PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Isnin, 18 Januari 2010

:: XTVT MERANGSANG MINDA ANAK ::

Pada hujung minggu lepas, xtvt kami mmg full bermula dari pagi hingga ke malam. Pagi tu, aku n hubby dah merancang nak ke RHB Bank cawangan Tesco bagi menambah loan ASB aku n hubby utk masa depan kami. Alhamdulillah, adik bradik hubby aku ( Kbiah, Along, Knor n Abg Aim ) pun join kami wat loan ini. Bukan senang nk buka minda bumiputera untuk mengambil kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Kami breakfast kat Tesco dan selepas selesai segala hal perbankan itu, masing2 mmbawa haluan sendiri.
Aku n hubby mmg suka berjalan2 so sementara masih kat luar ni, hubby aku straight je drive ke Taman Rekreasi Ayer Keroh. Kt situ mmg banyak tempat pemainan untuk kanak2 ribena seperti Dieqna n Haiqal. Si haiqal ni beria2 nak naik basikal air kt Tasik Ayer Keroh. Aku mmg takut sbb aku ni tak reti berenang tapi segan lak ngan anak kalu kita ni penakut sangat. So, aku pun kuatkan semangat dan aku kayuh sambil kontrol kemudi basikal air. Lama kelamaan makin best pulak. Yang kelakarnya, aku siap boleh berlumba ngan hubby aku...hahaha. Dah penat berkayuh, kami pun balik tapi hubby mengajak kami ke Pantai Puteri sbb dia ada hal nak jumpa member so kami pun ikut aje lah...hehehe
Sampai sana, member hubby dah menunggu dan lepak tak lama sbb anak2 pun dah kepenatan termasuk lah aku...hahaha. Walaupun penat tp sempat gak hubby aku snap pic semasa xtvt kami. Otw balik, anak2 dah ketiduran dalam kereta hinggalah sampai kat rumah.
Pada malam nya pula, setiap hari Ahad hubby aku ada mengadakan kelas agama kt rumah kami dan kami mmg ada menjemput ustaz utk datang mengajar agama ( Al-Quran dan Hadis ). Sebenarnya kelas agama ini telah mndapat sambutan dari jiran2 aku dan ianya hampir 4 tahun dah famili kami yang menganjurkan mgkin sbb keadaan rumah aku yang mmpunyai penghuni rumah tak ramai sangat kot...hehehe
Sebenarnya, untuk meluangkan masa bersama keluarga tidak perlu ada perancangan yang protokol. Cuma luangkan masa dan minat untuk melihat dan berkongsi apa jua hal kekeluargaan. Bagi aku, cara macam ni lagi bagus dan jimat untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara keluarga...spontan...hehehe
Ok lah..taking care...

1 ulasan: