Menurut keterangan-keterangan agama , bahawa orang yang sudah mati itu akan kena atau melalui :
1. Dlammatul-qabr
2.Su-aalul-qabr
3.'Adzabul-qabr wa Na'ie-mul-qabr
4. Maqarrur-ruh
5.'Ardlul-maq-ad
6.Al-ba'ts
1.Dlammatul-qabr :
Ertinya hempitan kubur , iaitu orang yang sudah mati itu akan di hempit oleh kubur .
Sabda Nabi saw : Sesungguhnya hempitan kubur atas mu'min itu , seperti ibu yang sayang . yang anaknya mengadu sakit kepala , lalu di picitnya dengan picitan yang lembut , tetapi ya A'isyah ! Celaka orang-orang yang syak tentang ALLAH ! Dengan amat dahsyat akan di hempit mereka di kubur-kubur mereka , sebagai mana hempitan batu gunung yang besar atas sebiji telur . ( H.R. Baihaqie dan Dailamie )
2. Su-aalul-qabr :
Ertinya pertanyaan kubur , iaitu orang yang sudah di tanam itu akan diperiksa I'tiqadnya .
Sabda Nabi saw : ALLAH Ta'ala berkata : Masukkan nama ( simati itu ) di dalam catatan orang-orang yang baik-baik , dan kembalikanlah dia ke bumi . Lalu rohnya di kembalikan ke badannya , kemudian datang dua Malaikat , lalu dudukkan dia dan bertanya kepadanya : "Siapa tuhanmu dan apa Agamamu ?" Maka ia menjawab : "ALLAH Tuhanku dan Islam itu Agamaku " Mereka bertanya lagi "Siapa dia laki-laki (Nabi Muhammad ) yang di utus kepadamu dan di antara kamu ?" Maka ia akan menjawab : "Ia itu Pesuruh ALLAH "..............Lalu ada satu seruan dari langit ( katanya ) : "Benar hambaKu . Kerana itu bentangkanlah.........baginya hamparan dari syurga ". Maka dapatlah ia bau syurga dan wanginya , dan kuburnya pun di luaskan sejauh matanya memandang ( H.R Ahmad , Dawud , Hakim dan Baihaqie ) .
3.'Adzaabul-qabr wa na,iemul-qabr :
Ertinya Siksa kubur dan nikmat kubur iaitu orang yang sudah mati dan sesudah di tanam itu akan dapat siksa atau kesenangan di kubur .
Sabda Nabi saw : Kubur itu satu lubang dari beberapa lubang jahanam , atau satu kebun dari pada kebun-kebun syurga . ( H.R Mandah )
4. Maqarrur-ruh :
Ertinya Tempat ketetapan roh , iaiatu orang yang sudah mati itu ruhnya akan tetap di tempat yang di tentukan baginya .
Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya roh mu'min itu berjalan-jalan di surga kemana-mana sukanya dan roh si kafir itu di neraka . ( H.R. Ibnu Majah dan Thabaranie )
5.Ar-dlul-maq-'ad :
Ertinya Perlihatkan tempat iaitu orang yang sudah mati itu akan di perlihatkan tempat ketetapannya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang .
Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya seorang dari kamu jika mati , akan di perlihatkan kepadanya tempat duduknya pagi dan petang . Jika ia dari ahli syurga ( ia akan melihat dirinya ) dari pada ahli syurga , dan jika ia daripada ahli neraka , akan di kata kepadanya : Itulah tempat dudukmu , hingga ALLAH bangkitkanmu kepadaNya pada hari Kiamat . ( H.R. Bukharie dan Muslim )
6. Al Ba'ts :
Ertinya Bangkitan iaitu orang yang sudah mati itu akan di bangkitkan dari kuburnya di hari Qiamat iaitu dikumpulkan badan-badannya dan di masukkan ruhnya hingga jadilah ia seperti keadaannya di hari matinya .
Akan di tiup sangkakala . Tiba-tiba mereka akan keluar dari kubur-kubur akan bersegera kepada Tuhan mereka . Mereka akan berkata : Hai kecelakaan kami ! Siapakah yang bangkitkan kami daripada tempat tidur kami ! Inilah barang yang di janjikan oleh ALLAH dan telah benarlah Rasul-Rasul . ( Yaasien 51 , 52 )