PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 23 Mei 2011

INFO : Undangan Majlis Perkahwinan

Sabda Nabi saw : Sejahat-jahat makanan , ialah makanan walimah ( majlis perkahwinan ) yang tidak di undang orang yang akan datang kepadanya dan diundang orang yang tak suka datang kepadanya tetapi barang siapa tidak datang kepada undangan , maka durhaka ia kepada Allah dan Rasul . ( H.S.R Muslim )
Maksudnya : Bahawa sejahat-jahat undangan hanya menjemput orang-orang kaya sahaja pada hal mereka tak memerlukan makanan tersebut . Mereka tidak menjemput orang-orang miskin , pada hal mereka memerlukan makanan itu .

Sabda Nabi saw : Apabila seorang daripada kamu di undang kepada satu walimah ( majlis perkahwinan ) , maka hendaklah dia datang kepadanya . ( H.S.R.Muslim )

Sabda Rasulullah saw : Apabila seorang daripada kamu diundang kepada satu perjamuan , maka hendaklah dia datang . Jika suka , boleh dia makan dan jika tidak , tidak mengapa kalau tak makan . ( H.S.R. Muslim )

Sabda Nabi saw : Apabila diundang seorang dari kamu , maka hendaklah dia datang . Jika dia dalam puasa , hendaklah dia doakan dan jika tidak berpuasa , maka bolehlah dia makan ( H.S.R. Muslim )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan