PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 30 Ogos 2009

::MERDEKA - 31 OGOS 2009::

Assalamualaikum kawan2 blog ku....
rasa rindu bebenor dah ni sebab lama tak update blog. Bukan apa sekarang aku bz sgt dengan xtvt dan keje2 yg menimbun kt opis. So memandangkan hari ni dan esok aku cuti so ada lah perkara yang nak aku share ngan korang semua bersempena dengan Hari Merdeka nih. Yang aku nak kongsi ni bukannye hal besar sangat cuma perihal sebuah lagu. Aku rasa korang semua dah selalu dengar lagu yang aku upload ( di bawah ) ini, yang didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad....bagi aku lagu ini cukup sinonim dan bersemangat untuk aku meraikan hari merdeka ni dan rasa cam tak lengkap sambutan hari Merdeka kalau tak dengar lagu ni. Lagu ini sohor dari umur aku kecik lagi dan sekarang anak aku yang sulung si Haiqal lak yang dok nyanyi ni siap berduet dengan adiknya si Dafiena. Betapa bagusnya lagu ini ( evergreen ) umpama tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan....

Alhamdulillah
Negara Kita Malaysia telah merdeka selama 52 tahun... kat luar rumah aku sudah kedengaran kanak-kanak bermain bunga api...tak tahu lah samada nak meraikan hari Merdeka atau aktiviti mereka di bulan puasa...
Apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka untuk Anak Malaysia tak kira di mana anda berada...
Walau di mana anda berada hiasi lah peribadi dengan tingkah laku dan kata-kata yang murni. Paling penting jangan lupa asal usul dan keluarga....
Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpose utk kawan2 blog ku sekalian yg beragama Islam....semoga segala amalan kita dirahmati Allah. Nak berundur dulu coz nak bangun sahur lak...insya Allah jumpa nanti.
Bye..n taking care...
* sohor - terkenal

4 ulasan:

  1. Kita anak Malaysia...MERDEKA MERDEKA MERDEKA..

    BalasPadam
  2. Bila dihayati bait lirik lagu dia, memang mengharukan . bisa meruntun hati ini .. rasa sebak jekk...

    Salam kemerdekaan ..

    BalasPadam
  3. MERDEKAAAA!!! MERDEKAAAA!!!! MERR.. adeh.tekak kering la jerit kuat2 time pose nh.

    hehe..

    BalasPadam
  4. http://littlelittlelittlebird.blogspot.com/ yeni yazdıklaırm kumanda panelinde çıkmıyor. eğer izlemeye devam etmek istiyorsan izle butonuna bir defa daha tıklaman yeterli (:

    BalasPadam