PETUA, KISAH MISTERI, RENCAH HIDUP & SUKA SUKA

Selasa, 30 Jun 2009

GelagaT Anak- Anak kU

Petua Buyung 06 : Untuk Perokok

Apabila kita menghisap rokok, paru2 kita akan dipenuhi dengan narkotine. Utk mengurang narkotine dalam paru2.....tarik nafas sehingga maksimum dan tahan sehingga terasa hendak batuk. Lepaskan nafas dan batuklah sepuasnya...melalui batuk itu narkotine akan turut keluar. Petua ini juga sesuai diamalkan oleh orang yang selalu terdedah kepada asap.

Happy Birthday To Julai 2009

Sekejap aje masa berlalu...tup2 dah masuk bulan Julai..so masih ada lagi 5 bulan untuk kita menyambut tahun 2010.... Begitu juga dengan usia kita...hehehehe. Apakah kita sempat untuk meraikan 2010...? Itu kita tidak tahu.... Tapi yang nyata..
Apa yang berlaku pada hari ini adalah sejarah untuk hari esok dan apa yang berlaku pada hari esok..kita tidak tahu. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan...
Sekian dulu....taking care...
* hepi besday kpd sesiapa saje yg celebrate pada bulan ini...

Petua Buyung 05 : Seri Muka & Awet Muda

Apabila anda bangun pagi, jangan basuh muka dahulu. Keluar rumah dan cari pokok2 yang ada air embun. Dengan menggunakan tapak tangan, ambil air embun dan sapukan rata ke muka anda sambil berselawat dan lakukan sebanyak 3x. Bagi sapuan yg keempat, baca " dengan berkat Lailahaillallah Muhammad Rasulullah.." dan biarkan air embun itu kering meresap ke kulit.

Resepi Mumy 02 : Mee Goreng Jembal

Bahan - Bahan :

1 kilo mi kuning
500g udang segar
500g sotong
Semangkuk kerang
Sayur sawi
Cili kering - digiling
Segenggam udang kering
Bawang merah
Bawang putih
1 cawan air rebusan tulang ayam

Cara - Cara :

Bawang merah, bawang putih dikisar bersama dengan udang kering. Kemudian ditumiskan sehingga garing dan masukkan cili kering yg telah digiling ke dalam kuali itu. Bahan2 tadi digoreng sehingga garing sekali lagi.
Masukkan pula udang dan sotong, biarkan seketika sehingga masak. Lepas itu tambahkan garam dan perisa secukup rasa ke dalam kuali itu.... Masukkan mi kuning dan gaul hingga rencah itu sebati dengan mi tersebut. Kemudian, air rebusan tulang ayam di masukkan serta dibiarkan sehingga masak. Akhir sekali, masukkan sayur sawi....
Jangan tak cuba....mmg sedappppp...

Ahad, 28 Jun 2009

Resepi Mumy 01 : Jemput2 Pisang berintikan Durian

Bahan - Bahan :
1 sikat pisang kapas
1/2 kilo gandum
2 sudu gula pasir
secubit garam halus
Isi durian ( secukup kehendak )

Cara - Cara :
Pisang dilenyek sehingga hancur dan campurkan gula serta garam ( adalah untuk menaikkan rasa lemak pisang ). Sesudah itu, campurkan gandum ke dalam adunan tadi.
Panaskan kuali....amik satu sudu isi durian dan bolotkan ia dengan adunan pisang tadi dan terus goreng ke dalam kuali.
Selamat mencuba....

Sabtu, 27 Jun 2009

Petua Buyung 04 : Anak Cerdik



Anak adalah Harta yg tidak ternilai....
Untuk mencerdaskan pemikiran anak2 kita supaya senang belajar, setiap pagi kita usapkan ubun kepala dari tengah kepala ke depan sambil selawat. Lakukan sebanyak 3x dan untuk usapan kali keempat, doa " Ya Allah, berilah ilmu dan kefahaman kepada anak ku ini.." Amalkan setiap pagi, insya Allah anak kita akan pandai. Cuba anda amalkan utk mendapat kesannya.

Petua Buyung 03 : Rambutan

Musim rambutan sudah tiba, tapi ramai yg takut nk makan banyak pasal takut batuk. Untuk mengelakkan batuk, biji rambutan dibuang kulit kasarnya ( selupat ; dialek kelate ) dan makan isinya biji yang berwarna putih. Makan dalam 2 atau 3 biji. Insya Allah, anda boleh makan seberapa banyak rambutan yang anda mampu tanpa merasa bimbang anda batuk.

Jumaat, 26 Jun 2009

Petua Buyung 02 : Balik Larut Malam

Seandainya anda pulang lewat atau tengah malam ke rumah ada cara untuk mengelakkan jin atau syaitan mengikut kita masuk bersama ke dalam rumah.... Sebelum kita masuk ke dalam rumah, hendaklah kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3x dan berkata " aku masuk ke dalam rumah, engkau duduk kat luar, jangan ikut aku masuk.." Insya Allah, akan selamat.

Khamis, 25 Jun 2009

Petua Buyung 01 : Kulit Melecur Terkena Air Panas

Jika anak2 kita melecur kulit disebabkan terkena air, minyak atau benda2 panas...pecahkan sebiji telur dan ambil putih telur sahaja. Sapukan pada tempat yang melecur itu dan biarkan ia kering dan menyerap ke dalam kulit. Insya Allah, kulit tidak akan melecur.

Selasa, 23 Jun 2009

MISTERI ( Chapter 02 ) : PenunggU KawasaN SekolaH

Suatu malam, kelihatan Buyung sedang berbual bersama isterinya dan juga Rahim di anjung rumahnya. Tiba2 datang sebuah kereta dan berhenti di hadapan rumahnya." Kadir datang Yong.."kata Rahim. " Assalamualaikum.."salam dari Kadir. Mereka bertiga menjawab salam Kadir serentak." Ada cerita baik ke..?"tanya Rahim. Lalu Kadir menceritakan hajatnya datang berjumpa mereka.

Menurut Kadir, kawannya seorang kontraktor binaan menghadapi masalah dalam membina bangunan baru sekolah bernilai RM4 juta. Dia mendapat projek itu sudah 2 bulan tapi satu kerja pun tidak dapat proses kerana ada gangguan. Gangguan yang dimaksudkan itu adalah mesin piling yang digunakan utk memasukkan cerucuk bangunan tidak boleh berfungsi dengan baik. Setiap kali mesin yang menghentak cerucuk naik ke atas, enjin itu tidak boleh dikawal dan akan naik tinggi serta menghentam cerucuk dengan kuat sehingga batang cerucuk itu hancur dan musnah. Jurutera mesin piling ini sudah menukarkan enjin sehingga 2 kali dan masalah tetap berlaku. Akhirnya jurutera tersebut mengaku kalah dan menyuruh kontraktor mencari orang yang pandai dalam hal2 ilmu ghaib utk membantu menyelesaikan masalah itu kerana bagi pendapat jurutera itu..ini bukan masalah enjin tetapi masalah gangguan makhluk halus.

Sudah ramai bomoh dipanggil oleh kontraktor yang bernama Suhaimi untuk menyelesaikan masalah ini tetapi tidak berhasil. Pernah juga beliau meminta pertolongan sami Cina tetapi tetap juga tidak berjaya. Suhaimi juga pernah mengadakan kenduri dan bacaan Yaasin kat sekolah itu atas nasihat seorang ustaz tetapi juga tidak membuahkan hasil...

"Begitulah Yong ceritanya.."keluh Kadir. "Habis kau nak suruh Yong buat ape..? Dia bukannya bomoh.."Rahim berkata. Buyong hanya mendiamkan diri. Kadir berkata " manalah tahu kot2 Buyung boleh membantu.."Tiba2 Buyung bersuara.."macam nilah, malam Jumaat kita cuba bantu mereka. Mudah2an Allah meredhai pertolongan kita ini..."

Pada malam Jumaat yang dijanjikan, mereka tiba tepat pukul 12 tengah malam di sekolah itu. Mereka telah disambut oleh Suhaimi dan seorang lagi iaitu Pengetua sekolah tersebut, Jamal. Dari segi pandangan Jamal, dia seperti tidak yakin dengan keupayaan Buyung dan kawan2nya. Tanpa berselindung, Jamal berkata " sedangkan pak kiyai dan bomoh2 hebat kat sini tidak boleh buat, inikan pulak kamu bertiga..!" Berdesing telinga Kadir mendengar sindiran Jamal itu. Dengan nada suara yang tinggi Kadir membalas, " kami datang ke sini untuk membantu, jangan dihina kami macam ni."Buyong menahan Kadir dari terus memarahi Jamal.."sabar Dir, kita datang sini nak membantu bukan nk bergaduh. Biarkan apa yang dia nak cakap.."kata Buyung.

Setelah melihat- lihat kawasan sekolah, Buyung meminta mereka berempat berehat seketika. Sesudah itu, Buyung berwudhuk dan mengerjakan solat sunat 2 rakaat di tempat kawasan pembinaan. Selepas solat Buyung terus berdoa dan berwirid memohon pertolongan Allah SWT. Hampir setengah jam Buyung berwirid tiba2 tempat itu menjadi sunyi cuma angin yang sejuk dan dingin meniup ke tubuh Buyung. Buyung dapat merasakan kehadiran penunggu kawasan itu dan dia akan bersemuka dengan penunggu tersebut. Dengan kesamaran cahaya dari kawasan pembinaan....Buyung dapat melihat dengan jelas kehadiran seorang Pak Haji diiringi 10 orang pengikutnya. Walaupun air muka Pak Haji tersebut jernih dan tenang tetapi pandangan matanya begitu tajam ke arah Buyung seperti sedang menahan kemarahan yang amat sangat.

Buyung tahu dia dalam keadaan kesusahan apabila Pak Haji muncul tapi Buyung tenang kerana dia tahu dia di pihak yang benar. Seperti hadis Rasullulah SAW bersabda, jika seseorang hamba ditimpa kesedihan atau duka, lantas ia berkata " Ya Allah, aku ini adalah hamba Mu ( dan anak hamba Mu ) dan anak kepada hamba perempuan Mu, ubun-ubun ku berada di tangan Mu, berjalan di atas ( selalu mengikuti ) hukum Mu, Engkau Maha Adil dengan takdir Mu, aku memohon kepada Mu melalui setiap nama Mu yang Engkau sebutkan sendiri atau Engkau cantumkan dalam kitab Mu, atau Engkau ajarkan kepada salah seorang hamba Mu atau Engkau sembunyikan di dalam keghaiban Mu, agar Engkau menjadikan Al - Quran ini sebagai penyejuk hati ku, cahaya di dalam dada ku, pelengkap kesedihan ku, penghilang kegundahan ku. Jika seorang hamba melakukan itu, pasti kesedihan dan kedukaannya akan lenyap dan berganti dengan kegembiraan.." Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Dengan nada yang keras Pak Haji bertanyakan apa hajat Buyung ke mari dan Buyung menerangkan tujuan dia datang ke situ. Dari dialog antara Buyung dan Pak Haji, menunjukkan Pak Haji berdegil tidak mahu berundur dari kawasan sekolah itu. Alasannya, mereka dah mendiami kawasan tersebut beribu tahun dahulu sebelum manusia datang bertapak ke kawasan itu. Mengapa mereka mahu mengalah kepada manusia...ini kawasan mereka. Buyung meminta kepada Pak Haji dengan baik agar berundur dari tempat itu untuk memberi peluang kepada manusia membuat pembangunan untuk anak2 manusia mencari ilmu bukannya mereka hendak membuat tempat itu sebagai tempat maksiat. Buyung menawarkan kepada Pak Haji dan seluruh kaumnya tinggal bersama2 tetapi bersyarat agar tidak mengganggu anak2 manusia belajar apabila bangunan itu siap kelak.

Pak Haji tetap tidak membenarkan walaupun Buyung memujuk beberapa kali. Jika diteruskan juga projek itu akan berlaku kemalangan jiwa di kawasan tersebut. Buyung tahu dengan pujukan dia takkan dapat mengubah pendirian Pak Haji. " Engkau syaitan...jangan engkau fikir aku tak tahu yang engkau berselindung di sebalik jubah dan serban kau itu.." jerit Buyung. Tiba2 Pak Haji melepaskan satu tendangan padu pada Buyung dan sepantas kilat Buyung menepis membuatkan Pak Haji melambung lalu jatuh terhempas ke tanah. Pengikut2 Pak Haji yang lain mara untuk menyerang Buyung tetapi dia dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Lantas Buyung bangun mengerahkan ilmu kebatinannya sambil mengeluarkan satu pukulan jurusan ghaib kepada pengikut Pak Haji. Pukulan jurusan itu bergema umpama dentuman halilintar yang membelah bumi membuatkan pengikut Pak Haji tumbang dan ghaib.

Hanya tinggal Buyung dan Pak Haji yang akan membuat perhitungan. Pak Haji masih tertiarap ke tanah dan apabila dia bangun wajahnya bertukar kepada muka anjing. Tubuh badan manusia tetapi berkepala anjing. Berlaku lah pertarungan yang hebat antara Buyung dengan makhluk itu. Serang menyerang dan tepis menepis antara mereka berdua. Ketika mahkluk itu hendak menerkam ke arah Buyung, dia mengambil kesempatan dengan mengunci pergerakkan makhluk itu dengan Pasak Bumi 4 Sahabat membuatkan makhluk itu tidak dapat bergerak. Tanpa membuang masa Buyung terus membelah tubuh makhluk tersebut dengan pukulan jauh jurusan Pedang Zulfakar. Ini membuatkan makhluk itu jatuh dan mengelupur dengan raungan yang dahsyat dan terus ghaib. Buyung membuat sujud syukur dan memagar kawasan tersebut dengan pagar kebatinan Pasung Bumi 7 Petala. Selesai memagar, Buyung berehat untuk melepaskan kepenatannya.

Sayup2 terdengar suara azan subuh dari kampung sebelah. Buyung bangun untuk membersihkan dirinya dan terus mencari kawan2nya yang lain yang berada di kantin sekolah. Dia mengejutkan kawan2nya utk berjemaah Subuh bersama2. Setelah solat, Suhaimi dan Jamal mengajak mereka bersarapan di kawasan tersebut sambil menunggu pekerja2 datang untuk membuat kerja. Sambil bersarapan Buyung menceritakan apa yang berlaku malam tadi.Mereka sungguh terkejut apabila mendengar cerita Buyung. Jamal memohon maaf di atas kata2nya semalam. Akhirnya kerja pembinaan itu berjalan dengan lancar tanpa mengalami gangguan dan siap pada tempoh yang ditetapkan. Semasa cerita ini ditaip di blog ini, Buyung mendapat informasi bahawa bangunan itu sudah digunakan. Alhamdulillah....

Isnin, 22 Jun 2009

HasiL TangkapaN KaT PulaU SayaK

Haa..lupa pulak nk kongsi ngan korang hasil tangkapan my hubby n the geng kt Pulau Sayak hari tuhh.. perghh, tgk ikan siakap tu..4kg beb...semilang laut ( gemang )pun ada tapi tak sempat nk amik pic..so ini terbukti bhw siakap 4kg bukan omong kosong...hahahaha
*yg dlm gambar tu adik bongsu aku...Jeri..

Ahad, 21 Jun 2009

MenU Hari Ini

Hari ni aku masak special utk hubby aku sempena Hari Bapa...
menu lemak ketam cilipadi dan cencaru cicah kicap adh salah satu favourite dia..hehe
yg kerang rebus dan telur asin tu sbg penambah selera..hehe
pagi2 lagi kami pegi beli lauk kt Pantai Puteri krn kt sana hasil laut segar2...maklumlah baru naik ke darat..so inilah masakan aku hari ni..sekali skala masak..terus jd special dn paling penting..sodapppp.
utk hubby...Happy Father's Day..i love u forever n ever...

bye..n taking care..

Sabtu, 20 Jun 2009

MenU kt Pulau SayaK

hie..ni pulak aku nk tunjukkn menu masa dok kt sana.. Kt sana sohor dgn mee udang tapi kalau sapa2 tk mkn mee leh order kuey teow atau bihun... ns goreng pun ada.. udang2 dlm menu tu besar2 dan segar..mmg berbaloi dgn harganye..anda teringin nk..? Jom ikut trip raya cina nanti..sewa chalet sana tak mahal..kira berpatutan..

bye..taking care..

Pulau Sayak Beach Resort


hi...ni saje jer aku uploadkn aktiviti aku n famili minggu lepas kt Pulau Sayak Resort, Kedah. Hubby aku ngan adik bradik lain planning wat trip g kedah 4 mancing.. mmg depa tu minat mancing so kami yg pompuan stay kt chalet je lah..tapi nasib baik kakak aku ada stay kt Sg Petani. Leh lepak umah dia jap.. jadi tinjau2 pic ni eh... Depa dah planning raya cina tahun depan nk gi lagi...so aku book ct raya cina thun depan k..hehehe

Bye..and taking care...


MISTERI ( Chapter 01 ) : BertarunG DengaN PuaKa LauT

Suatu ptg dlm thn 2004, Buyung yg sudah menjangkau 37thn sdg duduk berbual dgn Kadir dan Rahim di tepi pantai. dgn tenang Buyung berkata pada Kadir dn Rahim..."jom kita mancing kt pulau tu.." sambil Buyung menunjukkn sebuah pulau pd Kadir dn Rahim. "bile Yong..?" Buyung tak mnjawab tapi matanyer tk berkelip memandang ke arah pulau itu. Buyung mgambil rokok lalu menyalakn dan myedut rokok itu perlahan2.. Kadir dn Rahim masih menanti jwpn dari Buyung. "mlm minggu ni.."tiba2 Buyung bersuara..Buyung masih memandang ke arah pulau itu. Kadir dn Rahim bersetuju dgn cadangan Buyung td..mrk bertiga mmg suka memancing sejak dari kecil lg..

Tiba hr yg dijanjikn...3 sahabt pergi ke pulau tersebut dgn menyewa sebuah sampan Pak Baba. Mereka tiba di pulau tersebut dalam kul 6ptg. Mrk memasang khemah dan membuat persiapn utk memancing pd mlm itu.."kita memancing slps solat maghrib"kata Buyung. Kadir dn Rahim mengangguk2 kepala. Slps solat yg diimamkn oleh Buyung, 3 sahabt itu memancing dgn sabar.. Rezeki mrk pd mlm itu agak lumayan juga...mrk dpt ikan spt siakap, jenahak, semilang, gelama papan dan duri.."kita solat isyak dulu lps tu kita memancing semula"kata Buyung. Slps solat mrk br3 meneruskn aktiviti memancing semula.. Kwsn di pulau itu begitu sunyi dan hanya mrk br3 yg memancing di pulau pd mlm itu.

Tiba2.....joran Rahim direntap dgn agak kasar dan hampir shj joran itu ditarik ke dlm laut."wah..rezeki besar aku mlm ni.."kata Rahim. Rahim terus menyambar jorannya dan berlawan dgn mangsanya. Hampir stgh jam Rahim bertarung dgn mangsanya tapi kelibat mangsanya masih blm kelihatan. "betul2 besar ikan ni.."kata Kadir. Buyung hanya diam dan memerhatikan shj. Sejak mula2 tiba di pulau, Buyung dpt merasakn ada sesuatu yg akan berlaku kpd mrk tapi dia tidak mmberitahu kpd Kadir dn Rahim."putuskn tali tangsi tu.."tiba2 Buyung mnjerit kpd Rahim."knp..?"serentak Rahim dn Kadir bertanya. Blm sempat Buyung mmberitahu sbbnyer muncullah satu lembaga yg besar dan hitam dari arah mata pancing Rahim. Rupa lembaga tersebut amatlah menakutkan....berambut panjang, bermata merah dan mmpunyai gigi yg tajam. Lembaga tersebut perlahan2 menuju kpd mrk bertiga. Buyung meletakkn jorannyer ke atas pasir dan duduk bertafakur mengumpulkn tenaga batin sambil mmbaca doa2 yg diamalknnya. Melalui pancaindera makrifat Buyung, dia dapat merasakan pd mlm ini akan berlaku pertarungan yg hebat antara dia dgn lembaga trsebut. Muka Buyung mnjadi merah, berpeluh bdnnya. Lidah ditongkatkn ke lelangit, mata Buyung tk berkelip memandang ke arah lembaga tersebut. Lembaga hitam yg menakutkan itu berdiri betul2 di hadapan Buyung.

"Kenapa kau kacau tpt aku"bergema suara lembaga itu. Buyung masih memandg lembaga tersebut sambil berzikir. "aku bunuh kau.."jerit lembaga itu. Buyung tidak berganjak dr tptnya dan terus berzikir utk memagari dirinya, Kadir dan Rahim. Dgn ilmu kebatinan yg dipelajari dr seorg kiyai semasa dia remaja lagi telah berjaya melindungi mrk dari diserang lembaga tersebut. "apa salah kami..?"dgn lantang Buyung bersuara. "ini tpt aku..kamu semua sudah menceroboh tpt aku "balas lembaga itu. " Ini bumi Allah SWT, tiada tpt larangan utk manusia yg diangkat sbg Khalifah di bumi ini..."kata Buyung dgn tenang. "kurang ajar..."jerit lembaga tersebut. Dialog antara Buyung dgn lembaga itu semakin panas... Buyung mgerahkan tenaga batinnya utk berlawan dgn lembaga tersebut. Buyung tahu musuh yg ditentang ini bukan calang2nya. " aku tak boleh kalah..kalau aku kalah, Rahim dan Kadir akan mnjadi mangsa kpd lembaga itu.."Buyung bermonolog dalam hati. Tapi dari pandangan makrifatnya Buyung tahu yg dia akan menang. Syaitan tdk akan dpt mgalahkn ilmu Allah selagi manusia mgamal dan mgunakn secara ikhlas. Spt Firman Allah..." Katakanlah, sesungguhnya sekali2 tiada seorang pun dapat melindungi aku dari ( azab ) Allah dan sekali2 aku tidak akan memperoleh tempat berlindung selain daripadaNYA.."( Surah Al-Jin, ayat 22 ).

Lantas Buyung berdiri dgn mengeluarkn pukulan jurusan maut pd lembaga tersebut. Jari jemari Buyung mengeluarkan cahaya umpama kilat menyambar lembaga tersebut. Bergema raungan kesakitan lembaga tersebut dan dlm sekelip mata lembaga itu terus hilang... Buyung terus sujud syukur tanda terima kasih kepada Allah SWT krn telah menolong mrk dlm pertarungan td. Tanpa pertolongan Allah SWT, manusia tidak akan dapat mengalahkan gangguan syaitan.

Jam menunjukkan pukul 5pg... " lama jugak aku bertarung dgn setan tadi.."bisik Buyung dlm hati. Buyung mencadangkan pada Kadir dan Rahim agar mrk terus pulang shj... Kadir dn Rahim menurut kata tanpa membantah. Setiba mrk di pengkalan nelayan, baru mrk tahu yg pulau tersebut mmg terkenal dgn kerasnya dan tiada siapa yg berani memancing atau singgah di pulau tersebut... Dari dulu lagi para nelayan yg singgah di pulau itu akan diganggu lembaga itu sehinggakan ada nelayan yg sakit atau separuh gila dan ada yg mati kesan drpd gangguan tersebut. Buyung bersyukur mrk ber3 tlh diberi perlindungan oleh Allah SWT...

AiR KeSiHaTaN SeJaGaT : Pecah Beling

Inilah air yg aku bgtau hari tu..air ni mmg POWER...hanya yg dah cuba tahu khasiatnyer..hehehe. Anyway..kalau ada sape2 yg nk jadi dealer atau stokis negeri ( kecuali Kelate, Melaka, dan Johor ) leh kontek aku..
Shie : 0126674976
Halim : 0176459134
Dealer dan stokis diperlukan segera...

Jumaat, 19 Jun 2009

aKTiViTi uJuNG MiNGGu...

assalamualaikum kawan2....
hari ni kiranye blh tahan bz jugak aku kt umah ni...td gi umah org kawin..
tetiba jer rasa nk mkn bbq so..aku pun organized bbq party kt umah aku..
tak wat majlis besar2 pun hanya jemput adik bradik belah aku yg ada kt melaka n adik bradik hubby.. mmg best..aku goreng bihun, sosej, nugget, dan kami bakar ayam serta ikan jer..
hubby kata lain kali nk wat lagi...hehehe..i like it sbb aku suka mkn ayam bakar dapat pulak cicah dgn sos Nando's..hehehe
oklah..saje jer paparkan..
bye..taking care..

Air SihaT

air yg kita gunakn semakin tercemar dgn kekotoran spt buangan hasil kilang, bahan kumbahan, bangkai haiwan dll yg seumpama dgn nyer... Korang bygkn air yg korang minum ni pulak di rawat dgn tawas utk jernihkan air, kapur utk hilangkan hanyir dan yg paling teruk sekali..klorin..mmg ler klorin tu perawat air utk bunuh kuman bakteria tapi ia juga blh mndtgkn kesan tak elok pd kita manusia spt penyakit kanser, buah pinggang, dll lg..hehehe

cth..naper ikan dlm akuarium kt umah korang kena taruk anti klorin..? pasal ikan akan mati....klorin tu boleh menembusi btg paip besi kt umah kita sampai jadi karat dan bocor....

jadi korang byngkan organ badan kita yg lembut dan tiada sparepart ni rosak mcm tue jer...kalau korang tak kesah tp ingat pasal organ anak2 korang..

org kata kos mencegah adalah lagi murah berbanding kos merawat..bak kata bahasa jawa barat... TO PREVENT IS BETTER THAN TO CURE ( mencegah adh lebih baik dari merawat )...

jadi dgn kata mudahnya..aku ada supply air sihat..ia bukan sahaja sihat malah bersih dan mampu merawat..jadi..jgn berlengah lg utk berubah ke arah kesihatan yg OPTIMA...

jgn segan silu utk kontek aku utk mendpt bekalan air dan aku juga ada supply penapis..

tidak rugi berbelanja lebih demi utk kesihatan kn..! apa yg penting kita sihat...

AIR YANG SIHAT..KELUARGA SIHAT..SO KELUARGA BAHAGIA....hehehe..taking care..

Khamis, 18 Jun 2009

pecah beling minuman kesihatan

air ni mampu merawat masalah kesihatan seperti kanser,asma,buasir,darah tinggi,kencing manis,gaout,lemah tenaga batin dsbnya.tunggulah kemunculan air herba di pasaran nanti...

My HearT....

oh my darling ..i love u...

my prince charming..Ahmad Haiqal..
borned 27 April 2004

my little princess...Alya Dafienah..
borned 15 August 2006

Pengenalan...

Akhirnya impian aku nk ada 1 blog tercapai... Yahoooo.....!