PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 30 November 2011

CORAT-CORET : REKOD PALING JIJIK-2

Sejumlah 3,859 penduduk Kildare, Montana, Amerika Syarikat pada 1989 pula mencatatkan rekod dunia sebagai penduduk tempatan paling ramai dijangkiti kudis buta. Penyakit itu menyebabkan badan mereka ditumbuhi bintil-bintil merah. Habis satu badan kena kudis, termasuklah di celah 'anu'. Gatalnya tak sanggup nak diceritakan. Merenyam-renyam. Tapi makin digaru, makin sedap. Akhirnya, tergaru-garulah penduduk bandar itu macam *#$@X%V! Itulah menyebabkan timbul idea untuk mendapatkan sijil berkenaan. Sijil pengiktirafan tersebut diberikan selepas disahkan oleh sekumpulan doktor yang membuat pemeriksaan di bandar berkenaan. Menurut doktor, penyakit kudis buta itu dijangkiti daripada sejenis hama. "Hama itu'melompat' dari seorang penhidap ke seorang lain, jadi kami rasa elok kalau kami beramai-ramai bergabung dan mendapatkan pengiktirafan itu secara bersama," kata Datuk Bandar Kildare, sambil menggaru-garu badannya yang gatal merenyam-renyam itu.

CORAT-CORET : REKOD PALING JIJIK-1

ARMAND FORCALQUIER- Dialah manusia penyedut dan pemakan paling banyak siput hidup di dunia. Rekod ini dilakukan oleh Armand pada 12 februari 1992 dengan menyedut sejumlah 1,238 ekor siput hidup dalam tempoh 4 jam! Apabila ditanya pemberita tentang bagaimana dia melakukannya, jawab Armand,"Senang aja. Siput-siput itu boleh menyorok dalam cengkerang, tapi ia tidak boleh melarikan diri. Saya masukkan siput itu dalam mulut...zruuutttt...sedut masuk ke dalam mulut!"

KISAH BENAR : ABU NAWAS

Pada suatu masa, Abu Nawas telah pergi bersiar-siar. Setelah kepenatan, Abu Nawas pun berehat dibawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepohon labu yang menjalar serta mempunyai buah yang sungguh besar.

Melihat saiz kedua-dua buah labu dan badam itu, terdetik di hati Abu Nawas :"Maha Suci Allah, Engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi, dan Engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar!"

Sedang Abu Nawas memikirkan tentang mengapalah Allah menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa, tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya."Aduh!" Abu Nawas menjerit kerana terkejut. Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi adalah buah badam, anggota badan Abu Nawas terus menggeletar. Abu Nawas menjadi takut/

Lalu Abu Nawas terus berdoa dan bermunajat kepada Allah :"Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku tidak mahu masuk campur lagi dalam urusan ciptaan Engkau. Sesungguhnya segala kejadian yang Engkau jadikan semuanya itu ada hikmah yang aku tidak mengetahui.

"Ya Allah wahai Tuhanku, bermula hari ini aku tidak mempertikaikan akan segala kejadian yang telah Engkau ciptakan. Kalaulah Engkau jadikan buah labu itu di atas pokok yang besar ini dan jikalau buah badam yang jatuh itu adalah labu, maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut!"

INFO : FAKTA

1. Suatu masa dahulu masyarakat di Republik Nicaragua, Amerika percaya jika mereka mencampakkan perempuan cantik ke dalam gunung berapi, ia boleh mengelakkannya dari meletus.

2. Raja Perancis, Louis XIV lebih dikenali dengan panggilan Raja Matahari.

3. Mongoos telah dibawa ke Pulauan Hawaii untuk membunuh tikus. Malangnya rancangan itu gagal kerana tikus aktif pada waktu malam manakala Mongoos memburu pada waktu siang. Mongoos adalah spesies karnivor kecil seperti kucing.

SANTAI : MISAI

Badamsinh Juwansihn Gunjar,60, yang menetap di sebuah kampung di barat bandar Ahmedabad, India mempunyai misai terpanjang di dunia, berukuran 2.2 meter.

Selasa, 29 November 2011

INFO : FAKTA

1. Ramai orang menggunakan berus gigi berwarna biru berbanding merah. Nyamuk pula lebih tertarik dengan warna biru dua kali berbanding warna-warna lain.

2. Lebih daripada dua puluh lima peratus hutan di bumi ini terdapat di Siberia.

3. Kebanyakan zarah habuk di dalam rumah kita terhasil daripada sel kulit mati.

INFO : FAKTA

1. Loen Trotsky adalah seorang ketua fahaman komunis ketika berlakunya Revolusi Rusia pada tahun 1986. Dia juga mempunyai pengaruh komunis yang sangat besar. Malangnya Leon Trotsky telah dibunuh di Mexico dengan menggunakan pencungkil ais.

2. Kurang daripada tujuh peratus penduduk dunia pada hari ini menderma darah.

3. Di negara China, Li merupakan nama keluarga bagi 87 juta orang penduduknya.

SANTAI : KEK STRAWBERRY

Kek strawberi berukuran tiga meter tinggi dan 2.5 meter lebar yang dihasilkan sempena Festival Strawberi di utara Manila menggunakan 77,000 buah strawberi dan 170 sukarelawan.

AMALAN : LARI DARI RUMAH

Amalan ni bagus untuk memanggil semula orang yang lari dari rumah. Jika dibuat dengan ikhlas dan yakin Allah akan memberi pertolongan InsyaAllah akan berjaya. Caranya sediakan sehelai baju orang yang lari itu, seeloknya yang belum dibasuh dan baca ayat Ad-Duha ( Waktu matahari sepenggalahan naik ) sebanyak 70x sehari selama seminggu dibaju tersebut.

AD-DUHA
(WAKTU MATAHARI SEPENGGALAHAN NAIK )
SURAH KE-93 : 11 AYAT

1. WAD-DUHA
( Demi waktu matahari sepenggalahan naik )

2. WAL-LAILI IZA SAJA
( Dan demi malam apabila sunyi )

3. MA WADDA' AKA RABBUKA WA MA QALA
( Tuhanmu tiada meninggalkan dan tiada (pula) benci kepadamu

4. WA LAL - AKHIRATU KHAIRUL LAKA MINAL-ULA
(Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan )

5. WA LASAUFA YU'TIKA RABBUKA FA TARDA
( Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu,lalu(hati) kamu menjadi puas

6. ALAM YAJIDKA YATIMAN FA AWA
( Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu )

7. WA WAJADAKA DALLAN FA HADA
( Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberi petunjuk )

8. WA WAJADAKA 'AILAN FA AGNA
( Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan

9. FA AMMAL-YATIMA FA LA TAQHAR
( Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya)

10. WA AMMAS-SA ILA FA LA TANHAR
( Dan terhadap orang yang meminta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya)

11. WA AMMA BI NI 'MATI RABBIKA FA HADDIS
( Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya( dengan bersyukur ).

INFO : FAKTA

1. Tiada siapa tahu di mana mayat penulis dan ahli falsafah terkenal Perancis, Voltaire ( 1694-1778 ) berada. Ia telah dicuri pada abad ke-19 dan tidak ditemui hingga kehari ini. Kecurian ini hanya disedari pada tahun 1864 apabila kuburnya dibuka dan didapati telah pun kosong.

2. Kebarangkalian terbunuh akibat serangan anjing adalah 1:700,000. Kemungkinan terbunuh dalam ribut taufan adalah 1:2,000,000 manakala terbunuh dalam kemalangan jalan raya, 1:5,000.

3. Odontophobia adalah takut kepada gigi.

SANTAI : KANGGARU

Kanggaru tidak boleh melompat sebaliknya haiwan itu menggunakan ekornya sebagai topang untuk menyentuh bumi sebelum melompat.

INFO : MAKANAN MINDA

1. Rama-Rama tidak mempunyai perut.

2. Penutur bahasa ibunda Jepun menganggap belajar bahasa Sepanyol lebih mudah berbanding bahasa Inggeris. Manakala penutur bahasa ibunda Inggeris pula mengatakan mempelajari bahasa Sepanyol lebih mudah berbanding bahasa Jepun.

3. Nikotina telah diperkenalkan oleh Jean Nicot ( duta Perancis di Portugal ) pada tahun 1560. Nikotina ini kebiasannya terdapat dalam tembakau. Ia digunakan sebagai ubat dan adakalanya dijadikan racun serangga.