Dari Khafshah Ummil Mu'minin bahawasanya Nabi Saw telah bersabda :"Barang siapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya". H.R Imam LimaKeterangan :
Hadis ini menunjukkan bahawa puasa tidak sah kecuali dengan menetapkan niat pada waktu malam sebelum terbit fajar . Waktu menetapkan niat puasa semenjak terbenam matahari .
Dari Sahl bin Saad R.A bawasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Manusia sentiasa dalam kebajikan, selama mereka berbuka puasa". Hadis Muttafaq alaihi .
Keterangan :
Hadis ini sebagai dalil bahwa cepat-cepat berbuka setelah tiba waktunya, hukumnya sunat .
Bagi Imam Tirmidzi dari hadis Abu Hurairah R.A dari Nabi Saw, beliau bersabda bahawasanya Allah telah berfirman : "Hamba yang paling Aku cintai yang paling cepat berbuka".
Keterangan :
Hadis ini seerti dengan hadis sebelumnya . Segera berbuka setelah tiba waktunya hukumnya sunat .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan