PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Ahad, 6 September 2009

::MURTABAK JEMBAL::

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Harap2 semua kenkawan sihat2 dan ceria selalu dalam menjalani ibadah puasa kali ini... Aku sebenarnya banyak idea nak kongsi bersama tetapi masa tu semput2 ajer...hehehe
Tapi memandangkan dah lama sangat tak ber'blog' ni aku curik masa sikit lepas rindu dendam...
Nak dijadikan cerita, hari ni hubby aku planning nak masak Murtabak Jembal ( Jembal tu dia yang bg nama ... ) kerana dia tahu anak bini dia memang suka makan murtabak terutama kalau musim pose ni. Semalam aku pergilah shoping moping ngan hubby kt Bintang Supermarket di Cheng. Sambil2 tu aku sempat lagi beli sehelai dua baju untuk anak2 aku. Tidak dilupakan jua untuk ayahanda dan bonda di kampung. Ok, tutup kes pasal shoping semalam, hari ni tepat pukul 2 ptg aku dan hubby bertungkus lumus kat dapur menyediakan bahan2 utk wat murtabak. Adunan roti hubby aku dah canai pagi lagi. Utk pengetahuan u alls, hubby aku dulu ada buka kedai makan sebab tu dia mahir dalam bidang roti canai dan murtabak ni, cuma sekarang dia dah tak meniaga kedai makan tapi berniaga lain lah pulak. Sebab tu lah, kalau ada apa2 yang aku terlintas nak makan dia akan masakkan...so untung aku jadi bini dia ....huahuahuahua
Berbalik kisah murtabak ni...hubby aku adun 2 kilo gandum jer...dalam 30 biji dapat doh. Macam inti murtabak tu ada daging, bawang dan cili. Kuah pula hubby aku masak kurma...tak percaya ? Aku pun tak percaya kerana ini lah kali pertama aku makan murtabak dengan kuah kurma...hahaha. Sebenarnya, abg dia ( abg rahim ) nak sangat makan lauk kurma dan minta hubby aku yang masakkan so hubby kata kita jadikan kuah kurma sebagai kuah roti. Bagi aku ok aje lah, tiada bantahan coz dia nak masak pun dah satu rahmat buat aku...hehehe ( dapat den rehat ).
Dalam pukul 6.30 ptg baru lah siap masak memasak, aku cepat2 agih2kan mana yang nak bagi pada jiran2 tetangga dan mana yang nak bawa gi berbuka ke rumah kak biah. Daripada 30 biji itu, terhasillah 15 keping murtabak dan 15 keping roti canai biasa. Penat memang penat tapi hati ini puas bila dapat makan dan tengok jiran2 pun suka.
Oklah....sebenarnya post ini aku taip dlm bulan pose hr tu tp tak terlayan so hari ni mcm ada semangat lak nak layan blog...so nantikan lagi post2 aku yg pasal raya tahun ni...
Bye and taking care.....