PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Sabtu, 1 Ogos 2009

DISCOVERY 02 : MISTERI KONTENA

Buyung telah diminta untuk menyelesaikan kontena yg tidak boleh diangkat di sebuah kilang yang beroperasi di Batu Berendam, Melaka. Kontraktor ( Encik Zam ) mendapat projek mengemas dan menyusun atur 10 biji kontena. Jentera ( kren ) yang digunakan untuk mengalihkan kontena boleh mengangkat bebanan sebanyak 30 tan. Pada mulanya, operasi mengalihkan kontena berjalan lancar tetapi kontena yang terakhir tidak boleh di alih walaupun pemandu kren berusaha berkali-kali utk mengangkat kontena tersebut. Pemilik kren mengambil tindakan dengan menukar kren yg boleh mengangkat bebanan sehingga 40 tan tetapi tetap tidak berjaya sedangkan kontena tersebut cuma berat dalam anggaran 10 tan shj.
Sepatutnya kerja-kerja ini boleh diselesaikan dalam tempoh 3 atau 4 jam shj tetapi kerana gangguan pada kontena tersebut ia telah mengambil masa sehingga 12 jam tetap tidak berhasil.
Pada keesokkan hari, En. Zam memanggil Kadir, Rahim, Roy dan Buyung untuk menolong menyelesaikan masalah itu. Alhamdulillah, dengan pertolongan daripada sahabat ber 4 itu...akhirnya kontena tersebut dapat di alihkan dalam setengah jam dengan menggunakn kren yg boleh mengangkat bebanan hanya 20 tan shj.
Saksikan lah klip video di bawah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan