PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Selasa, 31 Mei 2011

INFO : MADU LEBAH

Satu-satunya makanan yang tidak akan basi sampai bila-bila ialah madu .

" Kemudian makanlah dari tiap-tiap ( macam ) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan ( bagimu ) . Dari perut lebah itu keluar , minuman ( madu ) yang bermacam-macam warna , didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat ( kebesaran Tuhan ) bagi orang-orang yang memikirkan . ( Surah An-Nahl ayat 69 ) .

Tips Membezakan Madu Asli Dan Tiruan :

1. Tuangkan sedikit madu dalam bekas kemudian campurkan air dan digoncang perlahan-lahan jika membentuk sarang lebah menandakan ia asli jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya menandakan ada campuran .

2. Apabila menuangkan didalam bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat . Manakala madu tiruan akan terputus .

3. Apabila madu dititiskan diatas bekas atau tapak tangan , ia secara semulajadi akan membentuk bulatan 100 peratus . Ia tak akan leper walau sekecil mana sekali pun titisan itu .

4. Pecahkan telur ayam kampung dan campurkan bersama sesudu madu . Telur ayam akan masak jika ia madu asli .

5. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula .

6. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas .

7. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu jika ia dibiarkan untuk tempoh lama .

8. Celup kepala mancis pada madu dan nyalakan . Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah asli .

Sabda Rasulullahsaw : "Perbandingan orang Mu'min adalah seperti lebah , tiada dia makan melainkan makanan yang baik dan tiadalah dia meletakkan ( meluah ) melainkan yang baik ( madu ) (H.R. Ibnu Hibban dan At- Tabaraani ) .

1 ulasan: