PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Jumaat, 14 Oktober 2011

JENAKA : PAKISTAN VS INDIA

Ada tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan lari dari negara mereka dan berjaya menyusup masuk ke England. Suatu hari, mereka teringin untuk menyaksikan pertandingan Kriket Dunia yang berlangsung di London. Lalu mereka pergi ke stesen kereta api. Di stesen kereta api, lelaki Pakistan membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India membeli satu tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik kereta api sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya lelaki Pakistan. "Tengok dan belajar," jawab lelaki India.

Mereka pun menaiki kereta api. Lelaki Pakistan duduk dikerusi yang telah ditetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak-sesak masuk kedalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas kereta api bertolak, konduktor kereta api pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket !" pintu tandas dibuka sikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Konduktor mengambil tiket tersebut dan terus berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat taktik tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India memang bijak.

Selepas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut. Dengan cara itu, dapatlah mereka menjimatkan wang. Bila tiba di stesen kereta api, lelaki-lelaki Pakistan hanya membeli sekeping tiket sahaja, tetapi memeranjatkan mereka, lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan kalau kamu tak membeli tiket?" tanya lelaki Pakistan.

"Tengok dan belajar", jawab lelaki India.

Bila kereta api bergerak, ketiga-tiga lelaki Pakistan segera masuk kedalam sebuah tandas. Lelaki-lelaki India pula masuk kedalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Kereta api memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang daripada lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas tempat lelaki-lelaki Pakistan bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket!"

Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat kawan-kawannya sedang menunggu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan