PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Jumaat, 23 Disember 2011

AMALAN : AMAL KEBAJIKAN

Dari Abu Dzarin R.A., ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Janganlah kamu remehkan amal kebajikan sedikitpun, walau kamu7 menjumpai saudaramu dengan muka berseri-seri.

keterangan :

Bagaimanapun kecilnya amal kebajikan, janganlah kamu remehkan, meskipun berupa wajah yang berseri-seri.

AMALAN : SEDEKAH

Dari Jabir R.A., ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Setiap amal kebajikan adalah sedekah".
H.R. BUKHORI

KETERANGAN :

Semua amal kebajikan itu sama dengan sedekah.

Khamis, 22 Disember 2011

SANTAI : MATAWANG BARU

Siri matawang baru yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan, akan mula digunakan pada julai depan.

DISCOVERY : AKAR POKOK GANJIL MENYERUPAI JANTUNG MANUSIA

Sepasang suami isteri yang tinggal di Kota Tinggi, Johor, mempunyai akar kayu perhiasan menyerupai jantung manusia. Akar tersebut dijumpai ketika mereka masuk ke dalam hutan untuk mencari akar kayu. Mereka pernah ditawarkan sebanyak sepulauh ribu ringgit dari seorang rakan untuk membeli akar tersebut tapi menolaknya.

AMALAN : MEMUTUSKAN SHILATURRAHIM

Dari Abu Ayyub R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : Tidak halal seorang muslim memutuskan hubungan/persaudaraan dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Mereka berdua bertemu, maka berpaling yang ini dan berpaling yang itu. Dan yang paling bagus diantara mereka yang mendahului ucapan salam".
H.MUTTAFAQ ALAIHI

KETERANGAN :

Memutuskan persaudaraan dengan saudaranya tidak boleh lebih dari tiga hari. Jika saling berpaling ketika bertemu, maka yang paling baik ialah yang mahu mendahului dengan memberi salam.

Isnin, 19 Disember 2011

CORAT-CORET : KISAH NYAMUK

1. Nyamuk sudah wujud sejak 100 juta tahun lalu. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenal pasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan cepat. Seperti diketahui nyamuk banyak terdapat di kawasan tropika dan juga Artik.

2. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanya 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya.

3. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat dan menghasilkan bunyi 'nyyyennng' apabila terbang di telinga kita.

INFO : TANDA-TANDA AWAL KANSER : KANSER DARAH ( LEUKEMIA )

1. Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain.

2. Kelesuan dan lemah.

3. Hilang selera makan.

4. Turun berat badan.

5. Gusi bengkak dan berdarah.

6. Pendarahan berlebihan ( walaupun akibat luka kecil ).

7. Hati dan limpa bengkak.

8. Mudah lebam.

9. Kerap dijangkiti penyakit.

10. Sakit tulang.

11. Sakit sendi.

12. Tonsil bengkak.

13. Kerap pengsan.

SANTAI : INTERNET

Hampir separuh dari orang yang menggunakan talian internet, mempunyai sekurang-kurangnya tiga akaun e-mel dan secara purata, pengguna mengekalkan alamat e-mel yang sama untuk tempoh empat hingga enam tahun.

AMALAN : MENCACI KEDUA ORANG TUA

Dari Abdillah bin Amr bin Ash R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Termasuk dosa besar seorang lelaki mencaci kedua orang tuanya".

Ditanyakan :"Bagaimanakah seorang lelaki mencaci kedua orang tuanya?"

Jawab Rasulullah :"Ya, ia mencaci ayah seorang lelaki, lalu lelaki itu mencaci ayahnya, ia mencaci ibunya, lalu lelaki itu mencaci ibunya".

H. MUTTAFAQ ALAIHI.

KETERANGAN :

Mencaci kedua orang tua termasuk dosa besar. Jika seseorang mencaci orang tua orang lain, lalu orang lain itu mencaci orang tuanya, sama dengan mencaci kedua orang tuanya sendiri

AMALAN : MEMAKAI KASUT

Dari Ali R.A. ia berkata bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Jika salah seorang dari kamu memakai sandal, mulailah dengan kanan, jika membuka, mulailah dengan kiri.
Hendaklah yang kanan pertama yang disandali dan yang terakhir dibuka".
H.R.MUSLIM sampai katanya "BIS SYIMAALI" dan yang sisanya diriwayatkan oleh Malik, Tirmidzi dan Abu Dawud.

KETERANGAN :

Dalam hal kebaikan termasuk juga memakai sandal hendaknya mendahulukan yang kanan, ketika membuka, mendahulukan yang kiri.