PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Selasa, 14 Jun 2011

JENAKA 9 : DOKTOR GIGI

Komeng yang menghantar anaknya , ke klinik gigi terkejut bila doktor mengenakan bil RM 125 . Huh , mahalnya !

Komeng : Kan tadi doktor cakap cabut sebatang gigi RM 25 aja .

Doktor : Betul .

Komeng : Anak saya cuma cabut gigi kapaknya sebatang aja , tapi kenapa kena bayar RM 125 ?

Doktor : Encik nampak tak kerusi tu ? ( sambil tuding jari ke arah sebaris kerusi ) .

Komeng : Nampak , kenapa ?

Doktor : Kerusi tu kosongkan ?

Komeng : Ya , kosong .

Doktor : Tadi ada empat orang budak kat situ datang nak cabut gigi , tapi sebab anak encik meraung kuat sangat , budak-budak tu semuanya cabut lari balik .

PETUA BUYONG 28 : PERKASA

Bahan-Bahan :
1. Madu 2 sudu
2.Ubi jaga 1 kerat
3.Perahan bawang putih 7 ulas
4.Buah Betik 1\4 biji
5.Air mineral 1 gelas

Cara :
Perlu pula diketahui bahawa senjata itu tidak tegak tanpa isi , samalah dengan senapang air mainan budak kecil . Maka isinya ialah air mani . Tanpa air mani , dia tidak begitu aktif . Jadi pembekalnya ialah antara lain bawang putih . Makanlah dia selalu .

Ubi Jaga yang menguatkan senjata , dibersih dan diasah . Manakala Betik yang mempunyai vitamin lengkap : A,B,C,D,E boleh dimakan secara berasingan ( vitamin A,D,E lebih berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin ) .

Adunkan semua bahan , dan dimakan atau diminum sekaligus 1 jam sebelum tidur malam .

Isnin, 13 Jun 2011

PETUA BUYONG 27 : CIRIT BIRIT 2

Ambil sebutir garam kasar dan campur dengan 2 sudu air mineral , kemudian dikacau dengan sudu plastik . Minum air tersebut. InsyaAllah cirit birit akan berkurangan

INFO : ANTARA KUDRAT & AKAL

Suatu ketika dulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak . Permohonanya itu diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa . Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan . "Bila saya boleh mula kerja tuan ?" lelaki tersebut bertanya.

"Sekarang !" balas pengusaha balak , kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam . "Kamu tebang pokok dihujung sana ," kata si majikan sambil menunjuk ke arah kawasan yang dimaksudkan .

Pagi itu kelihatan lelaki tersebut menghayun kapaknya kepangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk . Cukup tangkas dia bekerja , dan dipenghujung hari , lelaki itu berjaya menumbangkan 15 batang pokok !

Majikannya terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak , belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu . Si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan .

Esoknya , ketika matahari mula memancarkan sinarnya , kawasan hutan bergema lagi dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok . Senja berlabuh , 12 batang pokok berjaya ditebangnya .

Pada hari ketiga , lelaki tersebut bekerja lebih gigih , tapi hanya mampu menumbangkan 10 batang pokok sahaja . Hari-hari berikutnya , bilangan itu terus berkurang kepada lapan , tujuh , empat dan akhirnya , sebatang sahaja .

Lelaki itu termenung , bingung memikirkan kemana menghilangnya keperkasaan yang dimilikinya selama ini . "mungkin aku terlalu penat !" keluh lelaki tersebut . Kurang jumlah pokok yang ditebang , bermakna akan kuranglah juga pendapatannya kelak .

Petang , dia kepejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku . "Maafkan saya tuan , saya pun tak tahu apa yang berlaku pada diri saya ini ," suara lelaki itu perlahan . Dia merayu kepada majikan supaya tidak memecatnya .

Simajikan memandang muka lelaki tersebut kemudian beralih kepada kapak yang digunakannya untuk menebang balak . "Bila kali terakhir kamu asah kapak ni ?" majikan itu bertanya .

"Asah ?" lelaki itu terkejut , "Saya tak ada masa nak asah sebab terlalu sibuk bekerja ..."

Ahad, 12 Jun 2011

PETUA BUYONG 26 : CIRIT BIRIT

Air kelapa muda memang sedap diminum terutam waktu panas . Selain dari itu kelapa muda boleh merawat cirit birit disebabkan keracunan makanan . Dengan meminum sebiji air kelapa muda keracunan kita akan hilang dengan segera .

Jumaat, 3 Jun 2011

KISAH BENAR 6 : PEKERJA IDAMAN MAJIKAN

Semasa baru menceburi bidang pekerjaan , George Edward , seorang jurutera dipanggil oleh pengurus syarikat tempetnya bekerja .
" George...untuk jadi pekerja yang baik , awak perlu amalkan sembilan sifat ini ", kata ketuanya lalu menerangkannya satu per satu .

1. Jangan berbohong . Ia membuang masa saya dan masa awak juga . Ingat , awak pasti tertangkap akhirnya , itu adalah akhiran yang tentu sekali menyakitkan .

2. Tengok kerja awak bukannya jam . Bila awak tekun bekerja , hari yang panjang terasa pendek ,tapi kalau awak asyik tengok jam , muka dan muncung awak akan jadi panjang .

3. Berikan saya lebih daripada yang saya harapkan , saya akan bayar lebih daripada awak jangkakan . George , saya boleh tambah gaji awak , tak ada masalah , dengan syarat...awak tingkatkan keuntungan syarikat dulu .

4. Sayang dan hargai diri . Sentiasalah rasa terhutang budi pada diri sendiri .

5. Perbuatan keji bukan terjadi secara kebetulan . Jangan buat perkara-perkara yang buruk kerana pekerja yang baik boleh mengenal pasti pengaruh-pengaruh negatif .

6. Buat hal sendiri , jangan peduli orang lain . Dengan adanya masa yang terluang itu , awak boleh merancang sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri .

7. Jangan rosakkan nama baik awak . Pekerja yang sanggup mencuri untuk diri saya , pasti juga sanggup mencuri sesuatu dari saya .

8. Jangan beritahu benda yang saya suka dengar . Saya tak perlukan budak suruhan untuk memenuhi kehendak saya , tapi seorang yang boleh diharapkan untuk menambah wang syarikat .

9. Kalau awak berbaloi diperbetulkan , maknanya juga awak juga berbaloi untuk terus menjadi pekerja kami .

Sambung si pengurus tadi , sembilan keperluan itu menjadi asas kepada perhubungan antara majikan dan pekerja . George mengamalkan semua sembilan keperluan tersebut dan akhirnya dia menjadi salah seorang jurutera terkenal di dunia .

KISAH BENAR 5: DUIT SA-PULOH

Ada seorang kawan jumpa saya bercerita tentang duit lama sa-puloh , menurut cerita beliau , duit ini ramai yang mencarinya untuk buat tarik duit . Ciri-ciri yang dikehendaki pada duit itu ialah ada sengkang antara sa dengan puloh dan watermark atau tera air ada gambar agong bukan gambar harimau . Beliau bercerita lagi nilai dipasaran mencecah ratusan ribu ringgit . Benar atau tidak cerita ini saya pun tak pasti .

Khamis, 2 Jun 2011

JENAKA 8 : NENEK

Sewaktu melawat rumah orang-orang tua , Komeng duduk disebelah seorang nenek . Sambil berbual , Komeng memakan kacang yang terdapat didalam sebuah balang atas meja sebelahnya . Setelah agak lama berbual , Komeng sambil mengunyah kacang tersebut , bertanya kepada nenek berkenaan :

Komeng : Nenek tak nak makan ke kacang ni ? Sedap nek .....
Nenek : Oh , nenek tak boleh makan , cu .Nenek cuma boleh makan coklatnya aja , kacangnya nenek masukkan dalam balang tu . Maklumlah , gigi tak ada .....

PETUA BUYONG 26 : ASMA

Sabda Rasulullah saw : "Hendaklah kamu selalu berubat dengan dua penyembuh iaitu Al Quran dan Madu " ( H.R Ibnu Maajah dan Al Hakim ) .

Cara 1 :

1. Madu 1 sudu
2. Susu Tepung 2 sudu
Cara : Dicampur dan kemudian diminum 3 kali sehari : Pagi , Tengah Hari dan Malam .

Cara 2 :

1. Madu 2 sudu
2. Perahan Limau Nipis 1 biji
Cara : Dicampur dan diminum 3 kali sehari : Pagi , Tengah Hari dan Malam

Peringatan : Elakkan menggunakan sudu besi kerana kekuatan madu dapat menarik bahan kimia pada sudu tersebut . Seeloknya gunakan sudu seramik atau plastik .

Madu jangan diletakkan didalam peti sejuk kerana akan menghilangkan khasiat madu tersebut .

Sabda Rasulullah saw : "Bagi setiap penyakit itu ada ( tersedia ) ubatnya , maka apabila bertepatan ( kena ) antara ubat dengan penyakit , dia akan sembuh dengan izin Allah Ta'aala ( H.R Muslim dan Imam Ahmad ).

INFO : KURNIAAN ALLAH

Dialah , Yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu , sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya ( menyuburkan ) tumbuh-tumbuhan , yang pada ( tempat tumbuhnya ) kamu mengembalakan ternakanmu ( Surah An-Nahl Ayat 10 )

Kira-kira 75 peratus daripada bumi diliputi air . Ia bersumber dari lautan , tasik , sungai dan kolam .

Daripada 75 peratus itu , 97 peratus air tersebut ialah lautan . Air tawar hanya mewakili tiga peratus sahaja daripada keselurahan air yang terdapat di dunia ini .

Tujuh puluh lima peratus daripada air tawar yang terdapat dimuka bumi ini ialah air beku dan glasier yang terkumpul dikawasan kutub , baki 24.7 peratus lagi termendap didalam tanah . Hanya0.3 peratus sahaja air tawar yang terdapat di dunia ini berpunca dari sungai dan tasik .

Kurang daripada satu peratus air tawar- didarat dan dalam tanah - digunakan manusia .

Ketika ini lebih 80 negara ( mewakili 40 peratu penduduk dunia ) menghadapi masalah kekurangan air yang serius .

Satu pertiga daripada keseluruhan manusia yang menghuni bumi ini tinggal di kawasan yang keperluan airnya melebihi daripada bekalan . Asia Barat adalah yang paling serius kerana 90 peratus penduduknya tinggal di kawasan yang menghadapi masalah bekalan sumber tersebut .

Air mendidih pada takat suhu 100 darjah Celsius dan beku pada 0 darjah Celsius .

Manusia perlu meminum empat liter air sehari , bagaimanapun 2,000 hingga 5,000 liter diperlukan untuk memenuhi keperluan harian setiap individu .

Tanpa kita sedari , penggunaan air meningkat tiga kali ganda sejak 1950 .

Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun mendatang , keperluan air akan melonjak 40 peratus lagi berbanding yang digunakan sekarang .

Suatu fakta yang perlu diketahui , ada kajian mendapati kira-kira lima juta tan bahan asing mencemari bekalan air setiap hari .

Kira-kira 75 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air . Ia juga menjadi unsur utama setiap hidupan di muka bumi .

Manusia boleh hidup sebulan tanpa makanan tapi akan mati kalau tidak minum dalam tempoh seminggu .

Tempat paling lembap di dunia ialah Tulunendo , Columbia , Amerika Selatan . Ia menerima 11,770 miloimeter .

Setitik air mengandungi 1.7 quintillion ( 1,700,000,000,000,000,000 ) molekul .

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah , nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya . Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( Surah An-Nahl Ayat 18 ) .