PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 16 Oktober 2011

INFO : RELAKS MINDA

1. Tiram boleh menukar jantinanya sebanyak dua kali, misalnya dari betina ke jantan, kemudian dari jantan ke betina.

2. Gas asli tidak berbau. Bau tiruan sengaja dicampurkan kepadanya supaya sebarang kebocoran dapat dikesan dengan mudah.

3. Neil Armstrong menjejakkan kaki ke permukaan bulan dengan menggunakan kaki kiri.

4. Segelen air laut (4.5 liter) air mengandungi 70 gm garam.

5. Kapalterbang jumbo memerlukan 4,000 gelen (18,000 liter) minyak untuk terbang.

6. Venus adalah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam.

7. Secara purata setiap kanak-kanak menghabiskan masa selama 28 jam menonton tv.

8. Paus biru, haiwan terbesar di dunia boleh mencapai seberat 304,815 kilogram(300 tan)..Sama berat dengan 24 ekor gajah, 92 ekor kuda, 150 ekor sapi dan 450 ekor singa.

9. Helang boleh terbang selaju 99 kilometer sejam(km/j) manakala merpati pula selaju 62 km/j.

INFO : PIANO

Selepas menyudahkan persembahannya, pemuzik dan penggubah lagu terkenal, Beethoven dikelilingi oleh para peminatnya. Mereka berebut-rebut mengucap tahniah, melahirkan rasa kagum di atas kemerduan lagu ciptaannya. Tidak kurang juga yang meminta tandatangan serta memberi hadiah.

"Alangkah bagusnya kalau Tuhan kurniakan saya dengan kebolehan macam tuan," kata seorang wanita pada Beethoven.

Pemuzik itu membalas,"Awak kata kebolehan saya bermain muzik adalah anugerah Tuhan. Betul tu, tapi ingat, awak juga boleh dianugerahkan dengan kebolehan tersebut. Syaratnya, berlatih main piano lapan jam sehari selama 40 tahun. Itu sudah memadai untuk jadi macam saya."

INFO : PISAU CUKUR

Rupa-rupanya pisau cukur telah pun dicipta sejak zaman batu lagi. Pisau yang dibuat daripada batu itu telah ditemui dalam ekskavasi oleh para arkeologi disebuah perkuburan masyarakat zaman batu di mesir.

Pisau cukur yang ada sekarang bermula pada tahun 1901 selepas King Gillette mencipta dan mengeluarkannya dalam kuantiti yang banyak. Dari situlah aktiviti mencukur mula popular.

INFO : ROTI

Satu fakta yang menarik, jangan terkejut roti lebih tua usianya berbanding piramid yang tersergam megah di Mesir.

Sebuah muzium di Zurich, Switzerland misalnya ada mempamerkan cebisan kepingan roti yang menurut pakar arkeologi, dibakar pada zaman batu- 6,000 tahun lalu. Sebuah muzium di New York, Amerika Syarikat pula mempamirkan cebisan roti berusia lebih 3,400 tahun.

Sabtu, 15 Oktober 2011

RESEPI : SAMBAL UDANG

Salam sejahtera semua. Sojak 2,3 hari ni tokak den teraso bonar nak makan sambal udang, nak kato mengidam tak jugo. Mungkin dah lamo agaknyo den tak makan sambal udang, semalam den pergi lah pasar beli barang-barang untuk membuat sambal udang. Dongan somangat yang bokobar-kobar pagi-pagi den dah mulo masak sambal udang yang den idamkan tu.Maka ni lah hasilnyo bak kato orang-orang tuo " Di mano ado kemahuan, di situ ado jalan " macam Karam Singh Walia pulok den ni. Kalau nak raso den punyo sambal udang sodap ke tidak, cubalah resepi den ni :

BAHAN-BAHAN :

8-9 batang cili kering ( kalau gilo podeh tambahlah lagi)
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
udang sogar 600 gm ( lagi banyak lagi baguih, boleh makan udang banyak-banyak)
1/2 cawan air asam jawo
Minyak
Garam
Gula

CARA-CARA :

1. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga hancur.

2. Panaskan minyak- tumiskan bahan-bahan kisar

3. Setelah bahan kisar garing, masukkan udang,gula dan garam secukup rasa

4. Masukkan air asam dan tunggu sehingga sambal naik minyak dan pekat.

5. Hidangkan dengan nasi paneh...makan dongan roti pun sodap

Jumaat, 14 Oktober 2011

PETUA : HINDARKAN RUMAH DIMASUKI PENCURI

Selalu amalkan membaca ayat dari surah Al Mu'minun ( orang-orang yang beriman ) ayat 28. Seelok-eloknya selesai solat amalkan ayat ni kemudian bermohon kepada Allah supaya rumah dan harta benda kita terselamat dari pencuri dan sihir . Amalkan ayat ini dan lihat hasilnya..

AL MU'MINUN ( ORANG-ORANG BERIMAN ) AYAT 28

FA IZASTAWAITA ANTA WA MAM MA'AKA 'ALA-FULKI FA QULIL-HAMDU LILLAHIL-LAZI NIJJANA MINAL-QAUMIZ-ZALIMIN
( Apabila kamu dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu, maka ucapkanlah :"Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan kami dari orang-orang yang zalim".

JENAKA : PAKISTAN VS INDIA

Ada tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan lari dari negara mereka dan berjaya menyusup masuk ke England. Suatu hari, mereka teringin untuk menyaksikan pertandingan Kriket Dunia yang berlangsung di London. Lalu mereka pergi ke stesen kereta api. Di stesen kereta api, lelaki Pakistan membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India membeli satu tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik kereta api sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya lelaki Pakistan. "Tengok dan belajar," jawab lelaki India.

Mereka pun menaiki kereta api. Lelaki Pakistan duduk dikerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak-sesak masuk kedalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas kereta api bertolak, konduktor kereta api pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket !" pintu tandas dibuka sikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Konduktor mengambil tiket tersebut dan terus berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat taktik tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India memang bijak.

Selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut. Dengan cara itu, dapatlah mereka menjimatkan wang. Bila tiba di stesen kereta api, lelaki-lelaki Pakistan hanya membeli sekeping tiket sahaja, tetapi memeranjatkan mereka, lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan kalau kamu tak membeli tiket?" tanya lelaki Pakistan.

"Tengok dan belajar", jawab lelaki India.

Bila kereta api bergerak, ketiga-tiga lelaki Pakistan segera masuk kedalam sebuah tandas. Lelaki-lelaki India pula masuk kedalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Kereta api memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang daripada lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas tempat lelaki-lelaki Pakistan bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket!"

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat kawan-kawannya sedang menunggu!

INFO-5

1. Mata manusia seberat 28gm. Tak percaya timbang sendiri.

2. Dianggarkan terdapat 45 bilion sel lemak di dalam tubuh manusia, 7,000 helai bulu pada badan helang, 750,000,000 ekor kuda di seluruh dunia dan 9,000 kudup rasa pada lidah manusia.

3. Seorang manusia dewasa secara purata meminum 16,000 tan air sepanjang hayatnya.

4. Mulai sekarang, mata anda berkelip sebanyak 25 kali dalam tempoh seminit. Tak percaya, cuba kira sekarang 1,2,3,4,5.....

5. Jangan selalu stres, bimbang, marah-marah, resah atau takut, kerana emosi-emosi negatif seperti itu boleh melemahkan sistem pertahanan tubuh kita.

6. Setakat ini belum ada peserta acara lompat tinggi yang boleh berada di udara melebihi satu saat.

7. Teluk Parsi merupakan kawasan perairan paling panas di dunia. Pada musim panas, suhu air laut di kawasan itu boleh mencecah sehingga 35.6 darjah celsius.

8. Terdapat kira-kira empat juta buah kereta yang kini bergerak menggunakan gasohol, bukannya petrol. Gasohol adalah minyak yang dibuat daripada tebu.

9. Ikan paus boleh berenang selama tiga bulan tanpa makan.

10. Untuk mencairkan 28.3 gm( satu paun) lemak yang terdapat didalam badan, anda perlu berjalan kaki sejauh 55 km

CORAT-CORET : LAMA BONAR TAK BERBLOG

Den raso lamo bonar den tak up date blog ni. Banyak kojo yang den kono buek lopeh rayo ni, tak terkojar rasanyo. Dalam sibu-sibuk menguruskan korjo sompek jugo den mencari-cari bahan-bahan untuk blog ni. Bila masa mengizinkan nanti den akan post bahan-bahan tersobut dalam blog ni. Sampai berjumpo lagi yoo...bye bye

Isnin, 5 September 2011

CORAT-CORET : SELAMAT HARI RAYA

Lama rasanya den tak masukkan cerita baru dalam blog den ni, maklumlah sibuk menyambut hari raya. Disini den nak mohon ampun jika selama ni den pernah membuat kesilapan yang sengaja dan yang tak sengaja. Disini juga den nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN. Den sekarang ni tengah mencari cerita-cerita menarik untuk dimasukkan dalam blog ni. Jumpa lagi.