PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 13 Jun 2011

INFO : ANTARA KUDRAT & AKAL

Suatu ketika dulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak . Permohonanya itu diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa . Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan . "Bila saya boleh mula kerja tuan ?" lelaki tersebut bertanya.

"Sekarang !" balas pengusaha balak , kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam . "Kamu tebang pokok dihujung sana ," kata si majikan sambil menunjuk ke arah kawasan yang dimaksudkan .

Pagi itu kelihatan lelaki tersebut menghayun kapaknya kepangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk . Cukup tangkas dia bekerja , dan dipenghujung hari , lelaki itu berjaya menumbangkan 15 batang pokok !

Majikannya terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak , belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu . Si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan .

Esoknya , ketika matahari mula memancarkan sinarnya , kawasan hutan bergema lagi dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok . Senja berlabuh , 12 batang pokok berjaya ditebangnya .

Pada hari ketiga , lelaki tersebut bekerja lebih gigih , tapi hanya mampu menumbangkan 10 batang pokok sahaja . Hari-hari berikutnya , bilangan itu terus berkurang kepada lapan , tujuh , empat dan akhirnya , sebatang sahaja .

Lelaki itu termenung , bingung memikirkan kemana menghilangnya keperkasaan yang dimilikinya selama ini . "mungkin aku terlalu penat !" keluh lelaki tersebut . Kurang jumlah pokok yang ditebang , bermakna akan kuranglah juga pendapatannya kelak .

Petang , dia kepejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku . "Maafkan saya tuan , saya pun tak tahu apa yang berlaku pada diri saya ini ," suara lelaki itu perlahan . Dia merayu kepada majikan supaya tidak memecatnya .

Simajikan memandang muka lelaki tersebut kemudian beralih kepada kapak yang digunakannya untuk menebang balak . "Bila kali terakhir kamu asah kapak ni ?" majikan itu bertanya .

"Asah ?" lelaki itu terkejut , "Saya tak ada masa nak asah sebab terlalu sibuk bekerja ..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan