PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 8 Julai 2009

MISTERI ( Chapter 03 ) : Amukkan Pontianak

Firman Allah ; "Sebagai bimbingan yg lurus utk memperingati siksaan yg sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada org2 yang beriman, yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yg baik.." Surah Al-Khafi, Ayat 02.

Buyung dan keluarga dalam perjalanan pergi ke selatan tanah air untuk menziarahi keluarga angkatnya di sana. Sudah lama mereka tidak menziarahi Pak Abu dan Makcik Kamsiah sekeluarga. Buyung dan Pak Abu sudah lama kenal. "Ada sesuatu yang tidak baik berlaku di sana" tiba2 Buyung berkata kepada isterinya. "Hal apa bang?" tanya isterinya. "Tak tahu lah tapi telinga kiri abang berdesing menandakan tempat yang kita nak pergi ni akan berlaku musibah" kata Buyung. Hampir 2 jam memandu tibalah Buyung dan keluarga di tempat yang dituju. Buyung dan keluarga sukakan kampung keluarga angkatnya kerana suasana kampung itu tenang dan aman kerana jauh dari kesibukkan dan kebisingan bunyi kenderaan. Tambah-tambah lagi kampung itu terletak berdekatan dgn pesisiran pantai, kena dengan hobi Buyung yang suka memancing.

Buyung dan keluarga di sambut dengan mesra oleh Pak Abu sekeluarga. Macam-macam cerita yang dibualkan oleh mereka kerana sudah lama tidak berjumpa disebabkan kesibukan bekerja. "Malam ini kalau Abah ada masa pergi memancing kat pantai.."kata Buyung pada Pak Abu. Buyung memang membiasakan memanggil Abah kepada Pak Abu. Tiba2 semua terdiam dan apabila Buyung berkata begitu. Buyung hairan dan merasa pelik melihat perubahan air muka Pak Abu. "Kenapa Bah..?"tanya Buyung.. "Begini ceritanya Yong..." Pak Abu pun memulakan ceritanya tentang apa yang berlaku di kampung itu.

Rupa-rupanya kampung itu sudah tidak aman lagi disebabkan kemunculan pontianak.Pontianak ini akan keluar dan mengganggu penduduk kampung itu. Ini kerana penduduk kampung telah menebang pokok jejawi yang kononnya tempat ia bersarang. Sejak dari itu, tiap-tiap malam pontianak akan keluar mengacau orang kampung. Aktiviti2 pada sebelah waktu malam yang selalu dilakukan oleh penduduk kampung itu seperti memancing, membetulkan jaring dan lepak-lepak berbual di warung sudah tidak diamalkan lagi.. Sekarang, sebaik sahaja azan Maghrib semuanya duduk di rumah sahaja kerana takutkan pontianak yang mengamuk itu. Kampung ini umpama mati pada waktu malam. "Begitulah ceritanya.."kata Pak Abu. Buyung memandang ke arah isterinya yang dalam ketakutan apabila mendengar cerita itu.

Malam itu Buyung merasakan begitu sunyi kampung tersebut, tidak seperti dulu. Sunyi sepi dan sesekali kedengaran bunyi unggas dan juga lolongan anjing hutan. Hiburan untuk orang kampung hanyalah tv sahaja. "Kenapa duduk kat luar Yong..?"sergah Pak Abu kpd anak angkat kesayangannya itu apabila melihat Buyung duduk di serambi rumah sambil menghisap rokok. "Masuk ke dalam, tak elok duduk kat luar malam-malam macam ni.."tambah Pak Abu. "Ambil angin Bah...malam-malam udara segar."kata Buyung. "Dah cepat habiskan rokok tu dan masuk ke dalam" tegas Pak Abu. Buyung senyum dan mengangguk2 kepalanya. Sayup-sayup kedengaran suara orang merintih di sebalik hutan di sebelah rumah Pak Abu. "Jangan cari pasal dengan aku.."bisik hati Buyung. Lama kelamaan suara merintih itu semakin jauh dan terus hilang dari pendengaran Buyung.

Keesokkannya Buyung berjalan-jalan di sekeliling rumah Pak Abu dan meninjau pokok-pokok yang ditanam oleh Pak Abu. Bermacam-macam pokok buahan yang ditanam seperti rambutan, langsat, manggis, pisang, duku, dan durian pun ada. Tiba-tiba mata Buyung terpandang pokok pisang yang mempunyai buah yang berwarna merah. "Eh, ini pokok pisang Raja Udang. Buahnya boleh digunakan untuk memanggil pontianak. Aku akan cuba malam ini.."bisik hati kecil Buyung. Apabila dia terpandang akan pisang itu, hatinya terus teringat ajaran gurunya tentang kelebihan buah pisang ini dan kebetulan ada gangguan pontianak di kampung itu. Dia tidak akan melepaskan peluang itu. Tidak jauh dari pokok itu ada bangsal untuk Pak Abu merehatkan badannya selepas penat bercucuktanam. Buyung mengukur jarak antara pokok pisang Raja Udang dengan bangsal itu. Jaraknya lebih kurang 60 meter. Buyung membuat persiapan dengan membeli beberapa batang paku yang berukuran 6 inci dan benang 7 warna asas iaitu hijau, biru, kuning, merah, putih, hitam dan coklat. Lalu dia ke pantai untuk mengambil pasir bagi melengkapkan persiapannya itu.

Setelah memastikan semua penghuni rumah sudah tidur, Buyung dengan perlahan-lahan keluar dari rumah itu melalui pintu dapur dengan membawa peralatan yang telah disediakan tadi. Buyung menuju ke arah bangsal dan meletakkan kelengkapan barang di situ. Benang 7 warna dipintal sehingga menjadi satu tali yang panjang dan diikat dari jantung pisang Raja Udang dan ditarik hingga ke bangsal lalu diikatnya. ( Amaran Buyung : Jangan ditiru perbuatan ini kerana ia boleh mendatangkan kecelakaan yang cukup dahsyat ) Kemudian Buyung meletakkan pasir pantai ke dalam sebuah mangkuk besar dan paku disembunyikan di bawah kain pelikat yang di bawa bersama. Buyung duduk bersila dan barang-barang tadi diletakkan di hadapannya. Dengan bantuan biasan cahaya lampu dari rumah, Buyung boleh melihat dengan jelas persekitaran kawasan tersebut. Hampir satu jam berada di sana Buyung menunggu dengan penuh sabar, tiba-tiba Buyung terdengar seperti bunyi ayam berkepak dengan kuat serentak dengan itu pokok durian yang bersebelahan pokok pisang Raja Udang bergegar dengan kuat seperti digoncang oleh suatu lembaga yang cukup besar. Buyung mendongak memandang ke atas pokok durian dan dia dapat melihat dengan jelas ada satu lembaga putih dengan rambut kusut dan mengerbang panjang memandang tepat ke arahnya. "Mari turun ke bawah.."Buyung memulakan bicara dengan pontianak tersebut. Pontianak tersebut terbang ke atas benang dan meniti menuju ke arah Buyung. Secara perlahan-lahan pontianak bertukar menjadi wanita yang sungguh cantik dan manis sambil tersenyum kepada Buyung dengan pandangan yang menggoda.

"Syaitan tetap syaitan"bisik Buyung dalam hati. Wanita tersebut dihadapan Buyung sambil menguntum senyuman yang sungguh menawan. "Apa hajat kau memanggil aku..?"tanya wanita itu dengan manja. "Aku teringin sangat nak berbual dengan engkau "balas Buyung. Wanita tersebut mengeliling bangsal dengan gaya yang menggoda sambil berbual-bual dengan Buyung. Buyung tahu tujuan wanita tersebut mengelilinginya untuk mencari dari arah mana dia boleh menerkam Buyung. Dari awal lagi Buyung sudah memagari dirinya dengan ilmu kebatinan agar pontianak tidak dapat menzalimi dirinya. Wanita itu terus mengelilingi Buyung dengan agak lama sambil mengoda dengan pelbagai cara. Buyung hanya memerhati sahaja wanita itu kerana dia tahu itu hanya helah syaitan untuk mengalahkannya. "Aku mahu kau jangan ganggu lagi orang-orang kampung ini.."pinta Buyung dengan tegas. "Mereka mengacau dan memusnahkan tempat aku.."dengan lantang pontianak itu bersuara. "Aku tawarkan kau rumah kosong di tepi pantai yang jauh dari manusia.."tawar Buyung kpd wanita itu. "Aku nak balas dendam pada orang kampung ini kerana merosakkan tempat aku.."wanita itu menolak tawaran buyung sambil melemparkan senyuman mengejak kepada Buyung. "Syaitan memang tidak boleh dibawa berunding.."bisik Buyung dalam hati.

Lantas Buyung mengenggam pasir pantai di depannya lalu dibacakan ayat 'Lailla haq illa anta subha naka inni kuntum minalzolimin.................Ya dzal jala li wal iqram' lalu Buyung melontar pasir kepada wanita tersebut dan wanita meraung menahan kesakitan yang amat sangat. Rupanya bertukar menjadi hodoh dan mengerunkan dengan mata merah saga dan rambut mengerbang kusut masai. Muka menggerutu dan gigi tajam dan bertaring. Sambil tersenyum Buyung berkata "Baru kau tunjukkan rupa kau yang sebenarnya.." Perbuatan Buyung tadi membuatkan pontianak itu betul-betul marah dan menyerang Buyung. Setiap kali pontianak itu hendak menerkam Buyung, pontianak itu akan terundur ke belakangseperti ada sesuatu yang menolaknya. lalu Buyung mengeluarkan paku dan membaca ayat 'Wana ja'al waminal jahanam nak ilas syaitan' dengnan kuat. Pontianak itu merasa takut lalu berundur ke belakang sambil merintih umpama meminta belas kasihan. "Ini peringatan aku yang terakhir kepada engkau. Engkau pergi ke rumah kosong itu atau aku hancurkan kau..!"kata Buyung dengan garang. Lalu pontianak itu mengepakkan tangannya dan terbang ke arah rumah kosong yang dinyatakan oleh Buyung tadi. Selepas itu Buyung duduk berwirid dan memuji kebesaran Ilahi atas pertolonganNYA tadi.

Keesokkannya, selepas makan tengahari Buyung sekeluarga bertolak pulang ke rumahnya. Seminggu kemudian, Pak Abu menelefon dan mengkhabarkan kepada Buyung bahawa kampungnya sudah aman dari gangguan pontianak. Dia merasa pelik kemana pontianak itu menghilang selepas kedatangan Buyung ke kampung itu. Adakah kehilangan pontianak itu ada kaitan dengan kedatangan Buyung..? Buyung menafikan anggapan Pak Abu itu. Perkara tersebut menjadi rahsia Buyung sehinggalah ia ditulis di blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan