PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 29 Ogos 2011

AMALAN : HARI RAYA

Firman Allah :
"Bulan ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan ( menjelaskan ) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa yang sakit dan musafir ( maka diganti ) pada hari-hari yang lain. ( Dengan ketetapan yang demikian itu ) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa ( sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
( Surah Al-Baqarah 185 )

Keterangan :

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya, ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.


Kata Ummu Atiyyah R.AHA. Rasulullah memerintahkan kami ( kaum wanita ) keluar pada hari raya fitri dan adha termasuk para gadis, wanita haid dan anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslim.
( Riwayat Al-Bukhari )

Keterangan :

Maka Nabi Saw dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga mungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslim.
Dari Ummul Mukminin 'Aishah R.Aha. "Bahawa pada hari raya fitri dan adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya ('Aishah ) dan Nabi Saw berada disisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kaum Ansar pada hari Bu'ath ( peperangan Auz dan Khazraj). Abu Bakar berkata "Suara Syaitan" (sebanyak dua kali). Nabi Bersabda "Biarkan mareka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Keterangan :

Amat menarik sikap dan lunak yang ditunjukkan oleh Nabi Saw. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah Saw? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tiadak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi Saw. Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakar memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian Nabi bahawa itu semua diizinkan.

Khamis, 25 Ogos 2011

JENAKA : MASALAH LOGHAT

Yep dan Pok Yo tinggal serumah. Kedua-dua teruna dari negeri yang berlainan. Yep berasal dari Penang manakala Pok Yo dah tentulah dari Kelantan! Sedang mereka menikmati menu makan malam, mee segera, melintaslah seekor lipas di hadapan mereka. Seraya Pok Yo yang pengecut itu melompat terkejut manakala Yep sudah bersedia dengan lipatan suratkhabar untuk melibas lipas tersebut :

Yep : Lipas! lipas! Nun bawah kaki hang tu Pok Yo!

Pok Yo : Katok la! Katokkkkk!

Yep : Apa pula katak? Kan lipas tu!

Pok Yo : La...mu ni! Katok la katokkkkk!

Yep : Ha? Gila ke apa? Lipas la! LIPAS!

Pok Yo : KATOL LA!!! KATOKKKKK!!!!

Pergaduhan antara mereka berakhir dengan melihat lipas berlalu dengan selambanya.....

KATOK - bermakna ketuk, pukul ( loghat Kelantan )

Rabu, 24 Ogos 2011

INFO : FAKTA -4

- Kucing mengesan arah jalannya menggunakan misai

- Ikan dan Ular tidak menutup mata ketika tidur

- Penguin bertelur dalam posisi berdiri

- Istimewanya semut, serangga itu akan pergi ke tempat yang jauh - yang tidak pernah dijejakinya- tapi boleh pulang ke tempat asalnya dengan membawa makanan untuk semut-semut lain

- Paus biru, haiwan terbesar di dunia boleh mencapai berat 304,815 kilogram ( 300 tan ), sama berat dengan 24 ekor gajah, 92 ekor kuda, 150 ekor sapi dan 450 ekor singa.
- Helang boleh terbang selaju 99 kilometer sejam (km/j) manakala merpati 62km/j.

- Orang dewasa biasanya diserang selsema dua hingga empat kali setahun

- Sepuluh ekor virus sudah cukup untuk memulakan selsema

- Partikel yang tersembur semasa bersin berkelajuan 165 km/j dan boleh mencapai empat meter jauhnya

- Selsema tidak menyebabkan demam, kecuali kanak-kanak.

KISAH BENAR : KADIR BUAYA

Hahahaha....jangan terkojut pulak ekau semuo dongan namo kek atas tu . Buayo yang dimaksudkan itu ialah gelaran si abang kadir ni bukanlah pasal dio ni kaki perempuan. Ceritanyo si abang Kadir ni boleh tahan handal orangnyo, dio ni kalau tak silap den ado menuntut dongan seorang jawo di Batu Pahat pasal ilmu buayo. Kalau tak silap den lagi, abang Kadir ni untuk menamatkan ilmu yang dipelajari dari gurunyo itu, dio telah menyeluk mulut buayo dengan keduo-duo tangannyo. ngori den dongarnyo.

Keistimewaan abang Kadir ni, ahh ni yang nak den ceritokan. Ruponyo dio ni ahli perubatan tradsional. Ramai pesakit yang telah diubatinyo, den dongar dari Johor, Perak, Kuala Lumpur hinggakan dari Singapuro pun datan berubat dongannyo. Den risik-risik jugo apo penyakit yang diubati oleh abang Kadir ni. Rupo-ruponyo macam-macam penyakit dio telah ubati, orang keno sihir,keno penyakit kulit, sakit mulut ( pakar ), sakit tuan dan macam-macam lagi. Yang den kagum dongan abang Kadir ni ramai orang perempuan yang keno barah buah dado tahap 1 dan 2 berubat dongan dio dah pulih sepenuhnyo.

Abang Kadir ni duduk kek Melako kampung Permatang Pasir, Alai. Kalau raso-raso ekau semuo nak berkenalan dongan abang Kadir, bolehlah cari dio kek kampung tu. Selain digelar Kadir Buayo, ado jugo orang panggil dio Abang Misai atau Kadir Misai.

Testing... Testing... hahaha

Selamat Petang semua... Sbnrnya aku ni testing handphone C3 aku ni update blog. Alahhh...telepon murah je, beli dh lama cuma baru gatal2 nk godak2 try update blog kt sini. Ermmm, nampaknya not bad gak C3 aku ni. Sementara tunggu balik, mata ngantuk so inilah xtvt utk hilangkan ngantuk...hahahaha.
Oklah, xde apa nk bebel sgt cuma hari ni aku nak masak sup ayam, ayam goreng dn sambal goreng cili basah. Sejuk2 ni makan sup panas pon sodappp....
Selamat berbuka utk puasa yang ke 24 hari.

RESEPI : MEE HOON GORENG TOM YAM

Sawadikap...Masakan ni bukan untuk berbuko hari ni. Den buek duo hari lopeh, memandangkan banyak kojo yang den nak buek bebelum menjelangnyo hari rayo, tak sompek den nak masukkan dalam blog. Mee hoon ni memang sepesal punyo resopi pasal den belajar dongan den punyo adik angkat den, dio memang berasal dari sano, orang selatan Siam. Masakan mereko sodap-sodap jugo, banyak jugo yang den belajar dongan dio. Ekau semuo jangan pulak pasal nak belajar memasok masakan siam, ekau ramai-ramai pakat pergi sano pulak. Ambik den punyo resopi dah, copek salin rosepi ni :

BAHAN-BAHAN :

1 Bungkus mee hoon - direndam hingga lembut
2 Biji bawang besar- ditumbuk
4 Ulas bawang putih - ditumbuk
6 Biji cili padi - ditumbuk
1 Genggam udang kering- ditumbuk
2 Sudu besar cili mesin
2 Pek kiub Maggi tom yam
5 Ekor sotong- dipotong bulat
2 Dada daging ayam- dipotong dadu
3 Keping fishcake
6 Biji fishball- goreng untuk hiasan
1 Cawan air
Garam

CARA-CARA :

1. Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga garing
2. Masukkan cili mesin dan gaul sehingga garing
3. Masukkan sotong, ayam, udang dan air
4. Gaul sehingga sotong, udang dan ayam empuk, kemudian masukkan kiub maggi tom yam dan garam.
5. Masukkan fishcake
6. Masukkan mee hoon dan gaul sehingga masak
7. Angkat, hias dan hidangkan.

Selasa, 23 Ogos 2011

AMALAN : TANDA-TANDA BERLAKUNYA LAILATUL QADAR

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi Saw adalah bahawasanya ketika baginda bersujud di waktu subuh di atas tanah yang dibasahi air, ertinya pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Malam itu hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas. Siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warna pucat. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat berkata, bahawa orang-orang yang menemui Lailatul Qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula orang mengatakan bahawa pohon-pohon kayu rebah sujud ke bumi ( orang tertentu sahaja yang jumpa ).

Ada pula mengatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain, daripada malaikat.

Doa di makbulkan jika berdoa di malam Lailatul Qadar.

AMALAN : MALAM LAILATUL QADAR

AL-QADR ( KEMULIAN )
SURAH KE-97 . 5 AYAT
Maknanya :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya ( Al Quran ) pada malam kemukian ( Lailatul Qadar ).

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan?

3. Malam kemulian itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhanbya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Hadis Rasulullah Saw daripada Ubai bin Ka'ab yang di riwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang di riwayatkan oleh Abu Dawud "Saya mendengar Rasulullah Saw bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada malam 27.

Dari Abu Hurairah R.A. dari Nabi Muhammad Saw sabdanya : "Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat ( dan pelbagai ibadat lain ) sedang ia berpuasa dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia di ampunkan dosa-dosanya yang lalu. HADIS SAHIH- RIWAYAT BUKHARI.

Keterangan :
Ibadat lain seperti membaca Al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat, berdoa, pada malam yang berkat.

Dari 'Aisyah R.A. katanya :"Biasanya Rasulullah Saw berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam akhir( dari bulan ramadhan ) berbanding dengan masa yang lain . HADIS SAHIH - RIWAYAT MUSLIM.

INFO : FAKTA-FAKTA

- Otak manusia sangat kompleks sehinggakan sesiapa yang ingin memprogramkan komputer untuk menyamai otak manusia perlu membelanjakan wang lebih usd 8 billion. Otak manusia berhenti berkembang pada usia 18 tahun. Sebenarnya, mata manusia melihat semua dari atas bawah, tetapi otak yang membetulkan pandangan manusia.

- Badak mempunyai kulit setebal 3.81 sentimeter sehinggakan peluru besi pun tidam mampu menembusinya.

- Ginjal manusia menapis 500 gelen darah setiap hari.

- Negara terbesar di Benua Afrika adalah Sudan

- Di Eropah suatu ketika dahulu kumpulan yang terkepung di dalam istana atau kubu akan menggunakan layang-layang untuk menghantar mesej kepada sekutu mereka di luar sana.

- Pada 30 jun 1908, sebuah komet atau tahi bintang seberat kira-kira satu juta tan jatuh di tengah Siberia, Rusia. Letupannya 1,500 kali ganda lebih dahsyat berbanding atom yang meledak di Hiroshima dan Nagasaki dalam perang dunia ke 2, langsung memusnahkan kawasan hutan seluas 200 kilometer persegi.

- Jubilee Intan mendapat namanya sempena 60 tahun pemerintahan Queen Victoria di Britain ( 1819-1901 ).

- Dubuk adalah satu-satunya binatang yang boleh ketawa macam manusia.

- Zirafah boleh melihat ke belakang tanpa menolehkan kepalanya. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengeluarkan bunyi yang jelas biarpun lidahnya panjang.

- Unta tidak tahu berenang, ia akan lemas kalau terjatuh ke dalam air.

Ahad, 21 Ogos 2011

RESEPI : MEE HOON SELERA MELAKA

Ni mee hoon den posan awal-awal, kalau tak kuat podeh jangan borani nak test ni rosepi. Hahaha den tak tanggun jawab jiko lopeh makan mee hoon ni, perut kamu semuo kembung dongan air. Tiba-tiba ajo den teringin berbuko dengan mee hoon stail melako, lagi podeh lagi bagus. Kalau kamu semuo nak tahu betapa podeh mee hoon ni, ambik resepi ni : BAHAN - BAHAN :

1 Bungkus mee hoon - direndam hingga lembut
1 Biji telur
1 Biji bawang besar - ditumbuk
3 Ulas bawang putih - ditumbuk
1 Sudu besar lada hitam - ditumbuk
5 sudu besar cili mesin
Segenggam udang kering - ditumbuk
Garam
Serebuk perasa
Minyak masak
1/2 Cawan air asam jawa

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga garing dan naik bau

3. Masukkan cili mesin dan gaul sehingga garing

4. Masukkan air asam jawa

5. Masukkan garam dan serebuk perasa

6. Pecahkan telur dan gaulkan

7. Masukkan mee hoon dan gaul hingga masak

8. Taburkan bawang goreng dan hidangkan.

Sabtu, 20 Ogos 2011

INFO : FAKTA -2

- Satu kajian di Rusia mendapati rahsia untuk mendapatkan umur yang panjang ialah dengan berkerja dalam bidang yang banyak pergerakan fizikal, bersukan, makan banyak sayur-sayuran, kurangkan minuman bergula serta berlemak dan jangan merokok.

- Brazil mempunyai lebih 3,000 jenis ikan air tawar, berbanding kira-kira 1,000 di negara-negara lain.

- Berat otak cuma dua peratus daripada berat manusia, tapi ia menggunakan 25 peratus daripada keseluruhan oksigen yang disedut semasa seseorang itu tidur atau berehat.

-Tikus mondok mampu menggali lubang sedalam 91 meter dalam tempoh satu malam sahaja. jika lima malam, berapa meter? kalau sepuluh malam, 20 malam... berapa? Jawapannya senang, kiralah sendiri.

- Tahukah anda, seekor ikan haruan boleh mengesan 27,000 jenis bau sekaligus, menjadikannya haiwan yang paling sensitif dalam deria bau.

-Lebih 20 peratus spesies burung telah pupus daripada muka bumi sejak 200 tahun yang lalu dan kebanyakannya adalah akibat perbuatan jahat manusia.

- Menurut kajian pakar perubatan Jerman, risiko untuk diserang sakit jantung lebih tinggi pada hari isnin, berbanding hari-hari lain.

- Rawatan akupuntur mula dipraktikkan pada tahun 2700 sebelum masihi iaitu semasa era pemerintahan Maharaja Shen Nong di China.

- King Louis XIV ( Raja Perancis ) merupakan orang pertama yang menambah gula ke dalam secawan kopi pada sekitar tahun 1715.

- Iklan kopi yang pertama di London pada tahun 1657 mendakwa bahawa kopi boleh menyembuhkan penyakit seperti kekurangan vitamin C, gout serta beberapa penyakit lain.

INFO : SEJARAH MALAYSIA

PRA SEJARAH MALAYSIA

KERAJAAN AWAL

Gangga Negara ( kurun 2 hingga 11 )
Langkasuka ( kurun 2 hingga kurun 14 )
Pan Pan ( kurun 3 hingga kurun 5 )
Sriwijaya ( kurun 7 hingga kurun 14 )
Kedah tua

KEMUNCULAN KESULTANAN ISLAM

Kesultanan Kedah ( 1136 hingga sekarang )
Kesultanan Melaka ( 1402 hingga 1511 )
Kesultanan Sulu ( 1450 hingga 1899 )
Kesultanan Johor ( 1528 hingga sekarang )

ERA PENJAJAHAN BARAT

Perjanjian Inggeris - Belanda 1824
Perjanjian Burney 1826
Penempatan Selat 1826 - 1946
Perang Kelang 1867 - 1874
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895 - 1946
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Abad 19 - 1946
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang 1914

PERANG DUNIA KE-2

Perang Tanah Melayu 1941-1942
Pembunuhan Beramai-Ramai Di Parit Sulong 1942
Perang Singapura 1942
Syburi 1942-1945
Kawat Kematian Sandakan 1945
Penjajahan Jepun Di Tanah Melayu

PERALIHAN MALAYSIA

Malayan Union 1946-1948
Persekutuan Tanah Melayu 1948-1963
Darurat Tanah Melayu 1948-1960
Peristiwa Bukit Kepong 1950
Rundingan Baling 1955

MALAYSIA SELEPAS MERDEKA

Konfrontasi Indonesia- Malaysia 1962-1966
Pemberontakan Brunei 1962-1966
Rusuhan Kaum 1964
Pemisahan Singapura 1965
Peristiwa 13 Mei 1969
Dasar Ekonomi Baru 1971-1990
Operasi Lalang 1987
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 ( 1987-1988 )
Krisis Kewangan Asia 1997-1998
Al Maunah 2000
Perhimpunan Bersih 2007
Perhimpunan Bersih 2011

Petikan : WIKIPEDIA BAHASA MELAYU
ENSIKLOPEDIA BEBAS


INFO : ASAL USUL NAMA SELANGOR

Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar "langau". Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut, ada diantara pedagang mengatakan "aku singgah di Kuala Sungai Mentagau" seterusnya berkembang dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.

Pendapat lain ada mengatakan Selangor berasal dari perkataan "Salang" dan "Jemur". Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyeksaan para penderhaka dengan cara Disalang dan dijemur hingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi Selangor.


Maklumat ini diambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ( PADAT ).
Maklumat ini diambil dari

RESEPI : NASI GORENG SRI SRI BERCAHAYA ALAM

Hahahaha mesti ramai yang terkojut dengan nama nasi goreng ni... sajo ajo den bikin gempak dengan nama macam tu. Sebonarnyo nasi goreng ni anak den suko makan, masa nak berbuko semalam dio minta den masakkan nasi goreng kegemaran dio ni. Resepi dio simple ajo tapi ke main dio suka, den pun tak faham kenapo anak den duo-duo suko sangat. Den apa lagi dah dio suka, ' belasah ' ajo ler. Kalau kamu semuo nak tahu kenapa anak-anak den suko sangat nasi goreng macam ni, cubo goreng nasi pakai resepi ni. Tak sodap jangan salahkan den pulak hehehe
BAHAN-BAHAN :

1 Biji lada hidup
1 Biji bawang merah- ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
Sedikit ikan bilis
3 Batang kacang panjang-dipotong kecil
3 Batang hot dog-dipotong kecil
1 Biji telur
2 Ketul ayam - dipotong kecil
Nasi putih satu pinggan penuh
Garam
Serebuk perasa
minyak masak

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan goreng hot dog dan ayam sehingga masak
2. Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan kacau sehingga garing
3. Pecahkan telur dan gaulkan
4. Masukkan garam dan serebuk perasa
5. Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati
6. Masukkan kacang panjang dan gaul sehingga kacang tersebut masak
7. Hidangkan

Jumaat, 19 Ogos 2011

JENAKA : GIGI PALSU

Ismail, penceramah yang akan membentangkan kertas kerja dalam satu seminar, menggelabah selepas menyedari gigi palsunya tertinggal di rumah.
"Alamak, macam mana ni, giliran saya dah dekat!" Ismail menceritakan masalah itu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya.
"Jangan risau," balas lelaki berkenaan lantas mengeluarkan satu set gigi palsu dari dalam poket kirinya.
"Terima kasih," ucap Ismail. Tergesa-gesa dia memasang gigi palsu itu tapi longgar pula! "Alamak, macam mana ni?" dia makin panik.
"Relaks, cuba yang ni pulak," lelaki berkenaan seluk poket kanan, keluarkan seset lagi gigi palsu. Ismail mencubanya. Wah, ngam-ngam dengan saiz gusinya.
"Fuh! nasib baik saya duduk sebelah doktor gigi," kata Ismail ketika menjabat tangan lelaki di sebelahnya itu.
"Doktor gigi? Saya penjaga bilik mayatlah" balas lelaki tersebut.

INFO : FAKTA


- Cagou adalah sejenis burung yang terdapat di New Caledonia, sebuah pulau gunung berapi di barat Lautan Pasifik. Keistimewaan burung yang tak boleh terbang ini ialah ia menyalak seperti anjing.

- Arthur F.Gay adalah penerima jantung yang paling lama hidup selepas mendapat jantung baru. Dia meninggal dunia pada 2 Jun 1993 ketika berusia 56 tahun dan telah hidup selama 20 tahun empat bulan dengan jantung orang lain.

- Menurut Pusat Kajian Atmosfera Kebangsaan Amerika, matahari mengecut enam hingga lapan kilometer setiap tahun. Bagaimanapun, pengecutan itu terlalu kecil kalau dibandingkan dengan saiz ukur lilitnya yang menjangkau 1,392,000 kilometer.

- Tutup tingkap dan pintu ketika senja sebab pada waktu itulah nyamuk paling agresif mencari mangsa.

- Sebanyak 64 otot digunakan ketika muka berkerut, sebaliknya cuma 18 otot saja yang digunakan ketika senyum. Jadi, kenapa nak masam muka?

- Tarikan graviti di bulan cuma1/6 daripada di bumi. Sebab itu berat kita di bulan hanya 1/6 sja berbanding di bumi.

- Musytari adalah planet terbesar, Utarid yang terkecil, Zuhrah paling terang manakala Pluto paling jauh jaraknya dari bumi.

- Pele, raja bola sepak dunia menjaringkan golnya yang ke 1,000 pada 19 november 1969 melalui sepakan penalti semasa mewakili Santos. Ia adalah permainannya yang ke 909 dalam perlawanan profesional.

- Terdapat 69,000 tasik di Finland menyebabkan ia dikenali sebagai tanah bertasik.

- Sudan berjiran dengan lapan buah negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethiopia.

RESEPI : MEE KARI BUJANG

Semalam den teraso nak makan mee kari waktu berbuko, nak beli kek pasar ramadhan takut tak kono dengan selero den. Fikir punya fikir den pun buek keputusan biarlah den masak sondiri ajo mee kari tu, biar ponek tapi puas hati. Selero den berbuko semalam pasal mee kari yang den buek tu, dan tentu kono dengan selero den. Kalau kamu semuo nak raso mee kari selerao den, ni resepinyo :

BAHAN-BAHAN :

10 Biji bawang merah
10 Ulas bawang putih
2 Bungkus kecil serbu kari ( den pakai Baba's pasal lebih ummpphh ) campur dengan air-jadikan pes
1 Sudu besar cili mesin
Daun kari ( den letak lebih sikit pasal biar aroma kari tu membuko selero )
3 Biji buah pelaga
1 Biji bunga lawang
1 Biji kelapa ( santan pekat dan cair )
600 Gram udang kecil basah
3 Biji kentang ( Potong kecil-kecil )
Garam
Gula
Asam keping 2

BAHAN-BAHAN SAYURAN :

1 Bungkus mee kuning
50 Sen taugeh
3 Biji telur rebus
2 Keping tauhu ( tak masuk pun tak apa )
Daun sup/daun bawang (potong halus )
Cili merah ( mayang halus )


CARA MASAKAN :

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
2. Masukkan pes kari, cili mesin, daun kari, buah pelaga dan bunga lawang
3. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik bau wangi
4. Masukkan santan cair dan kentang-biarkan sekejap
5. Kemudian masukkan udang dan biarkan dengan api sederhana.
6. Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat dan gula. Kacau sehingga mendidih.
7. Hidangkan

Khamis, 18 Ogos 2011

INFO : WAHYU TERAKHIR

Wahyu terakhir yang diturunkan pada Nabi Muhammad Saw ialah dari surah Al-Ma'idah ( Hidangan ) ayat 3 :

HURRIMAT 'ALAIKUMUL-MAITATU WAD-DAMU WA LAHMUL-KHINZIRI WA MA UHILLA LI GAIRILLAHI BIHI WAL-MUNKHANIQATU WAL- MAUQUZATUWAL-MUTARADDIYATU WAN-NATIHATU WA MA AKALAS SABU'U ILLA MA ZAKKAITUM, WA MA ZUBIHA 'ALAN-NUSUBI WA AN TASTAQSIMU BIL-AZLAM, ZALIKUM FISQ, AL-YAUMA YA'ISAL-LAZINA KAFARU MIN DINIKUM FA LA TAKHSYAUHUM WAKHSYAUN, AL-YAUMA AKMALTU LAKUM DINUKUM WA ATMAMTU 'ALAIKUM NI MATI WA RADITU LAKUMUL-ISLAMA DINA, FA MANIDTURRA FI MAKHMASATIN GAIRA MUTAJANIFIL LI ISMIN FA INNALLAHA GAFURUR RAHIM.

Maknanya :

Diharamkan bagimu ( memakan ) bangkai, darah, daging babi, ( daging haiwan ) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya dan ( diharamkan bagimu ) yang disembelih untuk berhala. Dan ( diharamkan juga ) mengundi nasib dengan anak panah ( mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk ( mengalahkan ) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barangsiapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

INFO : KHUTUBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 zulhijjah tahun 10 hijrah di lembah Uranah Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutubah terakhirnya dihadapan kaum muslim, diantara isi dari khutubah terakhir Rasulullah itu ialah :

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ni. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ni dan kata ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhubung kait. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakitimu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dan perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerena sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah sama-sama tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertangguhgjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu waspadalah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.

INFO : GIGI -2

Ini sambungan dari INFO : GIGI ;

1. Jangan makan manisan selepas mengambil makanan berat.

2. Hati-hati kalau anda mempunyai gigi yang tidak rata atau senget kedudukannya kerana sisa makanan mudah melekat di situ.

3. Merokok dan mengunyah tembakau boleh merosakkan gigi serta gusi.

4. Jangan cuciberus gigi anda dengan air panas, sebaliknya gunakan air yang dicampur antiseptik.

5. Gusi berdarah? Jaga-jaga mungkin ia petunjuk awal kepada penyakit gusi.

6. Ooppss....mulut berbau tidak boleh diubati semata-mata dengan pencuci mulut! Puncanya perlu dikenal pasti dan dirawat.

7. Segeralah berjumpa doktor jika mulut berbau selama seminggu tanpa sebab-sebab yang jelas walaupun sudah memberus gigi dan berkumur dengan ubat pencuci mulut.

8. Jangan lengah-lengah berjumpa doktor gigi jika mulut berbau disertai demam atau batuk dan lendir. Awas, ia mungkin menjadi simptom paru-paru bernanah.

9. Jangan sayang sangat pada gigi yang bergoyang. Rawat segera atau dicabut saja.

10. Lakukan pemeriksaan gigi dan mulut sekurang-kurangnya enam bulan atau setahun sekali ( bergantung kepada individu ).

:: PENGALAMAN BARU AHMAD HAIQAL ::

Pertama kali memandang mata anak ku..hanya perkataan kesian dak abang...sabar ye sayang. Allah hanya nak duga kita sahaja, nk tgk sejauh mana kesabaran dan ketabahan kita. Sebenarnya Haiqal ( HQ ) dah lama bengkak mata kiri bhgn kelopak bawah tapi aku sangkakan hanya terkena gigitan semut atau serangga terbang jadi aku hanya melihat dengan secara zahir sahaja lagipun dia tidak ada mengadu yang matanya sakit atau pedih. Rasanya ia berlaku dalam hampir dua bulan lepas. Digerakkan hati oleh Allah pada dua minggu lepas untuk aku melihat apa yang berlaku kat mata anak kesayanganku itu...ya Allah, ada biji daging sebesar biji mancis terjojol keluar dan bergesel dengan mata putihnya...dan disebabkan itu mata putihnya selalu merah. Aku mendapatkan rawatan dari majikan aku Dr Lokman, dan dia nasihatkan supaya kami rujuk kepada doktor pakar di Putra Hospital. Tanpa berlengah, hari Sabtu lepas kami terus jumpa Doktor Kasthuri, pakar mata dan beliau mengatakan bahawa mata HQ perlu di operate untuk dibuang lebihan daging dan juga perlu dicuci. Setelah dijelaskan baru lah aku dan suami faham keadaan mata HQ. Menurut kata Dr Kasthuri, mata HQ telah dijangkiti penyakit tembil dan bernanah didalam kelopak mata, ia juga tidak mempunyai 'mata' untuk laluan nanah itu keluar. Akhirnya nanah itu masak dan pecah di dalam kelopak. Ekoran itu, nanah telah menolak daging kelopak HQ dan sebab itu lah punca kenapa ada lebihan daging itu.
Tanpa berlengah, kami bersetuju untuk menjalankan minor operation terhadap anak kami ini demi untuk masa depan dan kesihatan dia. Doktor telah menetapkan pada Isnin (15.8.2011) untuk menjalankan pembedahan itu. Dan lebih mengharukan lagi tarikh itu adalah tarikh birthday adik kesayangan dia iaitu puteri kami. Dieqna sanggup tunggu abangnya sihat untuk menyambut birthdaynya nanti.
HQ seorang anak yang hyperactive tapi berjiwa sensitif. Mudah tersentuh dan juga mengalir airmata. Nasib baik pada hari tersebut, mungkin dengan layanan nurse yang cun kat hospital telah menguatkan sedikit semangat dia untuk diambil darah dan ditolak ke bilik pembedahan. Siap dia bergurau2 dengan kakak2 nurse kat sana.

Tepat jam 12 tengahari HQ ditolak ke operation room dan pembedahan itu tidak mengambil masa yang lama, dalam pukul 1, dia dah sedar dan menangis mencari aku...habis basah eye pad dengan darah...alahai anak omak...emak ada kat ngan abang... akhirnya dia tidur kembali kerana ubat bius masih ada. Dalam pukul 4, doktor menukarkan eye pad dan titik kan ubat.

Walaupun dah sedar tapi HQ takut untuk membuka matanya, pedih katanya. Sambil mata tertutup, dipanggil2 adik, mak dan apaknya supaya datang dan mengenggam tangannya.. Itulah HQ anak aku yang nampak legend peel perangai tapi hati cute....hehehe. Adiknya setia menemani abangnya sehingga HQ sedar dan mampu uantuk makan. Kesian HQ kerana terpaksa puasa...dalam pukul 4 dia menggigil kelaparan. Doktor menyarankan supaya dia minum terlebih dahulu untuk melihat situasinya. Yang kelakarnya, HQ siap dah order ngan apaknya yang lepas operate dia nak makan nasi goreng dengan sup ayam. Mana apaknya nk cari nasi goreng dan sup ayam waktu tengahari di bulan Ramadhan....akhirnya apaknya belikan dia bubur ayam Mc Donald yg large punya demi anak tersayang, sanggup masuk drive thru order wpun segan sebab siang hari....hahaha. Alhamdulillah, satu mangkuk besar bubur ayam habis HQ bedal. Lapar betul anak mak.
Sekarang, keadaan matanya dah pulih cuma aku kena pantau titiskan ubat mengikut masa dan juga pantang makan. Neneknya pesan, jangan dibagi makan makanan laut, ayam, kacang dan telur sebab semua tu 'gatal'....
Esok masih MC dari sekolah, mata kan sensitif so kena jaga betul2...cuci dengan mandian johnson atas nasihat doktor.
Terlupa pula aku ingin berkongsi dengan korang...aku dan suami ni bukanlah orang berada sangat hinggakan boleh 'check-in' kt hospital Putra tapi ini kelebihan yang kami terima apabila kami membeli polisi insurans dar MAA yang Medical Card. Banyak kelebihan dan kami sekeluarga memang memegang polisi ini. Bagi kami yang bekerja sendiri memang kena ada polisi sebegini, ianya cover sehingga rm50k - rm150k. Kami membayar tiap2 tahun dan bila dihitungkan hanya rm1.50 sehari kami peruntukkan perbelanjaan untuk membayar insurans. Oklah, dah terlebih membebel pulak, macam nak jual insurans lak kan...hahaha
Apa pun, terima kasih kepada sanak saudara dan sahabat handai yang datang menjenguk dan bertanya khabar kesihatan anak ku...terima kasih juga diatas doa yang diberikan.
Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya & Selamat Menyambut Kemerdekaan....
ALLAHU AKBAR








Rabu, 17 Ogos 2011

INFO : GIGI

Cantik sungguh si gadis yang berbibir basah. Lirikan matanya menusuk ke tangkai sukma. Pipi gebunya menggemuruh dada, senyumannya mencairkan jiwa, tapi alamak...giginya buruk! Sudahlah tu,mulut berbau pula.
Sayang sungguh, wajah ayu tapi gigi tidak berjaga. Ingai, gigi bukan setakat untuk mengunyah makanan. Ia juga penyeri wajah.
Ikuti tip-tip di bawah ini agar anda tidak jadi seperti gadis tadi.

1. Berus gigi pada waktu pagi, sebelum tidur dan selepas makan. Berkumurlah selepas minum minuman yang manis.

2. Makan makanan yang berprotein, ia baik untuk mencegah penyakit gigi.

3. Buang sisa-sisa makanan, plak, karat dan tartar yang melekat pada gigi.

4. Andainya gigi patah akibat tercedera, misalnya jatuh atau kemalangan, segeralah berjumpa doktor. Gigi tersebut akan dimasukkan ke dalam air garam, mungkin boleh di pasang semula.

5. Gantikan gigi yang baru dicabut dengan gigi palsu, kecuali geraham bongsu.

6. Jaga gigi anda supaya tidak diselaputi enamel ( lapisan keras pada gigi ) . Gunakan ubat gigi berflorida dan berus yang masih elok. Buangkan sebaik saja berusnya senget dan tidak tersusun rata.

7. Mengunyah sayuran mentah, isi kelapa, lobak dan mentimun boleh membantu membersih seria menyisihkan sisa makanan yang melekat pada gigi.

8. Makan buah-buahan selepas mengambil makanan berat, ia baik untuk mencairkan liur. Serat dan pengeluaran air liur membantu membersihkan mulut anda.

9. Perkuatkan gigi dengan makanan berkalsium seperti ikan, susu, sayur-sayuran, daging, vitamin A,C,D dan E..

10. Kurangkan makan makanan manis dan melekat seperti coklat, biskut atau gula-gula kerana ia boleh merosakkan gigi.

PETUA : MIMPI BURUK

Mimpi buruk atau ngeri, kadang-kadang menganggu tidur atau membuatkan seseorang itu takut untuk tidur. jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Jika anda selalu mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan, amalkan ayat ni sebelum tidur. Baca sebanyak 7x setiap kali kita nak tidur, mudah-mudahan Allah melindungi kita dari benda-benda yang menakutkan.

SURAH YUNUS AYAT 64 :

LAHUMUL-BUSYRA FIL-HAYATID-DUN-YA WA FIL-AKHIRAH, LA TABDILA LI KALIMATILLAH. ZALIKA HUWAL-FAUZUL-'AZIM
(Bagi mereka berita gembira didalam kehidupan di dunia dan ( dalam kehidupan ) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat ( janji-janji ) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar ).

RESEPI: ROTI JOHN KAK RUBY

Ni roti john yang di bagi oleh kak Ruby unyuk kami berbuka puasa semalam. Kak Ruby datang rumah den semalam melawat anak den baru keluar hospital sambil bawa roti john. Mulanya den ingat kak Ruby beli roti john ni kt pasar Ramadhan kt depan taman den, rupa-rupanya kak Ruby kata dia buat sendiri. Masa berbuka den rasalah roti john tu, sedap rupanya. Den apa lagi terus call dia minta resepi :

Bahan A :

2 keping roti panjang
2 biji telor
1 tin sardin besar
4 ulas bawang kecil
Sedikit mentega
Sedikit serbuk kari
Lada sulah
Cili sos
Mayonis

Bahan B :

Kobis dipotong halus

Cara-cara :

1. Sardin, bawang kecil, telor, cili boh, lada sulah dan serbuk kari dikisar.

2. Panaskan kuali

3. Belah roti sapukan mentega

4. Sapukan bahan-bahan kisar pada roti dan masakkan atas kuali yang panas, pastikan jangan samoai hangus.

5. Setelah masak angkat roti dan letakkan kobis, sos cili dan mayonis

6. Hidangkan .

AMALAN : HADIS BAB ZAKAT FITRAH-2

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata : "Rasulullah Saw telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi yang berpuasa dari perbuatan sia-sia, bersetubuh dan memberi makan kepada orang-orang miskin. Maka barang siapa yang menunaikannya sebelum solat, maka itu adalah zakat yang diterima dan barang siapa yang menunaikannya sesudah solat, maka itu adalah sejenis sedekah".
H.R. ABU DAWUD, IBNU MAJAH dan dianggap sahih oleh Hakim.

Keterangan :

Hadis ini mengandungi beberapa pengertian :
1. Zakat fitrah itu hukumnya wajib.
2. Harus dikeluarkan sebelum solat sunat Aidilfitri.
3. Zakat fitrah dapat menghapus dosa kecil.
4. Zakat fitrah merupakan zakat ditentukan waktu menunaikannya iaitu dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadhan hingga saat solat Aidilfitri didirikan.

Ahad, 14 Ogos 2011

PETUA : ANAK SIHAT JASMANI DAN ROHANI

Kanak-kanak umpama kain putih yang bersih. Tugas ibu dan bapa untuk mencorakkan kanak-kanak itu menjadi seorang nasrani, yahudi, majusi atau islam sejati. Selalu berdoa agar Allah melindungi keturunan kita dari terkena penyakit-penyakit baik dari segi jasmani mahu pun rohani. Salah satu doa yang bagus untu diamalkan supaya anak-anak terhindar dari penyakit tersebut ialah surah As-Sajadah ( Sujud ) ayat 7-9 selepas solat atau pun bacakan di air dan bagi anak-anak minum.

SURAH AS SAJADAH ( SUJUD ) AYAT 7-9

7. ALLAZI AHSANA KULLA SYAI'IN KHALAQAHU WA BADA'A KHALQAL-INSANI MIN TIN
( maksudnya : Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dan tanah. )

8. SUMMA JA'ALA NASLAHU MIN SULALATIM MIM MA'IM MAHIN.
( maksudnya : Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina yakni air mani )

9. SUMMA SAWWAHU WA NAFAKHA FIHI MIR RUHIHI WA JA'ALA LAKUMUS-SAM'A WAL-AB-SARA WAL-AF'IDAH, QALILAM MA TASYKURUN.
( maksudnya : Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuhnya ruh ( ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati tapi kamu sedikit sekali bersyukur )

AMALAN : HADIS BAB ZAKAT FITRAH

Dari Ibnu Umar R.A. ia telah berkata : "Rasulullah Saw telah mewajibkan zakat fitrah satu sha' tamar atau jagung centel/sya'ir atas semua muslim, hamba sahaya, orang merdeka, laki-laki, perempuan, kecil dan dewasa. beliau memerintahkan agar zakat itu diberikan sebelum orang-orang keluar melakukan solat".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI .

Keterangan :

Hadis ini sebagai dalil wajibnya zakat fitrah atas semua orang muslim, hamba sahaya, orang merdeka, laki-laki, perempuan, kecil dan dewasa .


Dari Abu Said Al-Khudzri R.A. ia berkata :"Kami memberikan zakat fitrah pada zaman Nabi Saw satu sha' bahan makan atau tamar atau jagung centel atau kismis ".
HADIS MUTTAFAQ ALAIHI
Dalam riwayat lain :"Atau satu sha' keju".
Abu Said berkata :"Adapun aku tetap mengeluarkan sebagaimana yang kukeluarkan pada zaman Rasulullah Saw".
Bagi Imam Abu Dawud disebutkan :"Aku selamanya tidak mengeluarkan melainkan satu sha'.

Keterangan :

Hadis ini memberi pengertian :
1. Zakat fitrah dari beberapa jenis bahan makanan yang disebutkan dalam hadis itu.
2. Besarnya adalah satu sha'.
3. Zakat fitrah dari bahan makanan yang berlaku pada satu daerah. Pada zaman Nabi bahan makanan yang berlaku adalah kurma, sya'ir, kismis dan jagung centel. Seandainya bahan makanan tersebut tidak ada pada suatu daerah, maka boleh diganti dengan yang lain misalnya beras atau jagung.

Sabtu, 13 Ogos 2011

KISAH BENAR : BUNIAN TUJUH BERADIK

"Hari ni awak didenda balik lewat". kata cikgu Norpiah pada Buyong. "Awak dah handal sangat ke sampai dua orang awak pukul" sambung cikgu Norpiah. Buyong hanya diam dan tunduk memandang lantai. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari jumaat, kawan-kawan yang lain sudah mula melangkah pulang ke rumah, Buyong hanya memerhati dari dalam kelas.

"Awak boleh pulang sekarang" ujar cikgu Norpiah kepada Buyong, jam sudah menunjukkan pukul dua belas setengah tengah hari, tanpa berlengah Buyong mencapai begnya dan berlari mengejar rakan-rakannya yang sudah terlebih dahulu pulang ke rumah. Leha, Rosli, Shahadan dan Kartini sudah tidak kelihatan lagi, "Dah jauh mereka tinggalkan aku" kata Buyong dalam hati. Perlahan-lahan Buyong berjalan balik ke rumah yang jaraknya dengan sekolah sejauh dua kilometer. Buyong teringat kembali semasa dimarahi cikgu Norpiah guru darjahnya Empat Arif, sakit hatinya bila teringatkan bila Badrul dan Yazid mengejek dan mencabarnya bertumbuk. Langkah silat dibuka hasil berguru dengan bapanya seorang kelasi kapal dengan mudah Buyong menumbangkan dua rakan kelasnya itu.
Asyik Buyong mengelamun tiba-tiba Buyong terlihat tujuh orang gadis sedang bermain buaian di hadapan laman yang sungguh besar dan cantik. Umpama terpukau Buyong memerhatikan gadis-gadis tersebut. Kesemuanya cantik-cantik belaka terutama yang duduk di atas buaian, tiba-tiba ketujuh-tujuh gadis tersebut melambai ke arah buyong, tanpa berkata apa-apa Buyong melangkah ke arah mereka.
"Eh Buyong kau nak pergi mana tu? Semak samun tu, dah pergi balik. Kan keras tempat, ramai orang kampung 'Terkena' dekat sini". Umpama tersedar dari lamunan Buyong memandang ke arah suara itu "Ohh Pak Mat ingat siapa tadi, nak pergi sembahyang jumaat ke? tanya Buyong serba salah. Buyong memerhati semula tempat gadis-gadis tersebut bermain buaian tapi semuanya sudah tiada, yang ada hanyalah semak samun sebatang pokok jejawi yang mengerunkan mata memandang.

"Mari naik basikal pak cik, biar aku hantar kau pulang ke rumah". Buyong duduk di tempat belakang basikal Pak Mat. Mata Buyong tidak berkelip memandang semak samun dan pokok jejawi itu dengan tanda tanya.

INFO : MUNSYI ABDULLAH BERI NASIHAT

Nasihat : Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, olea sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu. Maka mustahil pada akal: Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya? Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang melayu? Dan lagi pula, katanya :"Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa arab,berguna dunia akhirat." Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa yang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu? Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa melayu juga. Maka belum pernah aku melihat, baik orang melayu, baik peranakan atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekelian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.

* Petikan Hikayat Abdullah ( 1849 ), karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi @ Munsyi Abdullah.

Khamis, 11 Ogos 2011

JENAKA : DEN MATOHARI

Ada dua orang pak cikyang sedang berbual di sebuah rumah di Seromban Nogori Sembilan :

Pakcik 1 : ( Sambil naik atas meja ) Ekau tahu tak ?

Pakcik 2 : Tau apo ?

Pakcik 1 : Ese ni sebona 'eh matohari ( sambil menangkat tangan tinggi-tinggi ). Ekau tengok, dunia ni torang sobab ese.

Pakcik 2 : ( Dalam hati ) Jangan-jangan dio ni dah gilo. Isy, bahayo ni....baiklah ese lapor'kan pado doktor. bia diperikso'an. Sambil berlari, pakcik 2 tadi pergi ke klinik dan menceritakan apa yang berlaku kepada doktor.

Pakcik 2 : Doktor, kawan ese tu mungkin dah gilo !

Doktor : Kenapa pakcik cakap macam tu ?

Pakcik 2 : Boto doktor. Tadi dio naik atas mejo, lopeh tu angkek tangan dan cakap dio sebona'eh matohari. Dunio ni torang sobab dio yang buek.

Doktor : Kalau macam tu, suruh kawan kamu tu turun !

Pakcik 2 : Jangan doktor, nanti kalau dio turun golap dunio ini pulak !

PETUA : TIDAK LAWAS BUANG AIR BESAR

Kepada sesiapa yang buang air besar tidak lawas cubalah petua ni :

1. Madu asli 1 sudu besar
2. Biji sawi 2 sudu besar

Biji sawi dibersihkan dan tumbuk sampai hancur. Gaulkan kedua-duanya sehingga sebati. Makan 3x sehari, mulakan sebelum sarapan pagi.

PETUA : MURID CEMERLANG

Bagi pelajar-pelajar untuk menjadi pintar, hendaklah mengulang kaji pelajaran dan banyak membaca. Selain itu pelajar-pelajar hendaklah juga rajin-rajin berdoa kepada Allah swt supaya memberi pelajar otak dan akal yang cergas dan cerdas. Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Taha ayat 25-28 sebanyak 21x .

25. QALA RABBISYRAH LI SADRI
( Berkata Musa : "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku )".

26. WA YASSIR LI AMRI
( dan mudahkanlah untukku urusanku )

27. WAHLUL 'UQDATAM MIL LISANI
( dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku )

28. YAFQAHU QAULI
( supaya mereka mengerti perkataanku ).

AMALAN : HADIS BAB PUASA - 8

Dari Muawiyah bin Abu Syufyan R.A. dari Nabi Saw, beliau bersabda tentang malam Lailatul Qadar :"Malam itu malam dua puluh tujuh".
H.R. Abu Dawud. Yang rajih mauqufnya hadis .
Ketentuan malam Lailatul Qadar terdapat perselisihan 40 pendapat .

Keterangan :

Berdasarkan hadis ini, turunnya malam Lailatul Qadar pada tanggal 27 Ramadhan, namun masih ada perselisihan sekitar 40 pendapat. Pada lahirnya pendapat-pendapat tersebut bahawa malam Lailatul Qadar pada tujuh hari terakhir. Yang paling rajih adalah malam ganjil 10 hari akhir iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan .


Dari A'isah R.A. ia berkata bahawasanya ia telah bertanya kepada Rasulullah Saw : "Tahukah engkau, seandainya aku mengerti malam Lailatul Qadar terjadi, apa yang hendak aku baca pada malam tu ?".
Jawab Rasulullah Saw : "Bacalah, ALLAHUMMA INNAKA 'AFUW-WUN TUHIBBUL 'AFWA FA'FU ANNII"( Ertinya : Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha memberi ampun dan suka memberi ampunan, maka ampunilah aku )".
H.R. Imam Lima kecuali Abu Dawud dan dianggap sahih oleh Tirmidzi dan Hakim.

Keterangan :

Hadis ini menerangkan doa yang harus dibaca ketika menyambut malam lailatul qadar .


Dari Said Al-Khudzri R.A. ia berkata bahawasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Tidaklah diadakan perjalanan kecuali ketiga masjid; Masjidil Haram, Masjidku ini dan Masjidil Aqsha ".
Hadis Muttafaq alaihi

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahawa tiga masjid tersebut ( Masjidil Haram, Masjidir Rasul dan Masjidil Aqsha ) adalah mulia melebihi masjid-masjid lainnya. Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali menuju tiga masjid tersebut.

WALLAHU 'ALAM.

Isnin, 8 Ogos 2011

RESEPI : SAMBAL KERANG BUYONG

1 kg kerang- direbus
3 sudu besar cili mesin
7 ulas bawang merah- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 biji bawang besar- dimayang
1 sudu besar air asam jawa
garam
serebuk perasa
sedikit belacan
sos tiram

Cara-cara :

1. Tumiskan belacan sehingga berbau
2. Tumiskan bawang kisar
3. Masukkan cili mesin, sos tiram,
4. Masukan air asam jawa
5. Masukkan bawang besar, kerang, garam dan perasa
6. Gaul sehingga mendidih
7. Angkat dan hidangkan

PETUA : KELUARGAKU SYURGAKU

Jika sesuatu keluarga bermasalah seperti anak tidak menghormati ibubapa, isteri melawan cakap suami, suami tidak bertanggungjawab pada keluarga, amalkan petua ini dan bermohonlah pada Allah swt supaya merukunkan kembali keluarga tersebut . Ambil sebotol air besar ikut langkah -langkah begini :

1. Mengucap 1x
2. Bismillahhirrahmannirrahim 1x
3. Niat ...terpulang masing-masing
4. Baca ayat ALWUDUDU ( YANG MAHA MENGHASIHI ) 1000x
5. Mengucap 1x
6. Bismillahhirrahmannirahim 1x
7. Niat seperti no 3
8. Jentik botol 3x

Air tersebut digunakan untuk memasak nasi bukannya membasuh beras. Nasi tersebut buat makan sekeluarga. Dengan izin Allah, berhasil jika kita buat dengan ikhlas dan yakin .

AMALAN : HADIS BAB PUASA -7

Dari A'isah R.A. ia berkata : "Jika Rasulullah Saw menyondorkan kepala beliau kepadaku dan beliau dalam masjid, maka aku menyisirnya. Beliau jika beri'tikaf, tidak masuk rumah kecuali kerana hajat". HADIS MUTTAFAQ ALAIHI. LAFAZ HADIS BAGI IMAM BUKHORI

Keterangan :
Hadis ini memberi pengertian :
1. I'tikaf harus dalam masjid
2. Tidak boleh mengeluarkan seluruh anggota badan dari masjid adapun sebahagiannya tidak menjadi apa .
3. Tidak boleh keluar dari masjid kecuali untuk keperluan hajat .
4. Meminta pertolongan kepada isteri hukumnya boleh .


Dari A'isah R.A. ia berkata :"Sunat bagi orang yang beri'tikaf agar tidak menengok orang sakit, menyaksikan jenazah, menyentuh isteri, mempergaulinya dan keluar, kecuali untuk hajat yang tidak dapat dihindari .

Tidak ada i'tikaf kecuali dengan berpuasa dan dalam masjid Jami' ".
H.R. ABU DAWUD dan tidak memjadi apa para rawinya hanya saja yang rajih mauquf pada akhirnya .

Keterangan :
Hadis ini memberi beberapa ketentuan i'tikaf :
1. Orang i'tikaf tidak boleh keluar untuk menjenguk orang sakit,
menghadiri jenazah, menyentuh isteri, menyetubuhinya dan keluar dari masjid kecuali untuk keperluan yang tidak dapat dihindari misalnya berak dan kencing .
2. Harus berpuasa .
3. Harus dalam masjid jami, .


Dari Ibnu Umar R.A. bahwasanya beberapa orang sahabat telah diperlihatkan dalam mimpi malam lailatul qadar pada tujuh hari yang akhir. Rasulullah bersabda :"Aku telah diberitahu tentang mimpimu yang telah menepati pada tujuh hari yang akhir. Barang siapa ingin menelitinya, maka telitilah pada tujuh hari yang akhir". H.R. MUTTAFAQ ALAIHI

Keterangan :

Hadis ini memberi pengertian :
1. Berpegang pada mimpi itu boleh asal tidak bertentangan qaidah-qaidah syariah .
2. Lailatul qadar itu dalam bulan Ramadhan
3. Keutamaan malam Lailatul qadar dan menelitinya pada tujuh hari yang akhir dibulan Ramadhan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

PETUA : PENAWAR BISA

Jika ingin membantu orang-orang yang terkena gigitan atau sengatan binatang-binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, tebuan,labah-labah dan yang lain. Begini caranya, baca ayat dari surah Asy-Syu'ara (Para Penyair ) 7x dengan satu nafas dan hembuskan pada tempat yang kena sengatan itu. Kemudian ambil air segelas bermohon pada Allah untuk membuat air penawar bisa sengatan tersebut :

1. Mengucap 1x
2. Bismillahhirrahmannirrahim 1x
3. Niat...( Terpulang doa masing-masing )
4 . Baca ayat ini 11x
5. Mengucap 1x
6. Bismillahhirrahmannirrahim 1x
7. Niat....( Seperti no 3 )
8. Hembus kat air dan jentik gelas 3x

SURAH ASY-SYU'ARA' ( PARA PENYAIR )

WA IZA BATASYTUM BATASYTUM JABBARIN
(Dan apabila kamu menyiksa, maka kamu menyiksa sebagai orang kejam dan bengis ).

AMALAN : HADIS BAB PUASA -6

Dari A'isah R.A. ia berkata :"Rasulullah Saw jika telah memasuki hari sepuluh yakni hari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan, beliau mengikat erat sarungnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarga". HADIS MUTTAFAQ ALAIHI

Keterangan :

Yang dimaksudkan dengan "mengikat erat sarungnya" adalah menjauhi isteri untuk bersiap-siap menekuni ibadah kepada Allah .
Rasulullah membangunkan keluarga agar dapat melakukan solat dan beribadah. Beliau mengkhususkan hal itu pada hari-hari akhir di bulan Ramadhan kerana telah mendekati habisnya waktu beribadah yang mulia .


Dari A'isah R.A. bahwasanya nabi Saw sentiasa beri'tikaf pada hari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan hingga beliau wafat. Kemudian isteri-isteri beri'tikaf sesudah beliau". HADIS MUTTAFAQ ALAIHI

Keterangan :

I'tikaf hukumnya sunat, lebih-lebih dihari-hari sepuluh akhir di bulan Ramadhan. I'tikaf dihari tersebut telah menjadi kebiasaan Rasulullah Saw sehingga wafatnya, kemudian diteruskan oleh isteri-isterinya .


Dari A'isah R.A. ia berkata :"Nabi setiap hendak beri'tikaf beliau melakukan solat fajar, kemudian memasuki tempat i'tikafnya". HADIS MUTTAFAQ ALAIHI

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahwa awal watu i'tikaf sesudah solat fajar .

Jumaat, 5 Ogos 2011

PETUA : SCAN ALAM GHAIB

Jika kita ingin mengetahui sesuatu tempat itu ada terdapat benda-benda halus mendiami di situ . Baca surah Yassin ayat 61 sebanyak 7x kemudian tiup di tapak tangan kanan, selepas itu kita gunakan tapak tangan kanan mengesan benda-benda tersebut . Selalunya benda-benda ini duduk di penjuru-penjuru rumah atau bangunan . Boleh digunakan untuk mengesan jika keluarga kita, saudara mara atau kawan-kawan yang terkena sihir . Apabila ada anasir-anasir yang tidak baik, tapak tangan kanan kita akan merasa getaran, karen atau ada seperti benda mencucuk di tapak tangan kita .

SURAH YASIN AYAT 61 :

WA ANI 'BUDUNI HAZA SIRATUM MUSTAQIM
( Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus ).

AMALAN : HADIS BAB PUASA - 5

Dari A'isah R.A. bahwasanya Nabi Saw telah bersabda :"Barang siapa meninggal, ia menanggung puasa, maka walinya mengqadha puasanya". Hadis Muttafaq alaihi

Keterangan :

Hadis ini sebagai dalil bahwa puasa wali dapat menggugurkan kewajiban dan tanggungan puasa si mati .


Dari Abu Ayyub Al-Anshari R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda : "Barang siapa berpuasa bulan Ramadhan, lalu diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ia seolah-olah puasa setahun . H.R. Muslim

Keterangan :

Hadis ini sebagai dalil bahwa puasa enam hari di bulan Syawal setelah berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan iaitu dari tanggal 2 Syawal sampai akhir Syawal hukumnya sunat dan pahalanya seperti melakukan puasa setahun .


Dari Abu hurairah R.A. bahwasanya Rasulullah Saw telah bersabda :"Barang siapa beribadah di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap ridha Allah, ia diampuni dosa-dosanya yang lalu".
Hadis Muttafaq alaihi

Keterangan :

I'tikaf ialah tempat tinggal dalam masjid kerana berbakti kepada Allah dengan cara/sifat tertentu .
Qiyam di bulan Ramadhan dapat dengan solat terawih atau membaca Al Quran .
Hadis di atas menunjukkan keutamaan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lain .

Khamis, 4 Ogos 2011

RESEPI : TETEL\ DAGING CINCANG ASAM PEDAS

500 gm tetel-direbus empuk
1/2 sudu lada hitam ( kalau suka pedas lebihkan lagi ) ( dihancurkan )
3 helai daun limau perut
minyak masak
garam
1/2 cawan air asam jawa

Bahan Dikisar

30 tangkai cili kering
2 cm lengkuas
1 cm halia
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu biji ketumbar
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara :

1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan dikisar, lada hitam dan daun limau perut sehingga garing
3. Masukkan daging tetel
4. Masuk air asam jawa
5. Masuk garam secukup rasa
6. Biar sehingga mendidih dan hidangkan

AMALAN : HADIS BAB PUASA 4

Dari Ibnu Abbas R.A. ia berkata : "Orang lanjut usia diperbolehkan berbuka dengan memberi makan setiap hari seorang miskin. Ia tidak wajib mengqadha". H.R. Daruquthni dan Hakim. Keduanya telah menganggapnya shahih .

Keterangan :

Berdasarkan Hadis ini, maka orang yang lanjut usia boleh tidak berpuasa, namun ia wajib memberi makan setiap satu hari seorang miskin. Dan tidak wajib Qadha.


Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahawasanya seorang lelaki telah datang kepada Nabi Saw dan berkata :"Ya Rasulullah, aku telah rusak".
Tanya Nabi :"Apakah yang merusakkan mu?"
Jawabnya :"Aku telah bersetubuh dengan isteriku dibulan ramadhan".
Tanya Nabi :"Dapatkah engkau memerdekakan seorang budak ?"
Jawabnya : "Tidak"
Tanya Nabi : "Mampukah engkau berpuasa 2 bulan berturut-turut?"
Jawabmya :"Tidak"
Tanya Nabi :"Dapatkah engkau memberi makan kepada 60 orang miskin ?"
Jawabnya :"Tidak"
Kemudian Nabi duduk diberi satu wadah besar berisi tamar. Lalu beliau bersabda :"Sedekahkan ini!"
Kemudian lelaki itu bertanya :"Apakah kepada orang yang lebih fakir daripada aku ? Tiada diantara dua gunung Mekah penghuni rumah yang lebih memerlukan tamar itu daripada aku".
Nabi Saw tertawa sehingga kelihatan gigi taringnya. Lalu Beliau bersabda :"Pergilah,berikanlah itu pada ahlimu". H.R. Imam Tujuh dan lafaz hadis bagi Imam Muslim .

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sengaja bersetubuh dengan isteri disiang hari bulan Ramadhan, ia wajib membayar kifarat . Ada pun kifaratnya seperti berikut :
1. Memerdekakan seorang budak
2. Jika tidak mampu, ia wajib berpuasa 2 bulan berturut-turut
3. Jika dia tidak mampu, ia wajib memberi makan kepada 60 orang miskin .


Dari A'isah dan Ummi Salamah R.A. bahwasanya Nabi Saw bangun pagi dalam keadaan junub kerana bersetubuh. Kemudian beliau mandi dan berpuasa . Hadis Muttafaq alaihi.
Imam Muslim menambahkan dalam hadis Ummi Salamah : "Beliau tidak mengqadha".

Keterangan :

Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang bangun pagi masih junub kerana bersetubuh dimalam harinya, sedangkan ia berpuasa, maka puasanya tidak batal .



PETUA : PELARIS PERNIAGAAN

Di dalam Al Quran banyak di sebut tentang rezeki, salah satunya terdapat dalam surah At-Taubah ( Pengampunan ) ayat 111 . Selalulah membaca ayat ni tidak kira di mana kita berada kecuali di tempat yang kotor, seelok-eloknya kita perbanyakkan membaca di tempat kita berniaga dan bermohonlah kepada Allah supaya dimurahkan rezeki .

SURAH AT-TAUBAH AYAT 111

INNALLAHASYTARA MINAL-MU-MININA AN-FUSAHUM WA AMWALAHUM BI ANNA LAHUMUL-JANNAH, YUQATILUNA FI SABILILLAHI FA YAQTULUNA WA YUQTALUNA WA'DAN 'ALAIHI HAQQAN FIT TURATI WAL INJILI WAL-QUR'AN, WA MAN AUFA BI 'AHDIHI MINALLAHI FAS-TABSYIRU BI BAY 'IKUMUL-LAZI BAYA 'TUM BIH, WA ZALIKA HUWAL-FAUZUL-'AZIM .
( Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah ; lalu mereka membunuh atau terbunuh. ( Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya ( selain ) dari Allah ? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar)

Rabu, 3 Ogos 2011

AMALAN : HADIS BAB PUASA 3

Dari A'ishah R.A. ia berkata : Nabi Saw mencium dan bersentuhan ( dengan isteri ) dalam keadaan puasa . Tetapi beliau orang yang paling dapat menahan nafsu dari pada kamu" . Hadis Muttafaq alaihi .
Lafadz Hadis bagi Imam Muslim .
Ia menambahkan dalam riwayat lain : "Demikian Itu Dalam bulan Ramadhan".

Keterangan :

Pada lahirnya,hadis ini memberi pengertian bahawa orang yang sedang berpuasa dalam bulan ramadhan baginya boleh mencium dan bersentuhan dengan isteri dan tidak membatalkannya .
Menurut Imam Syafiie, bahawa mencium dan bersentuhan itu hukumnya tidak haram bagi yang tidak terangsang syahwatnya . Namun, sebaiknya ditinggalkan saja .


Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata bahawasanya Rasul Allah Saw telah bersabda :"Barang siapa lupa, ia sedang berpuasa, kemudian dia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasa, kerana sesungguhnya Allah telah memberi ia makan dan minum . Hadis Muttafaq alaihi .
Bagi Imam Hakim diterangkan : "Barang siapa berbuka dalam bulan Ramadhan kerana lupa, maka ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat". Hadis ini Shahih .

Keterangan : Hadis ini menunjukkan bahwa orang yang sedang berpuasa, ia makan atau minum kerana lupa, maka puasanya tidak batal, bahkan ia tidak wajib mengqada dan membayar kifarat


Dari Hamzah bin Amrin Al-Aslami R.A. sesungguhnya ia telah berkata :"Ya Rasulullah, aku dapati diriku kuat berpuasa dalam perjalanan, apakah aku berdosa ?".
Lalu Rasulullah bersabda :"Berbuka itu suatu keringanan dari Allah, maka barang siapa yang mengambilnya, ia adalah baik, dan barang siapa lebih suka berpuasa, tidak ada baginya dosa".
H.R. Muslim
Asal hadis ini adalah Muttafaq alaihi dari Hadis A'isah .

Keterangan :

Hadis ini menerangkan bahawa berbuka ketika bermusafir adalah lebih baik tetapi orang yang ingin terus berpuasa, tidak berdosa .