PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 19 Disember 2011

AMALAN : TANGAN KANAN

Dari Umar R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Jika salah seorang dari kamu makan, hendaklah makan dengan tangan kanan, jika minum, hendaklah minum dengan tangan kanan, kerana syaitan makan dengan tangan kiri".
H.R.MUSLIM

KETERANGAN :

Hadis ini memberi pelajaran bahwa makan dan minum supaya menggunakan tangan kanan, tidak seperti syaitan yang makan dengan tangan kiri.

Ahad, 18 Disember 2011

SANTAI : ZIRAFAH

Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup tanpa air lebih lama daripada unta.

SANTAI : INSOMNIA

Salah seorang penghidap insomnia ialah Thai Ngoc dari Vietnam. Dia tidak boleh tidur sejak tahun 1973. Tiga bulan pertama semasa tidak tidur, Thai mampu menggali dua buah kolam ikan tanpa bantuan sesiapa.

SANTAI : ORANG ANEH

Michael Lotito mungkin boleh dikatakan manusia aneh kerana kegemarannya makan makanan yang tidak boleh dihadam oleh manusia seperti logam, kaca, getah dan besi. Michael mampu makan sebuah pesawat Cessna 150 dengan mengambil masa selama dua tahun untuk dihabiskan.

HADIS : DOSA PALING BESAR

Dari Ibnu Mas'ud R.A. ia berkata bahwasanya ia bertanya kepada Rasulullah Saw. :"Dosa apakah yang paling besar?"
Jawab Beliau :"Jika engkau jadikan sekutu bagi Allah, padahal Allah yang menciptakanmu".
Aku bertanya :"Kemudian apa?"
Jawab Beliau :"Jika engkau membunuh anakmu takut makan bersamamu".
Aku bertanya :"Kemudian apa?"
Jawab beliau :"Jika engkau berzina dengan isteri tetanggamu".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan bahwa berzina dengan isteri tetangga itu termasuk dosa besar setelah menyekutukan Allah dan membunuh anak, khuatir makan bersama.

AMALAN : JIRAN TETANGGA

Dari Anas R.A. dari Nabi Saw, beliau bersabda :"Demi Dzat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, seorang hamba tidak beriman sehingga mencintai untuk tetengganya apa yang ia cinta untuk dirinya".
H.MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya hak tetangga dimana seseorang tidak akan memiliki iman yang sempurna jika ia belum mencintai apa yang untuk tetangga seperti untuk dirinya sendiri.

Sabtu, 17 Disember 2011

SANTAI : TIDUR

Tanpa makanan, manusia boleh bertahan selama 14 hari tetapi tanpa tidur, manusia boleh bertahan sehingga 10 hari sahaja.

SANTAI : KAPAL TERBANG PERANG DUNIA KE-2

Apabila perang dunia kedua berakhir, penduduk Jerman terkejut kerana didapati jumlah kapal terbang tentera negara itu melebihi daripada jumlah yang mereka miliki sebelum peperangan tercetus.

SANTAI : SISTEM SOLAR

Kesemua bulan dalam sistem solar kita dinamakan sempena mitos Greek dan Roman, kecuali bulan-bulan di sekeliling planet Uranus yang dinamakan mengikut watak-watak dalam drama Shakespeare.

CORAT-CORET : MEMALUKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas. Dia didapati hilang selama 3 tahun di Dublin. Sebanyak 8 kali keluaragnya pergi ke sana mencarinya. Akhirnya misteri kehilangan Ariff terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang warga Dublin.
Bagi memberi pengiktibaran dan petunjuk kepada umat manusia, Allah S.W.T. telah memberi peringatan berulang kali tentang balasan buruk ke atas kaum Nabi Luth ini. Iaitu menerusi 82 ayat dalam 14 surah. Antaranya 16 ayat dalam surah Asy-Syu'ara ( Para Penyair ) iaitu ayat 160-175.
Dalam ayat 160-164, Allah mengisahkan langkah dakwah Nabi Luth menyeru kaumnya supaya mematuhi perintah Allah serta menjauhi larangannya. Nabi Luth mengecam kelakuan dan perbuatan mereka yang keji khususnya amalan liwat atau homoseksual.
Seterusnya dalam ayat 165-168, Allah S.W.T. merakamkan dialog antara Nabi Luth dan kaumnya.
Maksud ayat-ayat ini :

165- Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara kamu.

166- Dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan TuhanMu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.

167- Mereka menjawab :"Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir.
Kemudian ayat-ayat seterusnya mengambarkan balasan Allah terhadap kaum Luth, sebagaimana maksud ayat 172-173 surah Asy-Syu'ara :

172- Kemudian Kami binasakan yang lain.

173- Dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu) maka amat jeleklah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.
Balasan Allah ini juga disebut dalam beberapa ayat lain. Antaranya ayat 34 dan 35 surah An Akabut (Labah-Labah) :

34. Sesungguhnya Kami akan menurunkan azab dari langit atas penduduk kota ini kerana mereka membuat fasik.

35. Dan sesungguhnya Kami tinggalkan daripadanya satu tanda yang nyata bagi orang-orang yang berakal.