PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 30 Ogos 2009

::MERDEKA - 31 OGOS 2009::

Assalamualaikum kawan2 blog ku....
rasa rindu bebenor dah ni sebab lama tak update blog. Bukan apa sekarang aku bz sgt dengan xtvt dan keje2 yg menimbun kt opis. So memandangkan hari ni dan esok aku cuti so ada lah perkara yang nak aku share ngan korang semua bersempena dengan Hari Merdeka nih. Yang aku nak kongsi ni bukannye hal besar sangat cuma perihal sebuah lagu. Aku rasa korang semua dah selalu dengar lagu yang aku upload ( di bawah ) ini, yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad....bagi aku lagu ini cukup sinonim dan bersemangat untuk aku meraikan hari merdeka ni dan rasa cam tak lengkap sambutan hari Merdeka kalau tak dengar lagu ni. Lagu ini sohor dari umur aku kecik lagi dan sekarang anak aku yang sulung si Haiqal lak yang dok nyanyi ni siap berduet dengan adiknya si Dafiena. Betapa bagusnya lagu ini ( evergreen ) umpama tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan....

Alhamdulillah
Negara Kita Malaysia telah merdeka selama 52 tahun... kat luar rumah aku sudah kedengaran kanak-kanak bermain bunga api...tak tahu lah samada nak meraikan hari Merdeka atau aktiviti mereka di bulan puasa...
Apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka untuk Anak Malaysia tak kira di mana anda berada...
Walau di mana anda berada hiasi lah peribadi dengan tingkah laku dan kata-kata yang murni. Paling penting jangan lupa asal usul dan keluarga....
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpose utk kawan2 blog ku sekalian yg beragama Islam....semoga segala amalan kita dirahmati Allah. Nak berundur dulu coz nak bangun sahur lak...insya Allah jumpa nanti.
Bye..n taking care...
* sohor - terkenal

Ahad, 16 Ogos 2009

::..HappY Birthday Alya DafienaH @ 15/08/2009..::

Hari ni genap 3 tahun umur my little princess " Alya Dafienah " nama manja dia BABY DIEQNA .......tapi Cik Ieta panggil dia AJ ( Angelina Jolie ) sebab kononnya bibir DIEQNA iras2 pelakon tu...hehehe
Sekejap aje dah rasa cepat masa berlalu... silap2 tup2 dah nak kawin anak dara aku...hahaha.. apabila anak meningkat umur sekaligus mengingatkan aku bahawa umur aku turut meningkat macam dia..hehehe. Harap2 aku panjang umur untuk melihat anak2 aku membesar dan berkeluarga..amin..
Secara ringkasnya, tahun ni aku dan hubby tak wat majlis besar2an coz maklum aje lah musim penyakit H1N1....takuttt...kami menyambut sekadar biasa2 ajer.. yg dia dok peluk tu sebenarnya teddy bear yang dady dia belikan tadi...besar daripada dia tapi berat dieqna lagi lah..hahaha. Aku punya hadiah untuk dieqna..? Adaa...aku bagi dia gelang kristal....sesuai untuk dipakai pada hari raya nanti.....kiranya 2 in 1 lah....hehehe

Kebetulan pada malam tu mak long Biah ( kakak hubby ) ada nak wat sedikit kenduri doa selamat so kami join sekali lah celebrate birthday Dieqna kt sana.. adalah sikit pic yang sempat aku amik...jemputan hanya adik beradik dan sepupu terdekat jer... Menu kenduri malam tadi simple jer...asam pedas ikan parang ( of course lah org Melaka asam pedas tak tinggal ), sambal sotong, sayur kangkung goreng bercili dan pencuci mulut buah tembikai...ini menu mak long yang masak dan aku punya menu...Kupang Masak Black Pepper...sedapppp..hehehe
Lepas xtvt doa dan makan2..apa lagi kanak2 ribena mula lah memeriahkan suasana. Dah macam malam raya pulak aku rasa. Riuh rendah macam rumah org kenduri kawin pun ada gak...yg kanak2 dgn xtvt lasak diaorg berlari2 dan berkejaran...yang ibubapa ni dok sembang pasal kegiatan harian dan juga bisnes...maklumlah jarang2 jumpa walaupun dok dlm negeri yang sama....tapi mmg best bila sesekali berkumpul macam ni...
Oklah..itu aje coretan aku kali ini..
Bye n taking care...........

Isnin, 10 Ogos 2009

::H1N1::

Ini adalah email yang aku dapat pagi tadi. Bagi aku ini adalah INFO yang sangat penting dan amat sesuai untuk dikongsi bersama. Just copy n paste...

Pengalaman orang yang ade family dijangkiti H1N1.Untuk panduan bersama.


High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage
Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical
Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuk...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...

DMU tak best lah lepas nie....sunyi sepi. Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them.. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.

Take care You & Your Family

Ahad, 9 Ogos 2009

...Hari Ini Dalam Sejarah Aku...

Sementara aku masih dok adap pc ni...aku ingin mencoretkan sedikit peristiwa yang aku lalui semalam...
Sebenarnya peristiwa itu adalah pertemuan kecil kami ( aku, ieta, june , zizah dan tetamu yang istimewa iaitu adik bongsu 'SUE'...kiranya antara group kami ni dia yang paling muda......hehehe
Yang istimewanya adalah aku dan sue ni sebenarnya dah lama tak berjumpa dalam setahun lebih selepas dia berhenti keje dan berhijrah ke KL...kami lost contact dan aku sentiasa teringat dan berharap agar Allah pertemukan kami kembali....dan akhirnya Allah mempertemukan aku dan dia... hati ini sangat girang dan berdebar2 jugak lah...segalanya berakhirnya dengan memori yang sangat indah dan bersejarah bagi aku...hehehe. Sue seorang yang memahami dan sporting. Aku dan hubby dah anggap dia tu macam adik kami...ke mana saje kami pergi holiday...namanya dan juga June tak pernah missed dari list kami.. Saat itu sangat menyeronokkan. Insya Allah, aku dan Sue ada wat planning nak gi holiday tapi kena tengok cuti lah...lagipun sekarang kami dah dok lain2 negeri so susah lah sikit nak plan..
Apa pun aku bertuah kerana hubby aku juga seorang yang sporting....sanggup jaga anak kt rumah untuk memberi ruang kepada isterinya berjumpa teman lama... Terima kasih ye bang...nanti kalau Datin Club ada bersidang lagi...sayang bagitau abang key...hehehe
Actually Datin Club ni saje je idea kami wat group...yalah tak jadi datin betul pun xpe lah as long ada pangkal depan nya datin...hahaha. Ni gelaran2 yang aku dan group..:
Datin ( D ) - June
Datin Seri ( DS ) - Aku
Datin Paduka ( DP ) - Ieta
Datin Baginda ( DB ) - Zizah....
Pandai2 aje kami kan...tapi suka ati lah kan kerana kami tak menyusahkan mana2 pihak...
So..ada yang nak join ker...? Ada berani..? hahahaha
Oklah...bye n taking care...
* Pic kat atas tu adalah pic kenangan aku dan Sue...

::..Gelagat Anak Test Baju Raya..::

Baju Raya 2009

Mesti korang semua terkejut tengok post aku ni... Yalah.., blm pun pose tapi dah sibuk testing baju raya...hahaha. Tema raya tahun ni PUTIH MERAH... Yang putih untuk lelaki dan merah of course pompuan punya...
Sebenarnya..aku memang suke buat preparation awal bukan apa senang nak adjust budget..lg pun kalau kita wat last minute nanti ada yang tak kena ngan tema lak......hahaha
Tengoklah pic kat atas tu..anak2 aku kemain lagi suka pakai baju raya tu...siap ajak balik kampung pasal dah ada baju raya...hahaha
Ok lah...nak berundur dulu..actually untuk minggu ni aku bz sikit pasal opis aku nak pindah so banyak lah keje nya... jadi kalau aku tak update blog tidak bermakna aku lupa tapi aku bz...hehehe
So..good bye n taking care...

Sabtu, 1 Ogos 2009

DISCOVERY 04 : PONTIANAK PULAU GADONG

Dalam pertengahan tahun 2007, Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah telah digegarkan dengan berita kemunculan Pontianak di Pulau Gadong. Macam-macam andaian dan cerita telah disebarkan berkenaan dengan kemunculan pontianak itu. Ada yang mengatakan bahawa pontianak itu sedang merayau mencari anaknya..., ada juga yang mengatakan itu adalah roh sesat kerana mati kena bunuh..., dan ada juga mengatakan pontianak itu adalah roh yang terseksa kerana membunuh diri... Wallahuallam...
Sememangnya, syaitan dan jin itu wujud cuma jangan lah kita terpedaya dengan tipu helah mereka. Paparan video ini hanyalah untuk hiburan semata-mata....tapi seram jugak eh...:-)

*sila pause kn lagu background ( Suatu Masa : M.Nasir ) utk mendengar audio pontianak.
*maaf...posisi visual dalam keadaan horizontal....kesan daripada rakaman

DISCOVERY 03 : JOM PANCING...!

Agak2 ingat lagi tak post yang pasal famili aku bercuti kat Pulau Sayak dulu..? Ni aku just nak paparkan video yang Rahim dapat tangkap ikan siakap 4 kg kat sana. Actually, video ni aku baru dapat dari adik aku yang bujang tu pasal rakam ngan handphone dia...
So...tengoklah yer...kalau nak join kami mancing sama pun boleh...hehehe

DISCOVERY 02 : MISTERI KONTENA

Buyung telah diminta untuk menyelesaikan kontena yg tidak boleh diangkat di sebuah kilang yang beroperasi di Batu Berendam, Melaka. Kontraktor ( Encik Zam ) mendapat projek mengemas dan menyusun atur 10 biji kontena. Jentera ( kren ) yang digunakan untuk mengalihkan kontena boleh mengangkat bebanan sebanyak 30 tan. Pada mulanya, operasi mengalihkan kontena berjalan lancar tetapi kontena yang terakhir tidak boleh di alih walaupun pemandu kren berusaha berkali-kali utk mengangkat kontena tersebut. Pemilik kren mengambil tindakan dengan menukar kren yg boleh mengangkat bebanan sehingga 40 tan tetapi tetap tidak berjaya sedangkan kontena tersebut cuma berat dalam anggaran 10 tan shj.
Sepatutnya kerja-kerja ini boleh diselesaikan dalam tempoh 3 atau 4 jam shj tetapi kerana gangguan pada kontena tersebut ia telah mengambil masa sehingga 12 jam tetap tidak berhasil.
Pada keesokkan hari, En. Zam memanggil Kadir, Rahim, Roy dan Buyung untuk menolong menyelesaikan masalah itu. Alhamdulillah, dengan pertolongan daripada sahabat ber 4 itu...akhirnya kontena tersebut dapat di alihkan dalam setengah jam dengan menggunakn kren yg boleh mengangkat bebanan hanya 20 tan shj.
Saksikan lah klip video di bawah....