PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Rabu, 29 Jun 2011

JENAKA : SENYUM KAMBING

Pada suatu hari seorang penggembala kambing dipanggil ke mahkamah sebagai saksi satu kes curi . Hakim pun memanggil penggembala tersebut berdiri di kandang saksi dan mula bertanyakan soalan-soalan tertentu kepadanya .

Hakim : Encik penggembala kambing , siapa yang bagi makan kambing-kambing kamu tu ?

Penggembala : Eerrrr...yang hitam ke yang putih , tuan hakim ?

Hakim : Yang putih .

Penggembala : Saya yang bagi makan tuan hakim .

Hakim : Yang hitam ?

Penggembala : Saya juga .

Hakim : Siapa yang perah susu kambing kamu ?

Penggembala : Eerrrr...yang putih ke yang hitam , tuan hakim ?

Hakim : Yang putih .

Penggembala : Saya yang perah tuan hakim .

Hakim : Yang hitam ?

Penggembala : Saya juga yang perah .

Hakim : ( Mula naik angin ) Siapa yang sembelih kambing kamu ?

Penggembala : Yang putih ke yang hitam ?

Hakim : ( Mula meninggi suara ) Saya peduli apa yang putih ke yang hitam , sebab dua-dua jawapan yang sama juga .

Penggembala : ( Juga meninggi suara ) Memang saya kena tanya yang putih ke hitam tuan hakim , sebab yang putih tu kambing saya , itu pun tuan hakim tak tahu ke !

Hakim : Habis yang hitam siapa punya ?

Penggembala : Yang hitam tu pun saya punya juga tuan hakim....hehehe , sorry .

Ahad, 26 Jun 2011

RESEPI : ASAM PEDAS EKOR LEMBU KAK RUBY

BAHAN-BAHAN :

400 gm ekor lembu- direbus hingga empuk
1 labu bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
100 gm belacan- dikisar
50 gm daun kesum
300 gm cili kering- dikisar
200 ml air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar , tumis hingga naik baunya

2. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus , tumiskan beberapa minit lagi hingga garing

3. Setelah itu masukkan daun kesum dan air asam jawa

4. Masukkan ekor lembu , biar mendidih kemudian masukkan garam , gula dan serebuk perasa . Biarkan mendidih dan daging empuk sebelum ditutup api dan hidangkan .

Sabtu, 18 Jun 2011

RESEPI : SAYUR LODEH KAK NOR

BAHAN-BAHAN KISAR :

1.150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
30 gm kunyit hidup
20 gm belacan
5 biji buah keras
10 biji cili merah
120 gm udang kering

BAHAN SAYURAN :

1 biji lelapa - diambil santan
400 gm lobak merah - dipoting jalur
300 gm sengkuang - dipotong jalur
200 gm kobis bulat - dipotong keping
2 biji terung bulat - dipotong jalur
200 gm kacang panjang - dipotong
5 biji tauhu keras - dipotong dadu
1 keping tempe - dipotong dadu
1 keping kulit pucuk - direndam
10 gm suhun - direndam
Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik wangi

2. Selepas itu masukkan santan dan kacau hingga mendidih

3. Kemudian masukkan bahan sayuran dan kacau hingga lembut . Masukkan garam secukup rasa

4. Akhir sekali , angkat dan hidangkan bersama nasi himpit .

INFO : ASAL KEJADIAN TUBUH MANUSIA

Menurut keterangan ulamak , asal kejadian tubuh manusia diambil tanah dari :

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah Babylon

10. Tanah India

11. Tanah Syurga

12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis , kerana disitulah berada otak manusia , dan disitulah tempat akal .

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina , kerana dia alat pendengar dan menerima nasihat .

3. Dahinya dari tanah Iraq , kerana disitu tempat sujud kepada Allah .

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan .

5. Mata dari tanah Al-Kautsar tempat untuk menarik perhatian .

6. Gigi dari tanah Al-Kautsar , tempat memanis-manis .

7. Tangan kanan dari tanah Kaabah , untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia .

8. Tangan kiri dari tanah Paris , tempat beristinjak .

9. Perutnya dari tanah Khurasan , tempat lapar dan haus .

10. Kemaluannya dri tanah Babylon . Disitu tempat seks ( berahi ) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa .

11. Tulang dari tanah Thursina , alat peneguh tubuh manusia .

12. Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan .

13. Hatinya dari tanah syurga Firdaus , kerana disitu tempat iman , keyakinan , ilmu , kemahuan dan sebagainya .

14. Lidahnya dari tanah Tha'if tempat mengucap Syahadat , bersyukur dan mendoakan kepada Allah .

INFO : SEDEKAH ADALAH PENYEMBUH

Sedekah adalah satu cara untuk kita sembuh dari penyakit yang dihadapi seperti hadis berikut

Dari Ali bin Hasan , dia berkata : 'Aku dengar seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Al-Mubarak :
"Wahai Abu Abdul Rahman ! luka bernanah dari lututku sejak tujuh tahun lalu dan aku telah mengubatinya dengan bermacam ubat . Aku telah bertanya kepada tabib-tabib , tetapi tidak ada manjur ( mujarab ) ." Ia menjawab : Pergilah dan perhatikanlah tempat yang diperlukan manusia untuk mengambil air , lalu buatlah lubang sumur di sana . Aku berharapakan keluar mata air di sana dan menahan keluarnya darah dari lututmu ." Kemudian lelaki itu melakukan dan sembuh . ( H.R . Al-Baihaqi ) .

Khamis, 16 Jun 2011

PETUA BUYONG : PARA ISTERI

Amalan ini untuk memjaga keharmonian rumahtangga . Agar isteri sentiasa dipandang umpama anak dara oleh suami .Seeloknya ayat ni dibuat amalan harian .

Caranya :

1. Mengucap 1x
2. Bismillahhirahmannirrahim 1x
3. Niat-( terpulang sendiri )
4. Baca surah Al-Waqiah ( Hari Kiamat ) ayat 35-38 7x

Dibaca pada secawan air selepas isyak , kemudian minum air tersebut .

AL-WAQIAH 35-38

35. INNA ANSYA'NAHUNNA INSYA'A
( Sesungguhnya Kami menciptakan mereka ( bidadari-bidadari ) dengan langsung .

36. FA'ALNAHUNNA ABKARA
( Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan )

37. 'URUBAN ATRABA
( Penuh cinta lagi sebaya umurnya )

38. LI ASHABIL-YAMIN
( Kami ciptakan mereka untuk golongan kanan )

Rabu, 15 Jun 2011

RESEPI : RENDANG DAGING PUAN SHIE

BAHAN-BAHAN :

1 kg daging
3 cm lengkuas-dihiris
2 keping asam gelugur
2 biji kelapa-diambil santannya
4 sudu besar kerisik
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS

10 tangkai cili kering
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam

BAHAN A DIKISAR

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
3 cm kunyit hidup
1 cm belacan

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar halus hingga naik bau

2. Masukkan daging , bahan A , lengkuas , asam gelugur , santan dan kerisik. Masakkan hingga kuah pekat dan daging empuk .

3. Masukkan garam secukup rasa , daun limau dan daun kunyit . Kecilkan api dan masak lagi hingga kuah hampir kering .

4. Angkat dan sedia untuk dihidang .

INFO : ILMU ALLAH

Rasulullah saw bersabda : "Jadilah engkau orang alim yang mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar pelajaran . Janganlah engkau menjadi orang yang keempat , akan rosaklah engkau ?"

Orang bertanya kepada rasulullah saw : "Amal apakah yang paling utama ?"

Sabda Rasulullah "Berilmulah tentang Allah "

Sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara , dan lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga :

1. Wajah yang manis dan berseri-seri

2. Tutur kata yang bersopan-santun

3. Hati yang bertaqwa kepada Allah

4. Tangan yang dermawan

Empat perkara bagi penghuni neraka :

1. Muka yang muram

2. Tutur kata yang keji

3. Hati keras yang ingkar

4. Tangan yang kedekut ( bakhil )

Sabda Rasulullah saw : "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara :

1. Dengan ilmu para ulamak

2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah

3. Dengan orang kaya yang dermawan

4. Dengan doanya orang fakir ".

Selasa, 14 Jun 2011

RESEPI : MASAK LEMAK TELUR ITIK KAK LONG NILAI

Bahan-Bahan :

3 biji telur itik
300 gm pucuk ubi
5 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 tangkai cili hijau - dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
300 ml santan

Cara :

1. Pecahkan telur itik satu persatu kedalam air rebusan dan ketepikan

2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar , tumis sehingga naik baunya

3. Masukkan serbuk kunyit dan santan , apabila hampir mendidih masukkan telur itik , pucuk ubi , garam dan serebuk perasa .


JENAKA 9 : DOKTOR GIGI

Komeng yang menghantar anaknya , ke klinik gigi terkejut bila doktor mengenakan bil RM 125 . Huh , mahalnya !

Komeng : Kan tadi doktor cakap cabut sebatang gigi RM 25 aja .

Doktor : Betul .

Komeng : Anak saya cuma cabut gigi kapaknya sebatang aja , tapi kenapa kena bayar RM 125 ?

Doktor : Encik nampak tak kerusi tu ? ( sambil tuding jari ke arah sebaris kerusi ) .

Komeng : Nampak , kenapa ?

Doktor : Kerusi tu kosongkan ?

Komeng : Ya , kosong .

Doktor : Tadi ada empat orang budak kat situ datang nak cabut gigi , tapi sebab anak encik meraung kuat sangat , budak-budak tu semuanya cabut lari balik .

PETUA BUYONG 28 : PERKASA

Bahan-Bahan :
1. Madu 2 sudu
2.Ubi jaga 1 kerat
3.Perahan bawang putih 7 ulas
4.Buah Betik 1\4 biji
5.Air mineral 1 gelas

Cara :
Perlu pula diketahui bahawa senjata itu tidak tegak tanpa isi , samalah dengan senapang air mainan budak kecil . Maka isinya ialah air mani . Tanpa air mani , dia tidak begitu aktif . Jadi pembekalnya ialah antara lain bawang putih . Makanlah dia selalu .

Ubi Jaga yang menguatkan senjata , dibersih dan diasah . Manakala Betik yang mempunyai vitamin lengkap : A,B,C,D,E boleh dimakan secara berasingan ( vitamin A,D,E lebih berkhasiat untuk menguatkan tenaga batin ) .

Adunkan semua bahan , dan dimakan atau diminum sekaligus 1 jam sebelum tidur malam .

Isnin, 13 Jun 2011

PETUA BUYONG 27 : CIRIT BIRIT 2

Ambil sebutir garam kasar dan campur dengan 2 sudu air mineral , kemudian dikacau dengan sudu plastik . Minum air tersebut. InsyaAllah cirit birit akan berkurangan

INFO : ANTARA KUDRAT & AKAL

Suatu ketika dulu ada seorang lelaki miskin memohon kerja daripada seorang pengusaha balak . Permohonanya itu diterima memandangkan dia mempunyai tubuh yang sasa . Lelaki itu ditawarkan gaji yang agak lumayan . "Bila saya boleh mula kerja tuan ?" lelaki tersebut bertanya.

"Sekarang !" balas pengusaha balak , kemudian menghulurkan sebilah kapak yang amat tajam . "Kamu tebang pokok dihujung sana ," kata si majikan sambil menunjuk ke arah kawasan yang dimaksudkan .

Pagi itu kelihatan lelaki tersebut menghayun kapaknya kepangkal sebatang pokok tua sebesar tiga pemeluk . Cukup tangkas dia bekerja , dan dipenghujung hari , lelaki itu berjaya menumbangkan 15 batang pokok !

Majikannya terkejut kerana sepanjang 20 tahun menjadi peniaga balak , belum pernah dia bertemu pekerja segagah itu . Si majikan memuji kekuatan lelaki tersebut dan semangatnya untuk mencari pendapatan .

Esoknya , ketika matahari mula memancarkan sinarnya , kawasan hutan bergema lagi dengan bunyi lelaki miskin bertubuh sasa itu menebang pokok . Senja berlabuh , 12 batang pokok berjaya ditebangnya .

Pada hari ketiga , lelaki tersebut bekerja lebih gigih , tapi hanya mampu menumbangkan 10 batang pokok sahaja . Hari-hari berikutnya , bilangan itu terus berkurang kepada lapan , tujuh , empat dan akhirnya , sebatang sahaja .

Lelaki itu termenung , bingung memikirkan kemana menghilangnya keperkasaan yang dimilikinya selama ini . "mungkin aku terlalu penat !" keluh lelaki tersebut . Kurang jumlah pokok yang ditebang , bermakna akan kuranglah juga pendapatannya kelak .

Petang , dia kepejabat majikannya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku . "Maafkan saya tuan , saya pun tak tahu apa yang berlaku pada diri saya ini ," suara lelaki itu perlahan . Dia merayu kepada majikan supaya tidak memecatnya .

Simajikan memandang muka lelaki tersebut kemudian beralih kepada kapak yang digunakannya untuk menebang balak . "Bila kali terakhir kamu asah kapak ni ?" majikan itu bertanya .

"Asah ?" lelaki itu terkejut , "Saya tak ada masa nak asah sebab terlalu sibuk bekerja ..."

Ahad, 12 Jun 2011

PETUA BUYONG 26 : CIRIT BIRIT

Air kelapa muda memang sedap diminum terutam waktu panas . Selain dari itu kelapa muda boleh merawat cirit birit disebabkan keracunan makanan . Dengan meminum sebiji air kelapa muda keracunan kita akan hilang dengan segera .

Jumaat, 3 Jun 2011

KISAH BENAR 6 : PEKERJA IDAMAN MAJIKAN

Semasa baru menceburi bidang pekerjaan , George Edward , seorang jurutera dipanggil oleh pengurus syarikat tempetnya bekerja .
" George...untuk jadi pekerja yang baik , awak perlu amalkan sembilan sifat ini ", kata ketuanya lalu menerangkannya satu per satu .

1. Jangan berbohong . Ia membuang masa saya dan masa awak juga . Ingat , awak pasti tertangkap akhirnya , itu adalah akhiran yang tentu sekali menyakitkan .

2. Tengok kerja awak bukannya jam . Bila awak tekun bekerja , hari yang panjang terasa pendek ,tapi kalau awak asyik tengok jam , muka dan muncung awak akan jadi panjang .

3. Berikan saya lebih daripada yang saya harapkan , saya akan bayar lebih daripada awak jangkakan . George , saya boleh tambah gaji awak , tak ada masalah , dengan syarat...awak tingkatkan keuntungan syarikat dulu .

4. Sayang dan hargai diri . Sentiasalah rasa terhutang budi pada diri sendiri .

5. Perbuatan keji bukan terjadi secara kebetulan . Jangan buat perkara-perkara yang buruk kerana pekerja yang baik boleh mengenal pasti pengaruh-pengaruh negatif .

6. Buat hal sendiri , jangan peduli orang lain . Dengan adanya masa yang terluang itu , awak boleh merancang sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri .

7. Jangan rosakkan nama baik awak . Pekerja yang sanggup mencuri untuk diri saya , pasti juga sanggup mencuri sesuatu dari saya .

8. Jangan beritahu benda yang saya suka dengar . Saya tak perlukan budak suruhan untuk memenuhi kehendak saya , tapi seorang yang boleh diharapkan untuk menambah wang syarikat .

9. Kalau awak berbaloi diperbetulkan , maknanya juga awak juga berbaloi untuk terus menjadi pekerja kami .

Sambung si pengurus tadi , sembilan keperluan itu menjadi asas kepada perhubungan antara majikan dan pekerja . George mengamalkan semua sembilan keperluan tersebut dan akhirnya dia menjadi salah seorang jurutera terkenal di dunia .

KISAH BENAR 5: DUIT SA-PULOH

Ada seorang kawan jumpa saya bercerita tentang duit lama sa-puloh , menurut cerita beliau , duit ini ramai yang mencarinya untuk buat tarik duit . Ciri-ciri yang dikehendaki pada duit itu ialah ada sengkang antara sa dengan puloh dan watermark atau tera air ada gambar agong bukan gambar harimau . Beliau bercerita lagi nilai dipasaran mencecah ratusan ribu ringgit . Benar atau tidak cerita ini saya pun tak pasti .

Khamis, 2 Jun 2011

JENAKA 8 : NENEK

Sewaktu melawat rumah orang-orang tua , Komeng duduk disebelah seorang nenek . Sambil berbual , Komeng memakan kacang yang terdapat didalam sebuah balang atas meja sebelahnya . Setelah agak lama berbual , Komeng sambil mengunyah kacang tersebut , bertanya kepada nenek berkenaan :

Komeng : Nenek tak nak makan ke kacang ni ? Sedap nek .....
Nenek : Oh , nenek tak boleh makan , cu .Nenek cuma boleh makan coklatnya aja , kacangnya nenek masukkan dalam balang tu . Maklumlah , gigi tak ada .....

PETUA BUYONG 26 : ASMA

Sabda Rasulullah saw : "Hendaklah kamu selalu berubat dengan dua penyembuh iaitu Al Quran dan Madu " ( H.R Ibnu Maajah dan Al Hakim ) .

Cara 1 :

1. Madu 1 sudu
2. Susu Tepung 2 sudu
Cara : Dicampur dan kemudian diminum 3 kali sehari : Pagi , Tengah Hari dan Malam .

Cara 2 :

1. Madu 2 sudu
2. Perahan Limau Nipis 1 biji
Cara : Dicampur dan diminum 3 kali sehari : Pagi , Tengah Hari dan Malam

Peringatan : Elakkan menggunakan sudu besi kerana kekuatan madu dapat menarik bahan kimia pada sudu tersebut . Seeloknya gunakan sudu seramik atau plastik .

Madu jangan diletakkan didalam peti sejuk kerana akan menghilangkan khasiat madu tersebut .

Sabda Rasulullah saw : "Bagi setiap penyakit itu ada ( tersedia ) ubatnya , maka apabila bertepatan ( kena ) antara ubat dengan penyakit , dia akan sembuh dengan izin Allah Ta'aala ( H.R Muslim dan Imam Ahmad ).

INFO : KURNIAAN ALLAH

Dialah , Yang menurunkan air hujan dari langit untuk kamu , sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya ( menyuburkan ) tumbuh-tumbuhan , yang pada ( tempat tumbuhnya ) kamu mengembalakan ternakanmu ( Surah An-Nahl Ayat 10 )

Kira-kira 75 peratus daripada bumi diliputi air . Ia bersumber dari lautan , tasik , sungai dan kolam .

Daripada 75 peratus itu , 97 peratus air tersebut ialah lautan . Air tawar hanya mewakili tiga peratus sahaja daripada keselurahan air yang terdapat di dunia ini .

Tujuh puluh lima peratus daripada air tawar yang terdapat dimuka bumi ini ialah air beku dan glasier yang terkumpul dikawasan kutub , baki 24.7 peratus lagi termendap didalam tanah . Hanya0.3 peratus sahaja air tawar yang terdapat di dunia ini berpunca dari sungai dan tasik .

Kurang daripada satu peratus air tawar- didarat dan dalam tanah - digunakan manusia .

Ketika ini lebih 80 negara ( mewakili 40 peratu penduduk dunia ) menghadapi masalah kekurangan air yang serius .

Satu pertiga daripada keseluruhan manusia yang menghuni bumi ini tinggal di kawasan yang keperluan airnya melebihi daripada bekalan . Asia Barat adalah yang paling serius kerana 90 peratus penduduknya tinggal di kawasan yang menghadapi masalah bekalan sumber tersebut .

Air mendidih pada takat suhu 100 darjah Celsius dan beku pada 0 darjah Celsius .

Manusia perlu meminum empat liter air sehari , bagaimanapun 2,000 hingga 5,000 liter diperlukan untuk memenuhi keperluan harian setiap individu .

Tanpa kita sedari , penggunaan air meningkat tiga kali ganda sejak 1950 .

Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun mendatang , keperluan air akan melonjak 40 peratus lagi berbanding yang digunakan sekarang .

Suatu fakta yang perlu diketahui , ada kajian mendapati kira-kira lima juta tan bahan asing mencemari bekalan air setiap hari .

Kira-kira 75 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air . Ia juga menjadi unsur utama setiap hidupan di muka bumi .

Manusia boleh hidup sebulan tanpa makanan tapi akan mati kalau tidak minum dalam tempoh seminggu .

Tempat paling lembap di dunia ialah Tulunendo , Columbia , Amerika Selatan . Ia menerima 11,770 miloimeter .

Setitik air mengandungi 1.7 quintillion ( 1,700,000,000,000,000,000 ) molekul .

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah , nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya . Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( Surah An-Nahl Ayat 18 ) .