PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 16 Mei 2011

INFO : Wanita Yang Haram Di Nikahi

Dan janganlah kamu menikahi kepada wanita-wanita yang telah di kahwini oleh bapa-bapa kamu , melainkan apa yang telah lalu . Kerana hal itu adalah keji dan di benci dan jelek perjalanan .
Diharamkan atas kamu ibu kamu , dan anak kamu , dan saudara kamu , dan saudara bapa kamu , dan saudara laki-laki kamu , dan saudara perempuan kamu , dan ibu (susu) yang pernah menyusui kamu , dan saudara kamu yang sesusuan , dan ibu iateri kamu , dan anak tiri kamu yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri kamu yang kamu campuri , tetapi apabila belum kamu campuri , maka tiada ada halangan bagi kamu , dan isteri anak kamu yang dari keturunan kamu , dan di haramkan kamu mengumpulkan di antara dua saudara perempuan ( ya'ni : mengahwini kedua-duanya ) melainkan yang telah lalu , sesungguhnya ALLAH itu adalah Pengampun dan Penyanyang. (An-Nisa ; 22-23 )
Dengan firman ini kita dapat mengetahui , bahawa perempuan yang tak boleh di kahwini oleh orang islam itu ada 14 macam , iaitu seperti :
1. Bekas isteri bapanya ( Ibu tiri ) .
2. Ibunya yang melahirkan dia .
3. Anaknya sendiri .
4. Saudaranya sendiri ( Adik beradik )
5. Saudara bapanya ( Bapa\ Ibu Saudara )
6. Saudara Ibunya (Bapa\ Ibu Saudara )
7. Anak dari saudara laki-laki ( Anak buah )
8. Anak dari saudara perempuan ( Anak buah )
9.Perempuan yang pernah menyusui dia
10. Saudara sesusu ( Semua adik beradik sesusu )
11. Ibu isterinya ( Ibu Mertua )
12. Anak tirinya yang ibunya sudah di campuri olehnya
13.Isteri anaknya sendiri ( Menantu )
14. Saudara isterinya jika dia ( isterinya ) masih hidup ( kakak\ adik ipar )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan