PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Selasa, 23 Jun 2009

MISTERI ( Chapter 02 ) : PenunggU KawasaN SekolaH

Suatu malam, kelihatan Buyung sedang berbual bersama isterinya dan juga Rahim di anjung rumahnya. Tiba2 datang sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumahnya." Kadir datang Yong.."kata Rahim. " Assalamualaikum.."salam dari Kadir. Mereka bertiga menjawab salam Kadir serentak." Ada cerita baik ke..?"tanya Rahim. Lalu Kadir menceritakan hajatnya datang berjumpa mereka.

Menurut Kadir, kawannya seorang kontraktor binaan menghadapi masalah dalam membina bangunan baru sekolah bernilai RM4 juta. Dia mendapat projek itu sudah 2 bulan tapi satu kerja pun tidak dapat proses kerana ada gangguan. Gangguan yang dimaksudkan itu adalah mesin piling yang digunakan utk memasukkan cerucuk bangunan tidak boleh berfungsi dengan baik. Setiap kali mesin yang menghentak cerucuk naik ke atas, enjin itu tidak boleh dikawal dan akan naik tinggi serta menghentam cerucuk dengan kuat sehingga batang cerucuk itu hancur dan musnah. Jurutera mesin piling ini sudah menukarkan enjin sehingga 2 kali dan masalah tetap berlaku. Akhirnya jurutera tersebut mengaku kalah dan menyuruh kontraktor mencari orang yang pandai dalam hal2 ilmu ghaib utk membantu menyelesaikan masalah itu kerana bagi pendapat jurutera itu..ini bukan masalah enjin tetapi masalah gangguan makhluk halus.

Sudah ramai bomoh dipanggil oleh kontraktor yang bernama Suhaimi untuk menyelesaikan masalah ini tetapi tidak berhasil. Pernah juga beliau meminta pertolongan sami Cina tetapi tetap juga tidak berjaya. Suhaimi juga pernah mengadakan kenduri dan bacaan Yaasin kat sekolah itu atas nasihat seorang ustaz tetapi juga tidak membuahkan hasil...

"Begitulah Yong ceritanya.."keluh Kadir. "Habis kau nak suruh Yong buat ape..? Dia bukannya bomoh.."Rahim berkata. Buyong hanya mendiamkan diri. Kadir berkata " manalah tahu kot2 Buyung boleh membantu.."Tiba2 Buyung bersuara.."macam nilah, malam Jumaat kita cuba bantu mereka. Mudah2an Allah meredhai pertolongan kita ini..."

Pada malam Jumaat yang dijanjikan, mereka tiba tepat pukul 12 tengah malam di sekolah itu. Mereka telah disambut oleh Suhaimi dan seorang lagi iaitu Pengetua sekolah tersebut, Jamal. Dari segi pandangan Jamal, dia seperti tidak yakin dengan keupayaan Buyung dan kawan2nya. Tanpa berselindung, Jamal berkata " sedangkan pak kiyai dan bomoh2 hebat kat sini tidak boleh buat, inikan pulak kamu bertiga..!" Berdesing telinga Kadir mendengar sindiran Jamal itu. Dengan nada suara yang tinggi Kadir membalas, " kami datang ke sini untuk membantu, jangan dihina kami macam ni."Buyong menahan Kadir dari terus memarahi Jamal.."sabar Dir, kita datang sini nak membantu bukan nk bergaduh. Biarkan apa yang dia nak cakap.."kata Buyung.

Setelah melihat- lihat kawasan sekolah, Buyung meminta mereka berempat berehat seketika. Sesudah itu, Buyung berwudhuk dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat di tempat kawasan pembinaan. Selepas solat Buyung terus berdoa dan berwirid memohon pertolongan Allah SWT. Hampir setengah jam Buyung berwirid tiba2 tempat itu menjadi sunyi cuma angin yang sejuk dan dingin meniup ke tubuh Buyung. Buyung dapat merasakan kehadiran penunggu kawasan itu dan dia akan bersemuka dengan penunggu tersebut. Dengan kesamaran cahaya dari kawasan pembinaan....Buyung dapat melihat dengan jelas kehadiran seorang Pak Haji diiringi 10 orang pengikutnya. Walaupun air muka Pak Haji tersebut jernih dan tenang tetapi pandangan matanya begitu tajam ke arah Buyung seperti sedang menahan kemarahan yang amat sangat.

Buyung tahu dia dalam keadaan kesusahan apabila Pak Haji muncul tapi Buyung tenang kerana dia tahu dia di pihak yang benar. Seperti hadis Rasullulah SAW bersabda, jika seseorang hamba ditimpa kesedihan atau duka, lantas ia berkata " Ya Allah, aku ini adalah hamba Mu ( dan anak hamba Mu ) dan anak kepada hamba perempuan Mu, ubun-ubun ku berada di tangan Mu, berjalan di atas ( selalu mengikuti ) hukum Mu, Engkau Maha Adil dengan takdir Mu, aku memohon kepada Mu melalui setiap nama Mu yang Engkau sebutkan sendiri atau Engkau cantumkan dalam kitab Mu, atau Engkau ajarkan kepada salah seorang hamba Mu atau Engkau sembunyikan di dalam keghaiban Mu, agar Engkau menjadikan Al - Quran ini sebagai penyejuk hati ku, cahaya di dalam dada ku, pelengkap kesedihan ku, penghilang kegundahan ku. Jika seorang hamba melakukan itu, pasti kesedihan dan kedukaannya akan lenyap dan berganti dengan kegembiraan.." Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Dengan nada yang keras Pak Haji bertanyakan apa hajat Buyung ke mari dan Buyung menerangkan tujuan dia datang ke situ. Dari dialog antara Buyung dan Pak Haji, menunjukkan Pak Haji berdegil tidak mahu berundur dari kawasan sekolah itu. Alasannya, mereka dah mendiami kawasan tersebut beribu tahun dahulu sebelum manusia datang bertapak ke kawasan itu. Mengapa mereka mahu mengalah kepada manusia...ini kawasan mereka. Buyung meminta kepada Pak Haji dengan baik agar berundur dari tempat itu untuk memberi peluang kepada manusia membuat pembangunan untuk anak2 manusia mencari ilmu bukannya mereka hendak membuat tempat itu sebagai tempat maksiat. Buyung menawarkan kepada Pak Haji dan seluruh kaumnya tinggal bersama2 tetapi bersyarat agar tidak mengganggu anak2 manusia belajar apabila bangunan itu siap kelak.

Pak Haji tetap tidak membenarkan walaupun Buyung memujuk beberapa kali. Jika diteruskan juga projek itu akan berlaku kemalangan jiwa di kawasan tersebut. Buyung tahu dengan pujukan dia takkan dapat mengubah pendirian Pak Haji. " Engkau syaitan...jangan engkau fikir aku tak tahu yang engkau berselindung di sebalik jubah dan serban kau itu.." jerit Buyung. Tiba2 Pak Haji melepaskan satu tendangan padu pada Buyung dan sepantas kilat Buyung menepis membuatkan Pak Haji melambung lalu jatuh terhempas ke tanah. Pengikut2 Pak Haji yang lain mara untuk menyerang Buyung tetapi dia dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Lantas Buyung bangun mengerahkan ilmu kebatinannya sambil mengeluarkan satu pukulan jurusan ghaib kepada pengikut Pak Haji. Pukulan jurusan itu bergema umpama dentuman halilintar yang membelah bumi membuatkan pengikut Pak Haji tumbang dan ghaib.

Hanya tinggal Buyung dan Pak Haji yang akan membuat perhitungan. Pak Haji masih tertiarap ke tanah dan apabila dia bangun wajahnya bertukar kepada muka anjing. Tubuh badan manusia tetapi berkepala anjing. Berlaku lah pertarungan yang hebat antara Buyung dengan makhluk itu. Serang menyerang dan tepis menepis antara mereka berdua. Ketika mahkluk itu hendak menerkam ke arah Buyung, dia mengambil kesempatan dengan mengunci pergerakkan makhluk itu dengan Pasak Bumi 4 Sahabat membuatkan makhluk itu tidak dapat bergerak. Tanpa membuang masa Buyung terus membelah tubuh makhluk tersebut dengan pukulan jauh jurusan Pedang Zulfakar. Ini membuatkan makhluk itu jatuh dan mengelupur dengan raungan yang dahsyat dan terus ghaib. Buyung membuat sujud syukur dan memagar kawasan tersebut dengan pagar kebatinan Pasung Bumi 7 Petala. Selesai memagar, Buyung berehat untuk melepaskan kepenatannya.

Sayup2 terdengar suara azan subuh dari kampung sebelah. Buyung bangun untuk membersihkan dirinya dan terus mencari kawan2nya yang lain yang berada di kantin sekolah. Dia mengejutkan kawan2nya utk berjemaah Subuh bersama2. Setelah solat, Suhaimi dan Jamal mengajak mereka bersarapan di kawasan tersebut sambil menunggu pekerja2 datang untuk membuat kerja. Sambil bersarapan Buyung menceritakan apa yang berlaku malam tadi.Mereka sungguh terkejut apabila mendengar cerita Buyung. Jamal memohon maaf di atas kata2nya semalam. Akhirnya kerja pembinaan itu berjalan dengan lancar tanpa mengalami gangguan dan siap pada tempoh yang ditetapkan. Semasa cerita ini ditaip di blog ini, Buyung mendapat informasi bahawa bangunan itu sudah digunakan. Alhamdulillah....

2 ulasan:

  1. ok warung ieta dh bc...apa2 pun part baris berwarna hijau ieta suka sgt...membawa seribu maksud....i tunggu Chapter 03 dr BUYUNG.....

    BalasPadam
  2. hehehe..tau xpe.
    tq warung ieta 4 ur supportive

    BalasPadam