentuhan itu hukumnya tidak haram bagi yang tidak terangsang syahwatnya . Namun, sebaiknya ditinggalkan saja .


Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahawasanya Rasul Allah Saw telah bersabda :"Barang siapa lupa, ia sedang berpuasa, kemudian dia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasa, kerana sesungguhnya Allah telah memberi ia makan dan minum . Hadis Muttafaq alaihi .
Bagi Imam Hakim diterangkan : "Barang siapa berbuka dalam bulan Ramadhan kerana lupa, maka ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat". Hadis ini Shahih .

Keterangan : Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sedang berpuasa, ia makan atau minum kerana lupa, maka puasanya tidak batal, bahkan ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat


Dari Hamzah bin Amrin Al-Aslami R.A. sesungguhnya ia telah berkata :"Ya Rasulullah, aku dapati diriku kuat berpuasa dalam perjalanan, apakah aku berdosa ?".
Lalu Rasulullah bersabda :"Berbuka itu suatu keringanan dari Allah, maka barang siapa yang mengambilnya, ia adalah baik, dan barang siapa lebih suka berpuasa, tidak ada baginya dosa".
H.R. Muslim
Asal hadis ini adalah Muttafaq alaihi dari Hadis A'isah .

Keterangan :

Hadis ini menerangkan bahawa berbuka ketika bermusafir adalah lebih baik tetapi orang yang ingin terus berpuasa, tidak berdosa .


PETUA : MUDAHKAN BERSALIN

Bagi memudahkan perempuan mengandung melahirkan anak, ambil sebotol air mineral dan baca ayat dari surah Yunus ayat 31 sebanyak 7x dan hembus pada air tersebut . Seeloknya surah ni hendaklah dibuat amalan agar sebati dengan diri kita .

CARA MENGUNAKANNYA :

1. Mengucap 1x
2. Bismillahhirahmannirrahim 1x
3. Niat - Ya Allah izinkan aku membuat air selusuh agar......bte..... mudah melahirkan anak .
4. Baca surah Yusuf ayat 31 sebanyak 7x
5. Mengucap 1x
6. Bismillahirahmannirrahim 1x
7. Niat seperti no 3
8. Jenti 3x dibotol air minuman

SURAH YUNUS AYAT 31 :

QUL MAY YARZUQUKUM MINAS-SAMA'I WAL-ARDI AMMAY YAMLIKUS-SAM'A WAL-ABSARA WA MAY YUKHRIJUL-HAYYA MINAL-MAYYITI WA YUKHRIJUL-MAYYITA MINAL-HAYYI WA MAY YUDABBIRUL-AMR, FA SAYAQULUNALLAH FA QUL A FA LA TATTAQUN .
( Katakanlah :"Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit, atau siapakah yang kuasa ( menciptakan ) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengaturkan segala urusan ?" Maka mereka akan menjawab : "Allah". Maka katakanlah : "Mengapa kamu tidak bertaqwa ( kepadanya ) ?"

Isnin, 1 Ogos 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA 2

Dari Anas bin Malik R.A. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw bersabda : Sahurlah kalian, kerana dalam sahur terdapat berkah . Hadis Muttafaq Alaihi .

Keterangan :

Hadis ini menurut asal maksud kalimat perintah menunjukkan wajibnya bersahur, tetapi para ulama mengartikan sunat .

Dari Sulaiman bin Amir Adh-Dhabbiy dari Nabi Saw, beliau bersabda : "Jika salah seorang dari kamu berbuka, maka berbukalah dengan tamar . Jika tidak menemukannya, berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci". H.R. Imam Lima dan dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Hakim .

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahwa berbuka dengan tamar atau air hukumnya sunat .

Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan bohong, perbuatan bohong, dan kebodohan, maka bagi Allah tidak ada gunanya dalam ia meninggalkan makan dan minum" . H.R. Bukhori dan Abu Dawud .

Keterangan :

Berpuasa yang sudah susah payah menahan lapar dan dahaga, jika masih berdusta dan berbuat dusta, maka tidak ada gunanya baginya . Hadis ini menunjukkan bahwa ucapan bohong atau melakukannya hukumnya adalah haram .

RESEPI : DAGING SALAI LEMAK CILI API MAK NDIK

BAHAN-BAHAN :

700 gm daging lembu batang pinang - Diperap garam serbuk kunyit, kemudian bakar dalam
ketuhar sehingga masak
2 batang serai - ketuk
2 keping asam gelugor
500 ml santan pekat
1 cawan air
1 helai daun kunyit
15 tangkai cili api
1 cm kunyit hidup
5 ulas bawang merah- dikisar
3 cm halia
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Daging yang telah di bakar dipotong nipis
2. Di dalam periuk masukkan air bersama serai, asam gelugor, daun kunyit dan bahan yang telah dikisar sehingga mendidih .
3. Kemudian masukkan santan pekat tadi, biarkan seketika selama 2 hingga 3 minit
4. Masukkan daging berserta garam secukupnya . Setelah kuah masak lemak tadi sedikit pekat . Tutup api dan sedia dihidangkan .

Ahad, 31 Julai 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA

Dari Khafshah Ummil Mu'minin bahawasanya Nabi Saw telah bersabda :"Barang siapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya". H.R Imam Lima

Keterangan :
Hadis ini menunjukkan bahawa puasa tidak sah kecuali dengan menetapkan niat pada waktu malam sebelum terbit fajar . Waktu menetapkan niat puasa semenjak terbenam matahari .


Dari Sahl bin Saad R.A bawasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Manusia sentiasa dalam kebajikan, selama mereka berbuka puasa". Hadis Muttafaq alaihi .

Keterangan :
Hadis ini sebagai dalil bahwa cepat-cepat berbuka setelah tiba waktunya, hukumnya sunat .


Bagi Imam Tirmidzi dari hadis Abu Hurairah R.A dari Nabi Saw, beliau bersabda bahawasanya Allah telah berfirman : "Hamba yang paling Aku cintai yang paling cepat berbuka".

Keterangan :
Hadis ini seerti dengan hadis sebelumnya . Segera berbuka setelah tiba waktunya hukumnya sunat .

PETUA : PENAWAR JANTUNG

Bermohonlah kepada Allah swt supaya masalah jantung yand di hadapi di sembuhkan . Amalkan membaca surah Ar Ra'd ( Guruh ) ayat 28 . Perbanyakkan membaca ayat ni dan minta pertolongan dari Allah swt . InsyaAllah Allah swt akan membantu .

ALLAZINA AMANU WA TATMA'INNU QULUBU-HUM BI ZIKRILLAH ALA BI ZIKRILLAHI TATMA'INNUL-QULUB .
( Yaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram ) .

Sabtu, 30 Julai 2011

AMALAN : KELEBIHAN SURAH AL KAUTAR ( NIKMAT YANG BANYAK )

SURAH 108 : 3 AYAT

INNA A'TAINAKAL-KAUSAR
( Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak )

FA SALLI LI RABBIKA WANHAR
(Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah )

INNA SYANI'AKA HUWAL-ABTAR
( Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus )

KELEBIHAN :

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa , mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita .

2. Jika kita kehausan, baca surah ni dan gosok di leher..InsyaAllah akan hilang dahaga .

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, bengkak, mata merah . Sapukan air mawar yang sudah dibaca surah ini sebanyak 10x pada mata .

4. Jika rumah terkena sihir, baca surah ni 10x . Mudah-mudahan Allah swt bagi ilham di mana letaknya sihir itu .

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah .

6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat .

7. Jika orang teranaiya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberi bantuan .

8. Jika nak menyedapkan makanan yang kita masak, semasa memasak baca ayat ni sehingga kita habis memasak .


PETUA BUYONG : MUSNAHKAN SIHIR DAN BOMOH

Jika anda atau ahli keluarga anda selalu di sihir, mohonlah kepada Allah menghancurkan bomoh, syaitan atau orang yang terbabit menyihir anda . Doa orang yang di zalimi tiada hijab di sisi Allah swt .

Cara :

Solat sunat 2 rakaat
Bermohon :
1). Mengucap 1x
2). Bismillahhirrahmannirrahim 1x
3). Niat- Ya Allah dengan berkat aku membaca ayat-ayat suci ini .........................( terpulang niat masing-masing )
4). Baca surah Yassin 40 x
5).Mengucap 1x
6). Bismillahhirrahmannirrahim 1x
7). Niat seperti no 3

PETUA BUYONG : TERCEKIK TULANG IKAN

Jika tercekik tulang ikan, cuba gunakan petua ini

1. Bismillahhirrahmannirrahim
2. Nurdali kemara Allah, membujur lalu melintang patah 3x
3. Hembus kat air kosong dan minum satu nafas .

Ahad, 17 Julai 2011

AMALAN :TERHINDAR DARI KEJAHATAN

Para kaum wanita untuk mengelakkan dari di zalami oleh orang-orang jahat hendaklah selalu bermohon kepada Allah swt . Amalkan selalu doa ini dengan ikhlas dan yakin supaya dilindungi oleh Allah :

Surah An-Nisa ( Wanita ) ayat 75 :

Wa ma lakum la tuqatiluna fi sabilillahi wal-mustad'afina minar-rijali wan nisa'i wal-wildanil-lazina yaquluna rabbana akhrijna min hazihil-qaryatiz-zalimi ahluha, waj'al lana ladunka waliyya, waj al lana mil ladunka nasira .

( Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mau pun anak-anak yang semuanya berdoa , "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini ( Mekah ) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau ) .