PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 14 Disember 2011

CORAT-CORET : SIAPA LEBIH CERDIK

Cuba anda baca dua kisah lucu dan pelik yang berlaku di China.

CERITA PERTAMA :

Pada mac lalu, seorang penduduk Jieshu, di wilayah Anhui, China yang bernama Zhu, telah mengunjungi kawan sekampungnya, Chen. Ketika itu Chen terlantar di hospital akibat sakit jantung. Dalam kunjungan itu, Zhu telah bergurau dengan Chen, kononnya dia sedang menjalinkan hubungan sulit dengan isteri kawannya itu. Hasilnya, isteri Chen mengandungkan anak Zhu!

Gurauan itu menyebabkan Chen sakit hati. Dia terus meluru ke rumah Zhu sebaik saja dibenarkan keluar hospital beberapa hari kemudian. Apabila melihat Chen menyerbu rumahnya dalam keadaan marah, Zhu jadi takut. Dia terus cabut lari. Chen cuba mengejarnya tetapi malang, dia terjatuh dan terus meninggal dunia!

Zhu dijatuhi hukuman penjara lima tahun akibat perbuatannya itu.

CERITA KEDUA :

Seekor burung gagak peliharaan sebuah keluarga di Xincheng, wilayah Dashibei Hutong pula menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negara. Mereka berebut-rebut hendak bergambar dengan burung itu kerana haiwan tersebut boleh menyebut dan memanggil nama tuannya.

Bukan itu saja, burung gagak tersebut juga sering bergaduh dengan anjing jirannya dan hasilnya, ia pandai menyalak!

SOALANNYA :

Siapa lebih cerdik? Manusia dalam cerita pertama atau burung gagak dalam cerita kedua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan