PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 31 Julai 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA

Dari Khafshah Ummil Mu'minin bahawasanya Nabi Saw telah bersabda :"Barang siapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya". H.R Imam Lima

Keterangan :
Hadis ini menunjukkan bahawa puasa tidak sah kecuali dengan menetapkan niat pada waktu malam sebelum terbit fajar . Waktu menetapkan niat puasa semenjak terbenam matahari .


Dari Sahl bin Saad R.A bawasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Manusia sentiasa dalam kebajikan, selama mereka berbuka puasa". Hadis Muttafaq alaihi .

Keterangan :
Hadis ini sebagai dalil bahwa cepat-cepat berbuka setelah tiba waktunya, hukumnya sunat .


Bagi Imam Tirmidzi dari hadis Abu Hurairah R.A dari Nabi Saw, beliau bersabda bahawasanya Allah telah berfirman : "Hamba yang paling Aku cintai yang paling cepat berbuka".

Keterangan :
Hadis ini seerti dengan hadis sebelumnya . Segera berbuka setelah tiba waktunya hukumnya sunat .

PETUA : PENAWAR JANTUNG

Bermohonlah kepada Allah swt supaya masalah jantung yand di hadapi di sembuhkan . Amalkan membaca surah Ar Ra'd ( Guruh ) ayat 28 . Perbanyakkan membaca ayat ni dan minta pertolongan dari Allah swt . InsyaAllah Allah swt akan membantu .

ALLAZINA AMANU WA TATMA'INNU QULUBU-HUM BI ZIKRILLAH ALA BI ZIKRILLAHI TATMA'INNUL-QULUB .
( Yaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram ) .

Sabtu, 30 Julai 2011

AMALAN : KELEBIHAN SURAH AL KAUTAR ( NIKMAT YANG BANYAK )

SURAH 108 : 3 AYAT

INNA A'TAINAKAL-KAUSAR
( Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak )

FA SALLI LI RABBIKA WANHAR
(Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah )

INNA SYANI'AKA HUWAL-ABTAR
( Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus )

KELEBIHAN :

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa , mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita .

2. Jika kita kehausan, baca surah ni dan gosok di leher..InsyaAllah akan hilang dahaga .

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, bengkak, mata merah . Sapukan air mawar yang sudah dibaca surah ini sebanyak 10x pada mata .

4. Jika rumah terkena sihir, baca surah ni 10x . Mudah-mudahan Allah swt bagi ilham di mana letaknya sihir itu .

5. Jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah .

6. Jika rajin membacanya hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat .

7. Jika orang teranaiya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberi bantuan .

8. Jika nak menyedapkan makanan yang kita masak, semasa memasak baca ayat ni sehingga kita habis memasak .


PETUA BUYONG : MUSNAHKAN SIHIR DAN BOMOH

Jika anda atau ahli keluarga anda selalu di sihir, mohonlah kepada Allah menghancurkan bomoh, syaitan atau orang yang terbabit menyihir anda . Doa orang yang di zalimi tiada hijab di sisi Allah swt .

Cara :

Solat sunat 2 rakaat
Bermohon :
1). Mengucap 1x
2). Bismillahhirrahmannirrahim 1x
3). Niat- Ya Allah dengan berkat aku membaca ayat-ayat suci ini .........................( terpulang niat masing-masing )
4). Baca surah Yassin 40 x
5).Mengucap 1x
6). Bismillahhirrahmannirrahim 1x
7). Niat seperti no 3

PETUA BUYONG : TERCEKIK TULANG IKAN

Jika tercekik tulang ikan, cuba gunakan petua ini

1. Bismillahhirrahmannirrahim
2. Nurdali kemara Allah, membujur lalu melintang patah 3x
3. Hembus kat air kosong dan minum satu nafas .

Ahad, 17 Julai 2011

AMALAN :TERHINDAR DARI KEJAHATAN

Para kaum wanita untuk mengelakkan dari di zalami oleh orang-orang jahat hendaklah selalu bermohon kepada Allah swt . Amalkan selalu doa ini dengan ikhlas dan yakin supaya dilindungi oleh Allah :

Surah An-Nisa ( Wanita ) ayat 75 :

Wa ma lakum la tuqatiluna fi sabilillahi wal-mustad'afina minar-rijali wan nisa'i wal-wildanil-lazina yaquluna rabbana akhrijna min hazihil-qaryatiz-zalimi ahluha, waj'al lana ladunka waliyya, waj al lana mil ladunka nasira .

( Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mau pun anak-anak yang semuanya berdoa , "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini ( Mekah ) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau ) .

Sabtu, 16 Julai 2011

JENAKA : LELAKI

Keajaiban lelaki : Boleh pakai seluar dalam sama empat hari berturut-turut . Hari pertama , betul kedudukannya . Hari ke dua , di terbalikkan . Hari ke tiga , yang belakang di bawa ke depan . Hari ke empat , yang belakang di bawa ke depan , tapi di terbalikan sekali lagi .

Lelaki itu seperti telefon , ada banyak butang . Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka tu penting .

Kalau orang lelaki berkata , "Saya akan hubungi awak " tapi dia tak hubungi , maknanya dia tak lupakan awak , dia tak hilang nombor telefon awak , dia belum mati lagi. Dia cuma tak mahu hubungi awak !

Lelaki mudah lupa , sebab tu itu televisyen siarkan ulang tayang selepas gol dijaringkan . Berulang kali pulak tu .

Kalau lelaki masakkan makan malam anda dengan lauk ikan kembung goreng , sayur sawi dan sebiji mata kerbau , maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan anda!

Lelaki macam iklan komersial , tiada satu pun kata-katanya boleh dipercayai .

JENAKA : ALAHAI PAK PANDIR....

Satu hari Pak Pandir dan Mak andir ke poliklinik kerajaan untuk menjalani pemeriksaan tahunan memandangkan umur Pak Pandir sudah mencecah 80 tahun . Apa yang berlaku seterusnya ?

Doktor : Apa khabar Pak cik ?

Pak Pandir : Alhamdulillah...cuma kebelakangan ini Tuhan banyak menolong saya .

Doktor : Kenapa pak cik cakap macam tu ?

Pak Pandir : Sebab tiap-tiap malam bila ke bilik air , Tuhan tolong bukakan lampu untuk saya . Tak payah nak susah-susah petik suis .

Doktor : Ooo....macam tu ( sambil mengangguk-angguk ) . Okey , Pak cik keluar dulu , saya nak cakap dengan Mak Andir pulak .

Pak Pandir keluar dari bilik pemeriksaan , Mak Andir pula masuk .

Doktor : Makcik , saya rasa pakcik ada masalah mentallah .

Mak Andir : Ya ke ?

Doktor : Ya . Pakcik kata bila dia buang air kecil pada waktu malam , Tuhan tolong bukakan lampu tandas untuk dia....

Mak Andir : ( Sambil berdiri cekak pinggang , dia menjerit ) Ceh! Tak guna punya Pak Pandir ! Rupa-rupanya selama ni dialah yang kencing dalam peti sejuk!

Jumaat, 15 Julai 2011

RESEPI : PUYUH GORENG WAKAF CHE YEH

BAHAN-BAHAN A :

3 ekor burung puyuh
5 ulas bawang merah- di kisar
3 ulas bawang putih- di kisar
1 inci halia- di kisar
1 batang serai- di kisar

BAHAN B :

200 gm serbuk jintan manis
150 gm serebuk ketumbar
200 gm serbuk rempah beriyani
150 gm serbuk rempah kari
100 gm serbuk rempah kurma
garam , gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN :

1. Bersihkan burung puyuh dan toskan

2. Satukan kesemua bahan-bahan A dan B

3. Kemudian gaulkan bersama dengan burung puyuh dan perapkan selama 2 jam

4. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng sehingga garing

INFO :KISAH IBRAHIM ADHAM ( AHLI SUFI )

Setelah penat berburu , Ibrahim Adham berhenti seketika dan turun dari kudanya . Dia mengeluarkan tabung air , membuka penutup lalu meminumnya .

"Ahhhhhh!" katanya melempiaskan rasa puasnya menikmati minuman itu .

Sambil bersila di pangkal seperdu pokok tamar yang rendang daunnya , dia membuka bekalan yang di bawa . Ibrahim mengeluarkan beberapa keping roti , meletakkan sedikit madu .

Sambil makan dia memandang ke arah gunung yang sayup dan kelihatan membiru di kaki langit .Hampir sehari suntuk dia berburu namun tiada sebarang hasil diperolehi .Bahkan seekor burung pun enggan menyerah .

Ditenung panah dan busarnya yang diletakkan di atas tanah . Dia terus mengunyah makanan yang diselang seli dengan meneguk minuman . Terasa amat lazat makanan yang dinikmatinya itu .

Habis sekeping dia ambil sekeping lagi . Tiba-tiba datang melayang seekor gagak dan zzaaaapppppp!!!! Gagak itu menyambar roti yang baru mahu disuapkan ke mulut .

Ibrahim cukup marah . Dicapainya panahnya , tetapi kepantasan gagak itu mengatasi kehebatannya memanah . Diperhatinya arah gagak itu terbang . Dia melihat burung tersebut menuju ke arah kaki gunung .

Panas dan geramnya meningkat . Tanpa berlengah Ibrahim melompat ke atas kuda dan terus mengejar burung tersebut .

Mulutnya tidak henti-henti menyumpah seranah burung tersebut yang terlalu biadap menyambar makanannya .

Bersusah payah dia mengelilingi kaki gunung tersebut semata-mata niatnya untuk membunuh gagak itu .

Ibrahim menundukkan badannya , sedikit terperanjat sebaik melihat gagak itu bertenggek di dada seorang lelaki yang terbaring . Kedua-dua belah kaki dan tangannya diikat .

Dilihatnya gagak itu memasukkan cebisan roti ke dalam mulut lelaki tersebut . Dengan paruhnya yang panjang , gagak memotong-motong roti dalam saiz kecil sebelum memasukannya ke dalam mulut lelaki tersebut hingga habis . Tiba-tiba air mata Ibrahim menitis melihatkan perlakuan gagak itu .

Setelah habis sekeping roti itu , Ibrahim merangkak perlahan-lahan menuju ke sisi lelaki tersebut . Tanpa bertanya , dia terus membuka ikatan pada tangan lelaki yang tidak di kenalinya itu . "Masya-Allah! bagaimana tuan jadi begini ?" soal Ibrahim .

"Panjang ceritanya..." kata lelaki itu lantas menceritakan kisah dia dirompak semasa membawa barang dagangan . "Setelah habis barang-barang , wang , emas dan permata dirompak , mereka mengikat kaki dan tangan saya dengan harapan saya mati kebuluran .

"Subahanallah , Maha Besar Allah! Selama 7 hari terikat begini , burung gagak inilah yang membawakan makanan . Kalau tidak nescaya sudah lama saya mati kelaparan ," kata lelaki tersebut lantas membelai-belai gagak yang masih bertenggek dilengannya .

Ibrahim takjub mendengar cerita itu . Timbul perasaan malu pada dirinya . Saai itu juga dia menangis tersedu-sedu kerana malu dengan perlakuannya yang sombong itu . Dia sanggup mengelilingi dan memanjat gunung semata-mata mengejar burung gagak yang merampas sekeping roti .

"Ya Allah! aku bertaubat di atas keangkuhanku..."kata Ibrahim meratap sendirian . Dia yang berpakaian mahal itu baring atas batu sambil menangis tersedu-sedu . Saat itu juga Ibrahim mengubah cara pakaiannya-daripada yang mahal-mahal kepada sederhana . Dia tidak sanggup lagi bersikap sombong dengan kebesaran .

Niatnya itu terus dizahirkan dengam memerdekakan semua hambanya selain mewakafkan tanah dan harta benda milik peribadinya . Sebagai melahirkan keyakinannya , Ibrahim mencapai sebatang tongkat lalu berjalan menuju ke kota Mekah tanpa menaiki kuda dan tidak membawa apa-apa bekal melainkan berserah diri kepada Allah .

Dalam perjalanan itu Ibrahim tidak berhenti-henti berzikir , berwirid dan bertahmid memuji-muji nama Allah ketika merentasi padang pasir yang panas membahang . Dengan izin-Nya , sepanjang laluan , ramai pedagang yang bersedekah makanan dan minuman sehinggalah dia sampai ke kota Mekah .

INFO : KASHMIR

1. KASHMIR yang terletak di sempadan India dan Pakistan terdiri daripada beberapa wilayah- Ladakh , Gilgit , Baltistan , Skardu dan Jammu . Ia turut berjiran dengan China di utara dan Tibet di sebelah timur .

2. Keluasannya lebih kurang 151,360 kilometer persegi dengan India menduduki seluas 95,356 kilometer , manakala selebihnya- 56,003 kilometer berada di bawah jajahan Pakistan .

3. Apabila India dan Pakistan merdeka pada 1947 , dari segi geografinya Kashmir menjadi sebahagian daripada India . Bagaimanapun Pakistan dapat merampas beberapa wilayah semantara China pula menjajah wilayah-wilayah kecil yang lain .

4. Pada 1 januari 1948 , India membawa pergolakan yang berlaku antaranya dengan Pakistan bagi merebut Kashmir ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) . Setahun kemudian PBB terpaksa menguatkuasakan gencatan senjata bagi menghalang 2 jiran itu berperang .

5. Kashmir adalah antara lembah yang tercanti di dunia . Di kelilingi banjaran-banjaran gunung dan memiliki iklim yang menarik sepanjang tahun .

6. Seorang Maharaja Mogul , Jehangir pernah berkata " Jika terdapat syurga di dunia ini , inilah dia ( sambil merujuk kepada bumi kashmir ) . Dia menambah dengan mengatakan , jika tiada kesepakatan , syurga ini akan menjadi neraka . Ia menjadi kenyataan , apabila hingga hari ini Pakistan - India terus bersengketa kerananya .

7. Pergolakan yang berlaku di bumi Kashmir merupakan masalah yang berlarutan terlalu lama dalam sejarah antarabangsa , mengalahkan isu Palestin .

8. Jumlah penduduk Kashmir ialah 13 juta , tidak termasuk tentera India seramai 600,000 orang . Di sampin itu , ratusan ribu orang lagi rakyat biasa menerima latihan dalam bidang ketenteraan , menjadikan negara itu paling ramai tentera .

9. Pergolakan di Kashmir berlaku kerana beberapa pemimpin mereka berbalah- ada yang mahu berpisah dari kerajaan India untuk membina sebuah negara bebas dan merdeka sementara yang lain mahu bergabung dengan Pakistan .

10. Menurut pengiraan kerajaan India , lebih 15,000 orang terbunuh sejak pergolakan di antara tahun 1989 hingga 1996 . Bagaimanapun beberapa pemimpin lain memberi angka yang lebih tinggi . Misalnya bekas Menteri Dalam Negeri India , Mohamad Maqbool Dar berkata hampir 40,000 rakyat tidak berdosa terkorban manakala Ketua Menteri Kashmir , Farooq Abdullah berkata 50,000 orang terbunuh .

11. Ekoran pergolakan yang berlarutan , pelanggaran hak asasi manusia seperti pembunuhan beramai-ramai , penderaan , rompakan , rogol semakin berleluasa di Kashmir . Walaupun aduan di buat kepada Amnesty International Human Rights Watch-Asia , kerajaan India masih enggan membenarkan wakil pertubuhan-pertubuhan itu melawat wilayah berkenaan .