PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Sabtu, 3 Disember 2011

INFO : ANDA INGIN TAHU ?

1. Bakteria adalah sel bebas yang paling kecil. Dianggarkan terdapat 50 milion bakteria dalam setitik air.

2. Semasa umurnya 47 tahun, pemain gitar bass kumpulan The Rolling Stone, Bill Wyman memulakan hubungan dengan Mandy Smith, yang ketika itu hanya berusia 13 tahun. Hubungan itu bagaimanapun mendapat restu daripada ibu Mandy. Enam tahun kemudian mereka berkahwin tetapi malang, hanya bertahan setahun sahaja.
Tidak lama selepas itu anak Bill dengan isterinya pertama yang terdahulu, Stephen Wellmen 30, telah berkahwin dengan ibu Mandy yang berumur 46 tahun. Ini menjadikan Stephen sebagai bapa tiri kepada bekas ibu tiri beliau. Jikalau perkahwinan Bill dan Mandy masih kekal, Stephen akan menjadi bapa mentua kepada bapanya dan juga datuk kepada dirinya sendiri.

3. Musang terbang gergasi yang hidup di Hutan belantara Indonesia mempunyai 'sayap' sepanjang 2 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan