PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Khamis, 30 Julai 2009

:: POPIAH UJUNG PASIR ::

Aku ingin mempromote kepada kekawan semua mengenai salah satu favourite makanan kesukaan aku dan famili....POPIAH UJUNG PASIR. Apa yang membuatkan kami suka adalah :
1. Kulit popiah nya lembut dan halus
2. Intinya terasa ( ada 2 jenis..ayam + daging )
3. Kuah kacang yang tidak terlalu pedas atau manis...sesuai utk di makan oleh golongan kanak2.
4. Tahan lama ( lambat jugak ler nak expired - basi ....hehehe )
5. Senang nak dapat dan mengenyangkan - sesuai untuk diet...
Popiah ni ada dua jenis inti..ayam dan daging tapi aku lebih suka daging..hehehe. Nak tempah untuk perayaan atau kenduri pun boleh. Biasanya amat sesuai untuk majlis2 open-house. Hahh..apa lagi raya dah nak tiba so boleh lah masukkan popiah ni sebagai salah satu dalam menu anda..!
Lupa lak nak taruk no phone owner ni...
KAK NOR : 016 - 326 2585
Abg MIE : 012 - 697 1397
Kalau nak gi terus ke kedai dia pun ok gak... Kedainya terletak kat Ujung Pasir dan berhadapan dengan Quaters Polis Melaka Tengah...kalau kita dari arah Alai, kedai Kak Nor ni terletak sebelah kanan kita... Aku lupa lak nk amik pic kedai dia tapi senanglah nak cari kedai dia.. Selain itu, Kak Nor ada juga menjual popiah sambal dan inti nya memang lain dari yang lain. Nak cuba...?
Jadi....jangan berlengah lagi...hehehehe
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada jiran aku , Abg Mie dan isteri, Kak Nor serta juga anak-anak dia kerana telah menjamu aku dan famili makan popiah. Memang kami dah lama berjiran sejak aku pindah ke sini...tapi yang nyata...Popiah Kak Nor Best..!!

::.XTVT anak dan mak.::

Jam dah hampir pukul 1 pagi tapi mata aku tak mengantuk lagi so aku amik keputusan nk upload pic aktiviti aku dan anak bujang aku semasa kami kat rumah semalam....hehehe.
Anak bujang aku ni sama gak ngan aku...xleh dok kat umah lama2...boring. Paling tidak pun dia akan mengadap tv Saluran Ceria Dia ( 611 ) dan aku mengadap pc aku...hehehe
Dalam dok layan Haiqal tengok tv sempat gak aku tolong dia settlekan puzzle yang dapat gift kat kfc ( sbb beli yg Happy Meal )....
Tiba-tiba...ada orang datang umah aku.. Salam tidak diberi tapi hanya memanggil.."kakak.." berulang2.. Suara itu aku tak pernah dengar, bila aku intai dari tingkap...kelihatan seorang lelaki berketurunan India di depan pagar.. hati aku cuak bercampur takut jugak sebab hanya aku dan anak bujang aku je yg ada kt umah. Hubby outstation ke Johor dan anak dara aku dah pos ke rumah pengasuh..hehehe. Nasib baiklah juga aku dah kuncikan pagar dan juga gril pintu tapi pintu lak aku tak tutup pasal aku ni tak leh dok berkurung jer.
Lebih kurang dalam 10minit, lelaki itu beredar...dan aku cepat2 tutup pintu kayu aku.. Haiqal tercengang2 jugak le pasal dia pun pelik kenapa aku tak gi jumpa lelaki itu. Aku kata..bahaya kerana kita tidak kenal orang itu lagipun apak ( hubby ) tak ada kt umah.
Zaman sekarang kita kena berhati-hati walaupun kita berada di dalam rumah sendiri.. Pastikan semua pintu dan tingkap dalam keadaan selamat sebelum anda berada dalam keadaan selesa ( tidur )....hehehe
Apapun, nasib baiklah demam Haiqal tak melarat dan kaki aku pun dah ok..dapatlah kami menjalani rutin harian kami seperti biasa tadi dan seterusnya, Insya Allah...
Sekian corat-coret...mata dah hampir nak tido so taking care...

Sabtu, 25 Julai 2009

SUPRISE DARI HUBBY...

PASU SERAMIK...
Ni kisah hubby aku. Semalam dia ada keje kat Johor, dalam perjalanan balik dia dan kawan dia ada singgah kt kilang membuat pasu seramik. Dalam diam-diam, hubby aku belikan aku pasu seramik kerana dia tahu yang bini dia ni suka mengumpul pasu-pasu kecil. Pernah dia mengatakan bahawa rumah aku ni dah macam kedai perhiasan sebab memang aku suka kumpul pasu-pasu ni...dah minat, apa nak kata....hahahaha
Ini menunjukkan bahawa hubby aku ni prihatin terhadap minat isterinya. Bertambah lah jeles individu yang memang dengki kat aku kerana hubby dan aku hidup ceria dan bahagia sentiasa...
Apa pun aku nak katakan....KAU ADE..? KAU TAK DE....
Okeylah...bye n taking care..

Jumaat, 24 Julai 2009

Rahsia Hati...

Tiba-tiba hati aku ni terusik...teringat kenangan pada kisah Hari Raya AidilFitri tahun lepas ( 2008 ). Macam biasa aku balik beraya kt kampung ku yang tercinta kt Kg. Wakaf Che Yeh untuk beraya ngan famili tersayang. Ditakdirkan Allah pada raya ke 4, aku mengalami demam yang sangat teruk dan tekak ku perit sgt. Ingatkn demam biasa so aku tahan kn aje dgn makan Panadol je..tapi pada hari raya ke 6, demam ku masih tak kebah dan makin teruk maka hubby ku pun membawa aku ke Kota Bharu Medical Centre ( KBMC ) dan doktor pakar kat situ mengesahkan aku telah terkena penyakit tonsil yang agak serius jugak dan perlu dibedah.
Aduhhh...aku mmg tak kisah la nk operate tapi bila aku terpandang pada wajah hubby aku...raut wajahnya menunjukkan yg dia sangat bimbang kesihatan ku. Dia cuba kelihatan tenang tapi aku tahu dalam hatinya gelisah dan risau...hubby aku berbincang ngan doktor pasal keadaan aku dan doktor kata..aku perlu di operate tapi kena tunggu tonsil ni mengecut dulu kerana kalau operate jugak akan mendatangkan risiko. Hubby aku memeluk aku dan berkata jgn risau..sayang pasti sembuh, abg akan sentiasa di sisi sayang.. Kemudian hubby aku menguruskan agar aku ditempatkan kat ward Perdana ( kelas satu ), kebetulan aku pemegang medical card MAA..Ya Allah, aku sangat bertuah kerana dipertemukan jodoh dengan dia...Aku stay kt KBMC dalam 5 hari juga, aku dimasukkan air 10 botol dan antibiotik 4 botol..alhamdulillah aku dibenarkan keluar.
Apa yang mengharukan aku adalah sepanjang aku di ward.., hubby akulah yg menguruskan anak2 walaupun mak aku nk jaga tapi dia berkeras untuk membawa anak2 ke hospital agar aku dapat melepaskan rindu pada anak2..hubby aku juga setia menjaga aku ketika aku benar2 tak larat untuk bangun. Dia mandikan aku, dia tukar pakaian ku, sikatkan rambutku dan dia juga yg bedakkan aku..terima kasih darling...sayang benar2 menghargai pertolongan dan kasih sayang abang. Tiap2 malam hubby aku tidur di hospital menemani aku tapi anak2 mak aku datang amik bawa tidur kt rumah. Mak aku kesian kn hubby aku..penat menantu mak..hehehe
Alhamdulillah, kini semuanya selamat walaupun aku belum operate kerana aku pun takut gak nak operate sebenarnya...hehehe. Cuma sekurang2nya aku ada pengalaman merasai duduk dalam KBMC, dan yang paling penting kehadiran orang yang tercinta di sisi. Selain ibubapa ku, dia lah segala2nya bagiku di dunia ini.
Aku sebenarnya bukan nak menjaja kisah romantik aku dan hubby tapi hati ini terusik sangat apabila aku ada terdengar kononnya hubby aku ni seorang yang tidak bertanggugjawab dan hanya harapkan hasil titikpeluh isteri iaitu aku. Difitnahkan juga bahawa hubby aku ini kononnya macam MR MAMA....salah ke kalau seorang suami itu menolong isterinya dalam menguruskan rumahtangga...? Aku amat sensitif sekali dengan kenyataan itu dan kenyataan itu pula dari kawan ku sendiri... Ini adalah fitnah dan fitnah ini boleh menjatuhkan maruah hubby aku. Kenapalah manusia itu suka bercakap belakang, membuat fitnah dan iri hati melihat kejayaan orang lain.

Sepatutnya kita harus muhasabah diri kita..kenapa orang itu boleh berjaya dalam hidup dia dan kenapa kita tidak boleh.Tapi itu hak individu tapi tolonglah...tolong jangan nak buat fitnah dan membuka aib orang kerana itu amatlah berdosa besar.. Aku dengar macam2 cerita dia dok sebarkan pasal keburukkan bukan hal aku shj tapi orang lain juga. Yang menghairankan aku...apa yang dia dapat dengan dia buat macam ni...? Harap sangat individu itu sedar sebelum terlambat. Nasihat percuma dari aku : Jaga Kain Sendiri, Jangan Kain Kita Tu Dah Koyak Tapi Dok Sibuk Intai Kain Orang Lain...

Rabu, 22 Julai 2009

GelagaT BabY AqiF DaniaL


Inilah anak buah aku yang paling bongsu buat masa ni ( anak Akmal & Rose )... Umur dia baru 5 bulan tapi kemain lagi pandai nak main aje..hehehe
Aku dan famili cukup geram dengan AQIF DANIAL ni kerana cubby sangat dan tak banyak ragam..
Aktiviti yang paling dia suka kalau jumpa hubby aku ( merangkap PAK BUSU ) adalah timang dia.. Kalau hubby aku wat tak tahu je kat dia...pasti dia akan wat muka kesian...hehehe
Anak adalah ANUGERAH. Dia umpama kain putih...ibubapa yang memainkan peranan untuk mencorakkan kain itu samada menjadi satu corak yang menarik atau sebaliknya...Sayangilah anak2 kita...
Tengoklah klip kat bawah ni...

DISCOVERY 01 : KEAJAIBAN GERHANA MATAHARI

TELUR TEGAK BERDIRI...
Gambar ini menunjukkan sebiji telur yang diletakkan tegak dan kedudukannya kekal dari pukul 8 pagi sehingga 7 .30petang...ini bermakna kedudukannya kekal selama lebih 11jam...!
Hal ini berlaku di rumah jiran saya, Abg Mie. Beliau mendapat tahu bahawa apabila berlakunya Gerhana Matahari..bumi akan mengalami pertambahan perubahan tarikan graviti. Oleh itu, beliau membuat sedikit eksperimen utk melihat kebenaran fakta itu. Dengan menggunakan 3 biji telur sbg bahan eksperimen...beliau mendapati hanya sebiji sahaja yang berubah kedudukan menjadi tegak berdiri dan tidak bergoyang. Sehingga blog ini ditulis, kedudukan telur itu tetap tegak berdiri. Saksikan klip video di bawah ini...

Selasa, 21 Julai 2009

Petua Buyung 16 : Menilai Kawan

Hati manusia ini tidak siapa yang boleh baca samada seseorang itu berniat baik ataupun talam 2 muka kepada kita. Petua ini adalah sedikit panduan untk kita menilai kawan baru atau kawan lama. Beli sebungkus kacang kulit dan masukkan ke dalam bekas dan jamu kepada kawan-kawan. Sekiranya kawan kita hanya mengambil kacang yg bersaiz besar sahaja, ia menunjukkan pribadinya yang MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. Hendaklah kita berhati-hati dengan orang yang mempunyai sifat seperti ini. Sebaik-baiknya kawan kita itu tidak memilih saiz kacang besar atau kecil. Orang jenis ini, kita boleh dekati dan berkawan dengannya...
Kita berhak untuk memilih dengan siapa kita nak berkawan tapi AWAS....jangan salah pilih.

Ahad, 19 Julai 2009

Petua Buyung 15 : Gagah Perkasa

Untuk kekuatan dalaman ( Batin ) khususnya kaum lelaki...
Amalkan minum madu lebah asli dan Air Pecah Beling 100ml setiap pagi dan malam.
Untuk keberkesanan tahap maksimum, amalkan Senaman Kemutan..........( sila hubungi Buyung utk mengetahui cara-caranya...)
Untuk ketahanan lama, apabila anda terasa ingin inzal, tarik nafas semaksima yg mungkin dan tahan nafas itu mengikut kemampuan dan lepaskan perlahan-lahan... Cara ini diulang setiap kali terasa ingin inzal sehingga pasangan anda puas.
Insya Allah, kekuatan anda akan bertambah ummphh umpama anak remaja dan rumahtangga pasti amannnn...

KisaH KomenG 02

Komeng teringin menonton Filem XXX, lalu dia pergi membeli tiket. Dalam 5minit selepas itu, Komeng datang ke kaunter untuk membeli tiket kali ke 2. Perbuatan itu berulang-ulang sehingga 5 kali membuatkan kerani kaunter tiket merasa pelik lalu bertanya kepada Komeng.
"Kenapa encik membeli tiket yang sama sebanyak 5 kali?" Dengan sedih Komeng menjawab..
"Setiap kali saya hulurkan tiket, orang yang jaga pintu tu koyakkan tiket saya..jadi saya pun terpaksa beli tiket yg baru.."

Petua Buyung 14 : Menghalau Monyet


Kita kerapkali terdengar monyet-monyet mengganggu kediaman ataupun kebun-kebun. Ini disebabkan habitat mereka telah dimusnahkan oleh manusia utk pembangunan. Jika haiwan ini telah berkelakuan melampau, cara untuk mengatasinya adalah mudah.
Sediakan 3kg kacang tanah dan 1kg cili padi. Bahan2 tadi hendaklah digoreng bersama tanpa menggunakan minyak sehingga cili padi pecah dan sebati dengan kacang tanah itu. Selepas itu, letakkan kacang tanah tadi di tempat haiwan itu berkumpul. Apabila haiwan itu memakan kacang itu, mereka akan merasa pedas dan akan menggigit antara mereka. Pasti mereka akan serik untuk datang lagi. Selamat Tinggal Monyet...!

Petua Buyung 13 : Menolak Bala

Untuk menggelakkan sebarang musibah dan kecelakaan semasa dalam perjalanan yang jauh, bermusafir ataupun mengembara...hendaklah kita bersedekah sebelum memulakan perjalanan kerana kelebihan bersedekah itu boleh menolak bala. Seperti Hadis Nabi.." Rasulullah SAW bersabda, cepat-cepat lah kamu sekelian untuk bersedekah kerana sesungguhnya bala itu tidak akan dapat melampaui sedekah." Hadis Riwayat Al-Baihaqi
Sedekah yang dimaksudkan tidak semestinya terbatas kepada manusia sahaja tetapi kita boleh bersedekah kepada haiwan dan juga binatang peliharaan kita dengan memberi mereka makan.

Rabu, 15 Julai 2009

KisaH KomenG 01

Komeng selalu mengikuti gurunya yang bernama Lebai Siang mengajar agama di surau. Suatu hari, Komeng mendengar ceramah gurunya tentang Ibadah Puasa. Gurunya berkata " Apabila terbenamnya matahari bermakna kita sudah boleh berbuka...ada apa2 soalan tentang ini..?" tanya Lebai Siang kepada hadirin di surau tersebut. Hadirin semua mengangguk kepala menandakan mereka faham akan ajaran lebai ini. Lebai Siang memandang kepada Komeng dan berkata.. " aku lihat kau ni Meng, rajin datang ke kelas tapi aku heran kau tak pernah menanyakan aku soalan. Kau hanya mendiamkan diri sahaja. Hari ini aku nak kau tanya aku soalan tentang ibadah puasa."
Komeng serba salah kerana dia tidak tahu apa yang nak ditanya kepada lebai itu. Untuk menjaga hati Lebai Siang, maka Komeng pun bertanya... " Tuan Lebai, jika matahari tak terbenam pada hari itu, macam mana kita nak berbuka..?" Lebai menjawab " lebih baik kau diam aje lah.."

Petua Buyung 12 : Durian

Orang kata buah durian ni Raja Buah....sekarang pun kalau kita pergi mana2 pun di Malaysia ni akan jumpa org jual buah durian tepi jalan tapi kalau kat Amerika takde lah...hehehe
So..ni nk bagi petua untuk membuang bau buah durian dalam kereta...ambil seketul atau dua ketul arang dan letakkan dalam kereta untuk semalam...Insya Allah, pada keesokkan hari akan hilang sedikit demi sedikit bau durian itu. Ini adalah pengalaman saya sendiri....hish..durian ni makannye sodap tapi kalau dah semerbak dalam kereta boleh kasi poning denn.... Selamat Mencuba...
ok...taking care....

Petua Buyung 11 : Mengesan Penyakit Merbahaya

Ahad, 12 Julai 2009

Petua Buyung 10 : Anak Cemerlang Dalam Pelajaran

Anak2 adalah anugerah yg tidak ternilai.. Oleh itu, kita perlu menjaga mereka dengan sempurna. Bagi menjadikan mereka cemerlang dalam pelajaran, kita mesti memberi mereka makan ikan dan juga minyak ikan kerana zat yg terdapat dalam ikan adalah tinggi untuk kecergasan otak. Ia juga boleh menambahkan antibodi badan anak2 kita...

Petua Buyung 09 : Mengesan Diri Di Sihir

Jika kita selalu bermimpi dikejar atau melihat binatang2 seperti ular, kerbau, anjing, atau binatang2 yg berbisa atau kita bermimpi pergi ke tempat yang kotor seperti tandas atau tempat pembuangan sampah. Itu bermakna anda telah disihir. Maka cepat2lah cari penawarnya...

Petua Buyung 08 : Makanan / Minuman Di Sihir

Sebelum kita makan atau minum di tempat yg mencurigakan, kita boleh menguji lidah kita dengan cara bermain2 lidah kita ke lelangit. Jika terasa geli, menandakan makanan itu selamat dimakan akan tetapi jika tiada rasa apa2 maka jangan makan makanan itu. Air pula kita uji dengan cara merasa tapak cawan/gelas. Jika air itu panas dan tapak cawan itu sejuk menandakan air itu sudah disihir. Begitu juga sebaliknya jika air itu sejuk tetapi tapak gelas terasa panas maka air itu pun telah disihir.
Beringat Sebelum Kena...

Petua Buyung 07 : Tidur

Sebelum tidur...adalah elok jika kita mengamalkan membaca BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...sebanyak 21 kali.
Kelebihan orang yang mengamalkan ini adalah :
* Tidak mati dalam tidur
* Rumah terpelihara dari pencuri
* Rumah tidak akan terbakar
* Terhindar dari kuasa sihir ( ilmu hitam )
* Rumah akan bercahaya dan berseri
Insya ALLAH....amin.

Rabu, 8 Julai 2009

MISTERI ( Chapter 03 ) : Amukkan Pontianak

Firman Allah ; "Sebagai bimbingan yg lurus utk memperingati siksaan yg sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada org2 yang beriman, yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yg baik.." Surah Al-Khafi, Ayat 02.

Buyung dan keluarga dalam perjalanan pergi ke selatan tanah air untuk menziarahi keluarga angkatnya di sana. Sudah lama mereka tidak menziarahi Pak Abu dan Makcik Kamsiah sekeluarga. Buyung dan Pak Abu sudah lama kenal. "Ada sesuatu yang tidak baik berlaku di sana" tiba2 Buyung berkata kepada isterinya. "Hal apa bang?" tanya isterinya. "Tak tahu lah tapi telinga kiri abang berdesing menandakan tempat yang kita nak pergi ni akan berlaku musibah" kata Buyung. Hampir 2 jam memandu tibalah Buyung dan keluarga di tempat yang dituju. Buyung dan keluarga sukakan kampung keluarga angkatnya kerana suasana kampung itu tenang dan aman kerana jauh dari kesibukkan dan kebisingan bunyi kenderaan. Tambah-tambah lagi kampung itu terletak berdekatan dgn pesisiran pantai, kena dengan hobi Buyung yang suka memancing.

Buyung dan keluarga di sambut dengan mesra oleh Pak Abu sekeluarga. Macam-macam cerita yang dibualkan oleh mereka kerana sudah lama tidak berjumpa disebabkan kesibukan bekerja. "Malam ini kalau Abah ada masa pergi memancing kat pantai.."kata Buyung pada Pak Abu. Buyung memang membiasakan memanggil Abah kepada Pak Abu. Tiba2 semua terdiam dan apabila Buyung berkata begitu. Buyung hairan dan merasa pelik melihat perubahan air muka Pak Abu. "Kenapa Bah..?"tanya Buyung.. "Begini ceritanya Yong..." Pak Abu pun memulakan ceritanya tentang apa yang berlaku di kampung itu.

Rupa-rupanya kampung itu sudah tidak aman lagi disebabkan kemunculan pontianak.Pontianak ini akan keluar dan mengganggu penduduk kampung itu. Ini kerana penduduk kampung telah menebang pokok jejawi yang kononnya tempat ia bersarang. Sejak dari itu, tiap-tiap malam pontianak akan keluar mengacau orang kampung. Aktiviti2 pada sebelah waktu malam yang selalu dilakukan oleh penduduk kampung itu seperti memancing, membetulkan jaring dan lepak-lepak berbual di warung sudah tidak diamalkan lagi.. Sekarang, sebaik sahaja azan Maghrib semuanya duduk di rumah sahaja kerana takutkan pontianak yang mengamuk itu. Kampung ini umpama mati pada waktu malam. "Begitulah ceritanya.."kata Pak Abu. Buyung memandang ke arah isterinya yang dalam ketakutan apabila mendengar cerita itu.

Malam itu Buyung merasakan begitu sunyi kampung tersebut, tidak seperti dulu. Sunyi sepi dan sesekali kedengaran bunyi unggas dan juga lolongan anjing hutan. Hiburan untuk orang kampung hanyalah tv sahaja. "Kenapa duduk kat luar Yong..?"sergah Pak Abu kpd anak angkat kesayangannya itu apabila melihat Buyung duduk di serambi rumah sambil menghisap rokok. "Masuk ke dalam, tak elok duduk kat luar malam-malam macam ni.."tambah Pak Abu. "Ambil angin Bah...malam-malam udara segar."kata Buyung. "Dah cepat habiskan rokok tu dan masuk ke dalam" tegas Pak Abu. Buyung senyum dan mengangguk2 kepalanya. Sayup-sayup kedengaran suara orang merintih di sebalik hutan di sebelah rumah Pak Abu. "Jangan cari pasal dengan aku.."bisik hati Buyung. Lama kelamaan suara merintih itu semakin jauh dan terus hilang dari pendengaran Buyung.

Keesokkannya Buyung berjalan-jalan di sekeliling rumah Pak Abu dan meninjau pokok-pokok yang ditanam oleh Pak Abu. Bermacam-macam pokok buahan yang ditanam seperti rambutan, langsat, manggis, pisang, duku, dan durian pun ada. Tiba-tiba mata Buyung terpandang pokok pisang yang mempunyai buah yang berwarna merah. "Eh, ini pokok pisang Raja Udang. Buahnya boleh digunakan untuk memanggil pontianak. Aku akan cuba malam ini.."bisik hati kecil Buyung. Apabila dia terpandang akan pisang itu, hatinya terus teringat ajaran gurunya tentang kelebihan buah pisang ini dan kebetulan ada gangguan pontianak di kampung itu. Dia tidak akan melepaskan peluang itu. Tidak jauh dari pokok itu ada bangsal untuk Pak Abu merehatkan badannya selepas penat bercucuktanam. Buyung mengukur jarak antara pokok pisang Raja Udang dengan bangsal itu. Jaraknya lebih kurang 60 meter. Buyung membuat persiapan dengan membeli beberapa batang paku yang berukuran 6 inci dan benang 7 warna asas iaitu hijau, biru, kuning, merah, putih, hitam dan coklat. Lalu dia ke pantai untuk mengambil pasir bagi melengkapkan persiapannya itu.

Setelah memastikan semua penghuni rumah sudah tidur, Buyung dengan perlahan-lahan keluar dari rumah itu melalui pintu dapur dengan membawa peralatan yang telah disediakan tadi. Buyung menuju ke arah bangsal dan meletakkan kelengkapan barang di situ. Benang 7 warna dipintal sehingga menjadi satu tali yang panjang dan diikat dari jantung pisang Raja Udang dan ditarik hingga ke bangsal lalu diikatnya. ( Amaran Buyung : Jangan ditiru perbuatan ini kerana ia boleh mendatangkan kecelakaan yang cukup dahsyat ) Kemudian Buyung meletakkan pasir pantai ke dalam sebuah mangkuk besar dan paku disembunyikan di bawah kain pelikat yang di bawa bersama. Buyung duduk bersila dan barang-barang tadi diletakkan di hadapannya. Dengan bantuan biasan cahaya lampu dari rumah, Buyung boleh melihat dengan jelas persekitaran kawasan tersebut. Hampir satu jam berada di sana Buyung menunggu dengan penuh sabar, tiba-tiba Buyung terdengar seperti bunyi ayam berkepak dengan kuat serentak dengan itu pokok durian yang bersebelahan pokok pisang Raja Udang bergegar dengan kuat seperti digoncang oleh suatu lembaga yang cukup besar. Buyung mendongak memandang ke atas pokok durian dan dia dapat melihat dengan jelas ada satu lembaga putih dengan rambut kusut dan mengerbang panjang memandang tepat ke arahnya. "Mari turun ke bawah.."Buyung memulakan bicara dengan pontianak tersebut. Pontianak tersebut terbang ke atas benang dan meniti menuju ke arah Buyung. Secara perlahan-lahan pontianak bertukar menjadi wanita yang sungguh cantik dan manis sambil tersenyum kepada Buyung dengan pandangan yang menggoda.

"Syaitan tetap syaitan"bisik Buyung dalam hati. Wanita tersebut dihadapan Buyung sambil menguntum senyuman yang sungguh menawan. "Apa hajat kau memanggil aku..?"tanya wanita itu dengan manja. "Aku teringin sangat nak berbual dengan engkau "balas Buyung. Wanita tersebut mengeliling bangsal dengan gaya yang menggoda sambil berbual-bual dengan Buyung. Buyung tahu tujuan wanita tersebut mengelilinginya untuk mencari dari arah mana dia boleh menerkam Buyung. Dari awal lagi Buyung sudah memagari dirinya dengan ilmu kebatinan agar pontianak tidak dapat menzalimi dirinya. Wanita itu terus mengelilingi Buyung dengan agak lama sambil mengoda dengan pelbagai cara. Buyung hanya memerhati sahaja wanita itu kerana dia tahu itu hanya helah syaitan untuk mengalahkannya. "Aku mahu kau jangan ganggu lagi orang-orang kampung ini.."pinta Buyung dengan tegas. "Mereka mengacau dan memusnahkan tempat aku.."dengan lantang pontianak itu bersuara. "Aku tawarkan kau rumah kosong di tepi pantai yang jauh dari manusia.."tawar Buyung kpd wanita itu. "Aku nak balas dendam pada orang kampung ini kerana merosakkan tempat aku.."wanita itu menolak tawaran buyung sambil melemparkan senyuman mengejak kepada Buyung. "Syaitan memang tidak boleh dibawa berunding.."bisik Buyung dalam hati.

Lantas Buyung mengenggam pasir pantai di depannya lalu dibacakan ayat 'Lailla haq illa anta subha naka inni kuntum minalzolimin.................Ya dzal jala li wal iqram' lalu Buyung melontar pasir kepada wanita tersebut dan wanita meraung menahan kesakitan yang amat sangat. Rupanya bertukar menjadi hodoh dan mengerunkan dengan mata merah saga dan rambut mengerbang kusut masai. Muka menggerutu dan gigi tajam dan bertaring. Sambil tersenyum Buyung berkata "Baru kau tunjukkan rupa kau yang sebenarnya.." Perbuatan Buyung tadi membuatkan pontianak itu betul-betul marah dan menyerang Buyung. Setiap kali pontianak itu hendak menerkam Buyung, pontianak itu akan terundur ke belakangseperti ada sesuatu yang menolaknya. lalu Buyung mengeluarkan paku dan membaca ayat 'Wana ja'al waminal jahanam nak ilas syaitan' dengnan kuat. Pontianak itu merasa takut lalu berundur ke belakang sambil merintih umpama meminta belas kasihan. "Ini peringatan aku yang terakhir kepada engkau. Engkau pergi ke rumah kosong itu atau aku hancurkan kau..!"kata Buyung dengan garang. Lalu pontianak itu mengepakkan tangannya dan terbang ke arah rumah kosong yang dinyatakan oleh Buyung tadi. Selepas itu Buyung duduk berwirid dan memuji kebesaran Ilahi atas pertolonganNYA tadi.

Keesokkannya, selepas makan tengahari Buyung sekeluarga bertolak pulang ke rumahnya. Seminggu kemudian, Pak Abu menelefon dan mengkhabarkan kepada Buyung bahawa kampungnya sudah aman dari gangguan pontianak. Dia merasa pelik kemana pontianak itu menghilang selepas kedatangan Buyung ke kampung itu. Adakah kehilangan pontianak itu ada kaitan dengan kedatangan Buyung..? Buyung menafikan anggapan Pak Abu itu. Perkara tersebut menjadi rahsia Buyung sehinggalah ia ditulis di blog ini.

Ahad, 5 Julai 2009

Air Terjun Sagil, Gunung Ledang

Cuti Cuti Hujung Minggu...

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian...
Aku rasa dah lame betul aku tak update aku punya blog kn...
Maklum ajelah keje cam aku ni asal ujung bulan je bz gilos...hehehe
And now..i'm back. Aku nk kongsi pasal aku gi cuti ngan famili ke Gunung Ledang Resort..best gak stay kt hutan. Aku pegi semalam ( 4/7/09 ) selepas keje kul 2pm aku bertolak dan sampai dalam kul 2.45pm. Actually, rumah aku ngan Sagil, Tangkak ni tak jauh sangat dalam 45 minit je. Dan aku baru je balik ni..dalam kul 12.45 tadi sampai rumah.. Secara kesimpulannya, percutian kali ni best walaupun simple dan tidak penat dengan perjalanan.
Ini ada aku sertakan gambar2 yg sempat aku rakam utk tatapan semua dan banyak jugak tak sempat rakam terutama bab2 berenang...hehehe.
So..for you all, having fun and taking care...bye

GUNUNG LEDANG RESORT

Ini suasana kat lobi, chalet, dan keadaan dalam chalet. Aku ambik yg standard room coz yg deluxe dah fully booked..tapi oklah dengan harganya..RM120.00/nite dan extra charge for matress is only rm10.00.

Ini pulak suasana kat swimming pool, dining hall dan laluan pejalan kaki.. Bagi aku best tahap 3 bintang la dok kat sini. Biasa aku n famili bercuti kat PD, jadi kali ni kami tukar angin bercuti kt hutan pulak...suasana alam tenang dan damai..sesuai dengan nama blog kami..huahuahua..

Ini pulak aktiviti kami 2 dalam 1..iaitu mandi dan tangkap ikan.. Anak ikan kt sini jinak2 sampai jari2 kaki kami digigitnya ( ala2 gigit manja ) macam ikan GaraRuffa ( ikan yg mkn sel mati ). Dak Fiena menangis takutkan ikan tu gigit dia...hehehe. Akhirnya hubby aku letakkan dia atas batu aje... Apa pun mmg best mandi air sungai...sejuk sampai tulang hitam ... Nanti kami nak datang lagi pasal tak puas mandi. Ingatkan nk mandi lagi pagi tadi tapi hujan lebat sgt dan guard tak benarkan mandi utk keselamatan...jadi apa lagi..dok ler terperap dalam bilik layankan kartun..hehehe
Oklah ..Taking care..bye

Rabu, 1 Julai 2009

Tahukah Anda : TipS KesihataN

Berita Harian : 24 Jun 2009
Perkara : Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi
SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa. Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini. Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu. Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat. Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan. Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia. Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang. Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan. Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya. Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini. Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.
PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik Akademi Perubatan Malaysia.
DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia
* petikan ini dicopy semula dari email yg tlh dihantar kpd pengarang...hehehe