PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Sabtu, 17 Disember 2011

CORAT-CORET : MEMALUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas. Dia didapati hilang selama 3 tahun di Dublin. Sebanyak 8 kali keluaragnya pergi ke sana mencarinya. Akhirnya misteri kehilangan Ariff terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang warga Dublin.
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah S.W.T. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 ayat dalam 14 surah. Antaranya 16 ayat dalam surah Asy-Syu'ara ( Para Penyair ) iaitu ayat 160-175.
Dalam ayat 160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangannya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat 165-168, Allah S.W.T. merakamkan dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini :

165- Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara kamu.

166- Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan TuhanMu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

167- Mereka menjawab :"Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir.
Kemudian ayat-ayat seterusnya mengambarkan balasan Allah terhadap kaum Luth, sebagaimana maksud ayat 172-173 surah Asy-Syu'ara :

172- Kemudian Kami binasakan yang lain.

173- Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.
Balasan Allah ini juga disebut dalam beberapa ayat lain. Antaranya ayat 34 dan 35 surah An Akabut (Labah-Labah) :

34. Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka membuat fasik.

35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal.

3 ulasan:

  1. takut nye bila arini baca kisah arif di mana2..huhu...

    BalasPadam
  2. semoga kita dan keluarga dilindungi oleh Allah dari penyakit seperti ni..Nauzubillahminzalik

    BalasPadam
  3. umat zaman skang lebih teruk daripada umat zaman nabi nuh dan nabi luth. mase zaman nabi musa, fir'aun memerintahkan kepada rakyatnya supaya bayi lelaki yang baru lahir dibunuh; tapi zaman skang bayi lelaki & bayi perempuan hasil daripada sumbang mahram dibunuh..(Nauzubillah)

    BalasPadam