PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 18 April 2010

:: Apa Apa Aje ::

Hari ni hari ahad,...hari untuk aku lepak2 kt umah sambil kemas2 apa yang patut tapi alahaiii rase malas sedang menguasai diri... tapi walau macam mana pun akan ku gagahi jugak diri ni supaya jadi rajin sebab aku kena packing baju untuk balik ke kampung halaman ku yang tercinta untuk bertemu mak ayah tersayang dan adik beradik aku yang dirindui...kak ayu, abe har, abe je dan adik aku dua org yang hensem2 tu , zeran n zeri.... yg paling best nak balik kampung ni selain aku biasalah my kids...of coz ler sebab dapat naik kapal terbang katanye...hehehe

My hubby cool je time balik kampung sebab dia sendiri pun ada agenda tersendiri gak...ada aje planning dia ngan adik ipar dia ( adik2 aku lah ). Ermmm...kali ni balik aku ingat nk balas dendam...balas dendam terhadap menu2 masakan kelantan yang sudah lama aku dambakan.. Aku suka makan etok ( etak ) tp aku tak tahu lah klu org luar kelantan tahu atau tidak etak ni apa.. Etak ni mcm kerang tp kecik sedikit dan cengkerangnya tidak tajam cam kerang. Rasenya manis kalu yg fresh lah, sangat enak kalau yang masak cara salai...dapat pulak makan ngan laksa dan nasi kerabu...adoiii dah tertelan air liur dah aku ni. Ini belum cerita pasal sate ikan ( lokceng ) yg biasa org dok jual ngan basikal tapi sekarang dah upgarde dah...depa jual ngan naik motor lak...ni semua menu masa aku kecik2 dulu...ntah ada lagi atau tak tapi kakak aku kata masih ada orang jual lagi kt kawasan Kuala Krai...

Aku akan balik pada 21hb April flight air asia kul 11am so sampai KB dalam kul 1155am...balik melaka semula pada 24hb April flight 5pm....ini kelebihan kalau balik ngan flight sbb save masa...kalau aku balik ngan kete kebanggaan aku ( petikan kata2 Datin Wanabe ) mau jugak perjalanan 9 jam perjalanan...betapa sakitnya otot pinggang n pinggul ku..badan pun letih..
Oklah..tak boleh mmbebel lebih nnti satu keje pun aku tak buat...hahaha

Ni sambil2 jengah blog member ( ieta family ) aku pun terpikir nak share story pasal kegembiraan ku balik kampung. Sebenarnya banyak gak story semenjak dua menjak aku sepi dari berceloteh kat sini sebab bz melampau...nanti lah bila2 aku senang aku celoteh lagi...

So...always in my heart...taking care............

Isnin, 18 Januari 2010

:: XTVT MERANGSANG MINDA ANAK ::

Pada hujung minggu lepas, xtvt kami mmg full bermula dari pagi hingga ke malam. Pagi tu, aku n hubby dah merancang nak ke RHB Bank cawangan Tesco bagi menambah loan ASB aku n hubby utk masa depan kami. Alhamdulillah, adik bradik hubby aku ( Kbiah, Along, Knor n Abg Aim ) pun join kami wat loan ini. Bukan senang nk buka minda bumiputera untuk mengambil kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Kami breakfast kat Tesco dan selepas selesai segala hal perbankan itu, masing2 mmbawa haluan sendiri.
Aku n hubby mmg suka berjalan2 so sementara masih kat luar ni, hubby aku straight je drive ke Taman Rekreasi Ayer Keroh. Kt situ mmg banyak tempat pemainan untuk kanak2 ribena seperti Dieqna n Haiqal. Si haiqal ni beria2 nak naik basikal air kt Tasik Ayer Keroh. Aku mmg takut sbb aku ni tak reti berenang tapi segan lak ngan anak kalu kita ni penakut sangat. So, aku pun kuatkan semangat dan aku kayuh sambil kontrol kemudi basikal air. Lama kelamaan makin best pulak. Yang kelakarnya, aku siap boleh berlumba ngan hubby aku...hahaha. Dah penat berkayuh, kami pun balik tapi hubby mengajak kami ke Pantai Puteri sbb dia ada hal nak jumpa member so kami pun ikut aje lah...hehehe
Sampai sana, member hubby dah menunggu dan lepak tak lama sbb anak2 pun dah kepenatan termasuk lah aku...hahaha. Walaupun penat tp sempat gak hubby aku snap pic semasa xtvt kami. Otw balik, anak2 dah ketiduran dalam kereta hinggalah sampai kat rumah.
Pada malam nya pula, setiap hari Ahad hubby aku ada mengadakan kelas agama kt rumah kami dan kami mmg ada menjemput ustaz utk datang mengajar agama ( Al-Quran dan Hadis ). Sebenarnya kelas agama ini telah mndapat sambutan dari jiran2 aku dan ianya hampir 4 tahun dah famili kami yang menganjurkan mgkin sbb keadaan rumah aku yang mmpunyai penghuni rumah tak ramai sangat kot...hehehe
Sebenarnya, untuk meluangkan masa bersama keluarga tidak perlu ada perancangan yang protokol. Cuma luangkan masa dan minat untuk melihat dan berkongsi apa jua hal kekeluargaan. Bagi aku, cara macam ni lagi bagus dan jimat untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara keluarga...spontan...hehehe
Ok lah..taking care...

Peristiwa Awal Tahun 2010

Seperti biasa, awal tahun baru dah tentu akan disusuli dengan perancangan baru dan azam baru. Kali aku ingin mencoretkan peristiwa2 menarik awal tahun aku dan famili.
Pada tahun baru, anak buah aku yang tinggal di Nilai melangsungkan majlis risik dan bertunang. Pasangannya adalah orang Temerloh dan baik pekerti budi bahasa. Majlis akad nikah akan dilangsungkan pada 14 Feb 2010, jadi kiranya aku ni boleh tahan jugak lah bz pada hari tersebut.
Pada 4hb Jan 2010, menjadi sejarah kerana pada hari itu aku membawa Haiqal cabut gigi buat pertama kali dalam hidupnya. Lupa nak snap pic dan aksi dia kt dental. Anyway, thanx to Untie Ziz dan Untie Ekin krn mmberi layanan yang tip top kpd kami.
5hb Jan 2010, adalah hari pertama sekolah bagi tahun 2010 dan juga perkenalan era persekolahan kepada puteri ku, Alya Dafienah. Alhamdulillah, dia tak de masalah untuk ke sekolah. Mungkin juga kerana pompuan kot sbb anak laki2 ni byk songeh sikit...hehehe. Xtvt aku n hubby menghantar dan mengambil anak pun mudah kerana kami menghantar mereka ke satu tempat kerana kalau dulu Haiqal sekolah dan Dieqna aku hantar kat rumah Mak Ngah dia....tempat yang berlainan arah dan jauh. Urusan aku dan hubby untuk mendaftar Haiqal dan Dieqna untuk Darjah Satu pun dan selesai.....bukan senang menjadi ibu bapa oiiiii....
Sebelum terlupa...pada 9hb Jan 2010 aku sekali lagi pergi ke Dental kerana hubby aku pulak yang cabut gigi, gigi geraham bongsu. Nampaknya 2 generasi tahun ni telah cipta sejarah masuk Dental....hahaha. Aku mmg takut jumpa dentist....eiii ngeri beb..
Ok lah itu ajer....jumpa lagi n taking care...

Ahad, 17 Januari 2010

MISTERI : ( Chapter 04 ) Jembalang Paya Bakau

" Cepat sikit, air tengah pasang tu. Kalau dah surut susah kita nak cari siput nanti."ujar Wan kepada Buyung dan Zul. Mereka bertiga merancang utk mncari siput sedut sejak semalam lagi. Si Wan lah yang paling handal dalam mncari siput sedut antara mereka bertiga.
Setibanya mereka di hutan bakau yg berlokasi di tepi pantai kampung mereka, air laut masih pasang lagi dan tanpa mmbuang masa mereka terus mncari siput sedut itu. " Betul tak cakap aku, kalau air pasang siput akan naik ke atas pokok, jadi senanglah kita nk kutip siput2 ni..."kata Wan. Mereka bertiga asyik mengutip siput sedut tanpa menyedari yang mereka dah jauh masuk ke dalam hutan pokok bakau. " Aku ingat nak cari siput kat pokok hujung sana, " tiba2 Buyung bersuara. " Kau jgn pergi jauh sangat Yong, takut apa2 berlaku nanti." balas Zul. " Alah, aku pergi kt situ jer, bukan jauh sangat dari kau dua orang.." balas Buyung berani.
Dgn perlahan2 Buyung berjalan meninggalkan Wan dan Zul yang sedang leka mengutip siput. " Wah, kat sini lagi banyak siput" kata Buyung dalam hati. Buyung terus mengutp siput sedut itu tanpa menghiraukan lagi kawan2nya dan tanpa dia sedari dia sudah semakin masuk jauh ke dalam hutan bakau itu.
Tiba-tiba telinga Buyung berdesing dan kawasan di sekitarnya terus berubah dari hutan bakau terus menjadi sebuah perkampungan. Di depannya ada sebuah rumah lama yang agak besar berpagar kayu yang tinggi. Dari pemerhatian Buyung kampung ini adalah perkampungan Cina kerana bentuk rumah seperti rumah Cina lama. "Macamana ada kampung dalam hutan ni..?"bisik Buyung kehairanan. Buyung terus melangkah menghampiri ke pintu pagar kayu dan mengetuknya. "Masuklah"terdengar suara perempuan menyuruhnya masuk. Buyung menolak pintu itu perlahan2 dan apabila pintu terbuka, Buyung melihat seorang gadis Cina sedang baring mengiring di atas wakaf dan dikelilingi oleh 5 lelaki Cina yang tegap2 belaka. Cara mereka berpakaian seperti orang Cina sekarang. Gadis itu bercheongsam merah dan terbelah kainnya kiri dan kanan sehingga menampakkan betis dan pahanya yang putih serta gebu. Lelaki pula hanya berseluar hitam seperti seluar kungfu. Mereka memandang Buyung tanpa berkelip sambil memeluk tubuh.

"Mari ke mari Buyung" pelawa gadis itu. Buyung tetap berdiri sambil memandang kepada mereka. "Jika kau berdamping dengan aku, kau akan menjadi kaya dan setiap permintaan kau akan dipenuhi " kata gadis itu. Buyung hanya tersenyum mendengar kata gadis itu. Seperti firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ( Labah-Labah) ayat 41 yang bermaksud : Perumpamaan orang2 yang mengambil pelindung2 selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui .
"Kau bukan Tuhan ku dan aku pula bukan hamba mu, hanya pada Allah sahaja aku meminta pertolongan dan perlindungan " ujar Buyung dengan tegas. Sepantas kilat seorang dari lelaki tersebut melompat dan melepaskan satu tendangan ke dada Buyung dan membuatkan Buyung terhumban ke belakang. Buyung terasa amat sakit di dadanya dan ada cecair merah keluar dari mulutnya. Perlahan-lahan Buyung bangun memegang dada menahan sakit. Tanpa Buyung duga, satu tendangan hinggap di pipinya sebelum sempat Buyung mengelak. Sekali lagi Buyung rebah ke bumi menyebabkan pandangan Buyung berpinar. Dengan susah payah Buyung bangun dan membalas serangan dengan melepaskan satu tumbukan ke arah muka lelaki itu dan sepantas kilat lelaki itu mengelak sambil membalas tumbukan Buyung tepat di kepalanya. Buyung jatuh lagi. Dalam kesakitan yang amat sangat, Buyung melihat musuh-musuhnya ketawa dan tersenyum sinis kepadanya. Buyung tahu dengan menggunakan zahir sahaja tidak mencukupi untuk mengalahkan jembalang yang bertopengkan manusia.
" Rabbana Rabbuka Rabbika......" Buyung membaca ayat mentera sambil mengabungkan tenaga zahir dan batin untuk memulihkan tenaganya. " Zolikan Kolikan Kulunapsin Zaikatulmaut....." Buyung melompat ke arah lelaki tadi umpama pendekar dan melepaskan satu tumbukan maut ke arah lelaki itu. Lelaki itu jatuh ke bumi dan tidak bergerak lagi. Melihat rakannya jatuh tidak bergerak lagi, keempat2 lelaki itu menyerang Buyung serentak tetapi kali ini Buyung sudah bersedia dengan sekali libas jarak jauh dengan menggunakan Kipas Senandung, keempat2 lelaki itu jatuh ke bumi dan tidak bernafas lagi. Tinggallah gadis tadi keseorangan. Buyung menghampiri gadis yang dalam ketakutan. " Aku bagi kau amaran yang terakhir. Jika aku dengar kau menganggu manusia yang mencari rezeki di sini, aku tidak teragak2 menghapuskan kau dari muka bumi Allah ini" tegas Buyung. Gadis tersebut mengangguk kepala dan terus menghilangkan diri.
Dalam sekelip mata, kawasan perkampungan tadi bertukar kepada hutan bakau tadi. Buyung melihat sekeliling kawasan itu umpama telah berlaku satu pergaduhan yang besar dengan banyak pokok2 tumbang dan patah. Baju Buyung juga kotor dengan disaluti lumpur. Pipi dan dadanya masih terasa sakit dan sayup2 terdengar suara Zul dan Wan memanggil namanya. Buyung bergerak ke arah suara kawan2nya itu. " Mana kau pergi Yong? Puas kami mencari kau. Naik risau kami dibuatnya" ujar Wan. "Tengok baju kau tu penuh dengan lumpur, kau berkubang kt mana ni..?"tanya Zul kehairanan. Buyung hanya tersenyum sahaja dan ini membuatkan kawan2nya diselubungi misteri.

Gelagat My PrincesS

alahai....cute nye dia., anak sape lah ni...hehehe


alahai anak omak....comel nye dia....

Sabtu, 16 Januari 2010

Gelagat XTVT Haiqal Berenang kt RBR


Ini adalah xtvt kegemaran anak aku...setiap kali kami pergi bercuti, kemudahan wajib yang kena ada kt tpt penginapan kami adalah swimming pool. Kalau dulu berenang kena guna pelampung, skrg tak payah...guna google lak konon katanya tak nak air masuk mata, nk scuba....hahaha. Aku ingat nk hantar dia kt sekolah renang lah memandangkan dia memang minat giler xtvt ni. Adik dia pun sama, tak padan masih kecil tapi kira berani jugak lah, agaknya dia tengok aksi abang dia yang sempoi tu...hehehe
Itu ajer...taking care...

Petua Buyung 17 : Anak Jadi Pemimpin

Nasi yang sudah dimasak, ambil bhgn di atas shj dan bagi kepada anak kita untuk dimakan. Petua orang tua2 dahulu, anak yang memakan nasi bahagian atas, insya Allah, akan menjadi pemimpin suatu hari nanti. Petua ini hendaklah diamalkan selalu dan berterusan diiringi dengan doa dan ilmu.
Selamat Mencuba....

DISCOVERY 07 : Buntat Lipan


Buntat Lipan ini telah dijumpai oleh En Rahim di dlm bilik rumahnye di Taman Bukit Lintang, Melaka. Sebenarnya En Rahim ni selalu mendapat benda2 misteri dan yang terkini adalah penemuan Buntat Lipan ini. Benda ini adalah sesuatu yg misteri dan ianye amat kompleks untuk difikirkan oleh akal manusia biasa...
SELAMAT BERHIBUR...

:: Cuti-Cuti Malaysia Penutup 2009 :: Rompin Beach Resort

:: XTVT KETIKA FAMILY DAY ::